Aktiviti, MsjboxApril 12, 2008 4:38 pm

Ahli mesyuarat pintu (email) yang dimulakan oleh Carneyz telah memberi cadangan (rahsia tanpa pengetahuan suami terchentanya) ke satu lokasi yang jauh dari kotaraya Kuala Lumpur untuk membuat kezutan sebelum detik hari sebenar kelahiran seorang insan bernama Junaidi Bin Musa (fuh! siap nama penuh lagi) bermacam respond diterima dari rakan - rakan yang ada dalam list mesyuarat pintu itu.Soory yek geng mesyuarat tingkap.

Selepas kerja Shai menuju ke PWTC berjumpa seketika dengan kak Norz membeli novel "Menanti Kasih" sebagai hadiah "hari lahir ke berapa puluk yek!" he3… kira "hadiah awallah tau!"

Dari ramai2 hanya joint hanyalah muka yang sama iaitu Shai yang menumpang si puteh kak Retna (thanks) serta Kiki. Bertolak dari Taman Pelangi dalam 8.00 malam.

Melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar ke Nilai.Disebabkan Shai bukan pemandu dan tak tahu pun kejauhan lokasi tersebut.Akhirnya setelah sesat dan berpusing2 jalan dan melalui satu perjalanan yang panjang kami ber3 selamat sampai di HM Bagan Lalang Seafood (sebelum tue sempat masuk sikit kat Sepang Gold Cost) Nasib baik malam so tak nampak sangat le..Ingat Kak Retna bukan HM Tuah yek! (sambil gelak2).Beberapa minit kami duduk dan mula mengoder makanan 2 pasangan "romantis" tiba dengan sedondon purple iaitu Junaidix & Carneyz.

 Inilah menu yang dimakan… (apa yek!) lupa sudah. Ada ikan masak 3 rasa, ikan stim, sotong goreng (tue la..seorang makan) + order lagi sotong utk 2 orang makan.Ada juga Khailan ikan masin yang memang banyak ikan masinnya.Shai makan nasi dengan berseleranya kerana seharian tidak menjamah nasi.Kenyang gile.Sampai rasa mcm nak "muntah" He…thanks pada penaja iaitu Carneyz and Happy Birthday ke 29 utk bos Msjbox iaitu Mr.Junaidix.

 Kenapa tak percaya Kiki (kiri) dan Kak Retna (Kanan)

  Shai dan hadiah Kad (Kiki dan Kak Retna pun ada gak menulis dalam kad itu).Kaler2 kan…cantek..+ ada lagi hadiah "misteri" utk Junaidix.Oooops!!

Thanks untuk semua terutama pemandu si puteh dan Kiki  (Akhirnya kita dah tahu mana umh awak) Setelah merentas 3 negari KL,Selangor,Nilai (Negeri Sembilan) dan Sepang kemudian Bagan Lalang akhirnya impian seorang isteri kepada si suami telah tercapai.Semoga mereka hidup bahagia selamanya (cewah mcm menulis novel lak) Sepanjang perjalanan tak habis2 bercerita2 mcm2 benda.Satu lagi detik indah untuk dikenang.

Nota jemari : Gambar ini di "cilok" dari hasil kamera Kak Retna TQ..TQ..TQ

Msjbox, RancanganApril 5, 2008 3:59 pm

Hakikatnya sesuatu produk perlukan seorang jurucakap atau duta.Duta bukanlah nama kumpulan @ nama untuk seorang individu.Apa pentingnya duta? apa tugas duta? dan kenapa perlu duta?

Dalam usia 3 tahun pastinya seorang @ lebih duta harus diwujudkan dalam memberi impak yang lebih.Siapa duta msjbox 2008? Suarakan pendapat anda disini @ disana -> Mungkinkah anda duta msjbox 2008 yang dicari… jeng..jeng..jeng.. jawapan yg pasti 19/4 nanti

Semoga dengan adanya duta msjbox, akan lebih lagi berjaya msjbox ini bukan sahaja di Malaysia tapi diseluruh pelusuk duni.Insya-Allah "Impian akan menjadi nyata jika kita berjaya merealisasikannya"

Msjbox, RancanganApril 4, 2008 10:37 am

Dalam usia 3 tahun (14 Mac 2008) yang lalu, wajar dan relevenkah Msjbox Award 2007 di wujudkan dan mula dipertandingkan? Apa anugerah yang sepatutnya diberikan? siapa yang patut dicalonkan? Apa ciri - ciri pencalonan? Dan berapa anugerah yang perlu ada?

Hakikatnya, bersediakah Msjbox.com bergerak lebih jauh dalam usia merealisasikan impian menjadi kenyataan? Untuk mewujudkan satu empayar yang kuat,kukuh & utuh bukanlah sesuatu yang mudah.Ianya bukan sahaja bergantung kepada tulang belakang atau saraf tunjang sahaja sebaliknya semua anngota haruslah bersatu padu dan saling bantu membantu antara satu sama lain.Jangan ada hasat dengki,iri hati serta cemburu mencemburi kerana ianya tak baik untuk kesihataan jiwa & raga.

Bukan merepek @ membuatkan orang tertanya - tanya kemana halu tuju Msjbox dari kaca mana seorang insan bernama Shai tetapi sekadar memberi pandangan peribadi.Terlalu sukar menghilangkan diri dari Msjbox buat masa ini.Ada masanya "mendiamkan diri" itu baik.Mungkin juga selepas Julai nanti sesuatu yg benar - benar pasti harus Shai putuskan.Tak kan selamanya Shai sebagai penganjur acara.Sudah tiba masanya bakat2 baru dan wajah-wajah baru muncul serta tampil berani bersuara dan mengendalikannya.Dengan harapan semoga acara dianjurkan lebih baik dan mempunyai objektif juga sasaran yang lebih jelas & nyata.

Shai mengharapkan pendapat anda, wajarkah Msjbox Award 2007 di anugerahkan kepada rakan - rakan blogger Msjbox yang wujud,aktif dan memberi banyak sumbangan serta sokongan dlm memajukan msjbox.

Akhir sekali siapakah duta Msjbox 2008….. Nantikan jawapannya 19/4 ini (bersambung)

MsjboxDecember 12, 2007 11:05 am

Shai telah melalui banyak perkara semenjak lebih 2 tahun bersama Msjbox .Satu tempoh yang cukup lama.Terlalu banyak cerita dan kisah untuk dikongsi dan diingati.Dalam kegembiraan, bersuka ria, terdapat juga kedukaan dan kesedihan dalam diri yang dilalui.Yang berlalu biarkan berlalu.Jadikan ianya sebagai memori terindah dan kenangan yang akan kekal abadi.Insya-Allah.

Biarlah kita menjadi diri kita sendiri dan bukannya menjadi orang lain.Akhirnya kata putus telah dicapai selepas hampir 1 bulan bertapa dan mencari ketenangan di hati.Bukan meraih simpati jauh sekali mengharap sesuatu yang tak pasti.Semoga yang akan datang lebih baik dari yang sebelumnya.

Shai akan menjadi penyokong dari belakang dan semoga yang terbaik dapat dilakukan di hari - hari mendatang.Hari ini 12.12.2007 dengan rasminya Shai mengucapkan selamat tinggal sebagai penganjur acara di Msjbox

Shai akan terus mencoretkan sesuatu di blog ini selagi terdaya.Terima Kasih buat semua pembaca & rakan - rakan blogger terutama pengguna Msjbox sekelian.Pastinya Msjbox akan terus bernyawa biar pun tanpa Shai.