Msjbox aktivitiMay 20, 2008 12:27 pm

Undian dari anda boleh dibuat di buat sekarang sehingga 27 May 2008 di http://rapat.msjbox.com/ (ruangan undi sebelah kanan blog)

 

Logo 1 : R 001 , Mohd Huzairy Mohd Rezuan @ Bat

Logo 2 : R 002 , Fysal

Logo 3 : R 003 , Muslan Mohamad

Logo 4 : R 004 , Muhammad Azman Azhar

Logo 5 : R 005 ,Muhammad Azman Azhar

Logo 6 : R 006 , Kassim Selamat
Logo 7: R007, Mohd Razif bin Mustapha
Logo 8: R008, Mohd Razif bin Mustapha
Logo 9: R009, Mohd Razif bin Mustapha
Logo 10: R010, Mohd Razif bin Mustapha
Logo 11: R011, Mohd Razif bin Mustapha
Logo 12: R012, Mohd Razif bin Mustapha
Logo 13 : R013 , "a-little princess"
Msjbox aktivitiMay 13, 2008 8:45 am

Msjbox mencari geng2 di kalangan penguna Msjbox untuk menjadi 16 orang wakil untuk mengelarkan diri mereka sebagai Geng Bowling Msjbox dan bertanding pada RAPAT 060708 di Mines @ Bowl 6 July 2008 ini.Siapa berminat? Daftar sekarang !!

Bayaran RM 30 seorang boleh dibuat di :-

No Akaun: 5122-0480-3726 Nama: JUNAIDIX SOFTWARE Jenis Akaun: Akaun Semasa

* Slip bayaran boleh diemail ke shaizhar@gmail.com atau junaidix@gmail.com

* Hadiah untuk pasukan terbaik, pemain terbaik lelaki dan wanita serta Raja/Ratu Longkang.

* 3 games + goodies bag untuk setiap peserta.

Untuk keterangan lanjut dan pengesahan penyertaan, sila hubungi: Shai 013 -342 7347 @ 017-6702347 atau Junaidix 013-242860

Msjbox aktivitiApril 29, 2008 7:36 am

RAPAT bermaksud “dekat’ atau mendekatkan.

Merapatkan hubungan @ mengeratkan lagi pertalian persahabatan antara blogger, rakan, media, artis, fan club, dan lain-lain forum komuniti.

Menyatukan semua dlm satu acara.Mengumpulkan yang jauh (selatan , utara , timur , sabah & srwk) di satu tempat.

Pengisian pertamanya :-

Msjbox.com Kotak Mesej keluaran Malaysia.

"Mesej Untuk Blog Anda " http://my.msjbox.com/ akan mengadakan Pertandingan Mencipta Logo event Msjbox.com iaitu RAPAT 060708

Tarikh pertandingan bermula dari 25 April 2008 & berakhir pada 9 Mei 2008 

Pengisian keduanya :- 

Sudah bergerak dan terus bergerak ialah mencari Rakan Bersama ..buat masa ini telah menerima sokongan dari Info Malaya , Geng Jurnal dan dalam proses merisik AsamBoi(dot)Org dan kemudiannya Alaf21 FC seterusnya ke Fan Club2 bintang AF (Akademi Fantasia) mungkin AF2 (Zahid,Adam,Farah) , AF3 (Mawi,Marsha,Amylea) AF4?? , Af5 (Mila,Heliza) dan juga AF6 (siapa ada cadangan boleh sampaikan pada Shai.Kerjasama rakan - rakan amat dihargai.

Langkah ke 3 :-

Persidangan pertama ahli - ahli jawatankuasa RAPAT 060708 akan diadakan pada pertengahan Mei 2008 (akan dimaklumkan)

Langkah ke 4 :-

Mencari penaja & promosi secara besar - besaran (banner,letter,jemputan dll)

Langkah ke 5 , 6 & 7….. akan dimaklumkan dari masa ke semasa 

Msjbox aktivitiApril 22, 2008 9:50 am

Laporan akan berakhir dengan ucapan penghargaan dan terima kasih serta kata - kata dari penganjur kepada

Junaidix kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada Shai selama ini menjadi penganjur acara (sekarang sudah up okie! dan melantik diri Shai sebagai Event Coordinator/Manager).Imbasan secara ringkasnya bukan mudah menjadi penganjur acara, bermula dengan sambutan ulangtahun pertama Msjbox di kotak merah pada April 2006 (KL) membawa ke Restoren Satay Kajang Hj Samuri di Kajang pada April 2007 (Selangor) dan yang telah berlalu baru - baru ini di Restoren & Cafe Tupai - Tupai.Amanah yang diberi akan dipikul sebaiknya.Oleh itu selamat datang ke Kabinet Msjbox kepada rakan - rakan yang telah dilantik secara rasmi oleh bos Msjbox sendiri.Selagi mempunyai cukup masa & waktu serta kudrat akan Shai teruskan perjuangan ini sehingga tiba waktunya untuk berundur dari sini (Walaupun berat rasa hati).

Carneyz yang merupakan tulang belakang dan kekuatan Junaidix serta Kak Sheda yang tidak pernah jemu - jemu joint aktiviti Msjbox sejak pertama kali melangkahkan kaki ke acara pertamanya sejak menyertai Msjbox.Juga buat Kak Retna yang tak datang tak dapat datang atas hal - hal yang tidak dapat dielakkan.(Jgn lupa 31/5 u all ada tugasan berat okie!)

Untuk Sodep yang hadir memberiku kejutan (cewaaah..dah lama x jumpa sebenarnya kan kita ni) Thanks utk Sodep kerana beliaulah Shai berada di tahap ini dalam Msjbox.(Thanks yek! nanti jangan lupa xtvt kita menjerit di kotak merah).

Kepada Encik  Kasawari & Kak  Linda (dengan ucapan tak nak buka satu blog ke akak? boleh gantung msjbox..sempat lagi promosi) Thanks bro, datang jauh - jauh utk acara ini & Tahniah sebab menang pakaian terbalik terbaik lelaki yang warna - warni itu.Thanks juga atas 5 tajaan hadiah yang cukup bermakna buat penerimanya.

Pastinya buat cikgu Shai iaitu Kak Norz yang datang bersama 3 keknya , beberapa novelnya (ehem3.. 20%) serta akhirnya menjadi penerima pakaian terbalik terbaik wanita.Pertamanya thanks sebab menjadi penaja bersama 3 kek tersebut (walaupun bukan Kak Norz yang membuatnya sendiri) tapi janji tau..nanti kena masak juga kek yang sedap utk geng2 Msjbox) Thanks juga atas cadangan yang diberikan sehingga terjadi "Kerusi Bertuah".Tanda sokongan dari Kak Norz amat dihargai.

Buat Puan ILA yang menjadi penaja "Kerusi Bertuah" serta Syam yang menaja cj7 dan hadiah itu telah menjadi milik pemenang pakaian terbalik terbaik.

Kepada pencadang lokasi yang sepatutnya tidak boleh dipersalahkan kerana tempat yang dipilih panas dan kebetulan tidak mempunyai bekalan eletrik pada masa acara berlangsung iaitu Faizah yang hadir bersama kandanya Zaiful yang banyak memberi idea & cadangan buat Shai (Bantuan anda utk acara 060708 amat diperlukan) Sorry tak tahu yang lepas acara tue nak bincang2 (Sedikit tidak selesa dengan kepanasan tempat & sangat hangin, marah & benggang dengan restoren itu.Jangan harap nak buat event sana lagi.Ha3.Salah seorang geng reeeedah je yg x kasi nama utk mengesahkan kehadiran.

Buat Kiki yang selalu mengelak dari memperkenalkan diri (banyak perubahan positif skrg, dulu susah bebenar nak ambik gambarnya dan selalu shj mengelak..sekarang pun dah tak malu - malu macam dulu lagi).

Thanks SisHoney yang turun jauh dari penang.Sorry tak sempat sembang panjang.Same to Chot yang dah lama tak bertemu juga Acul serta yang pertama jumpa dan joint event Msjbox iaitu Angah (jangan serik untuk joint lagi) serta bertemu untuk kali ke? berapa yek?  Yonna serta pertama kali bertentang mata dengan Nana serta kehadiran Moneirah & Kawan Monerirah.Pertama kali juga bertemu dengan Encik Budin.Thanks ye joint dan tak dilupakan seorang lagi geng reeedah jeee iaitu Aida & kawan aida.+ untuk yang datang menyibuk anda tahu siapa anda.ha3TQ.TQ.

Untuk semua yang kasi nama tapi x hadir tak pe nanti joint next event okie! juga pada yg mengirimkan sms,memaklumkan tak dapat hadir dan sebagainya.Jutaan terima kasih juga.Semoga bertemu di lain acara ‘ Majulah Msjbox Untuk Semua’.

Msjbox aktivitiApril 21, 2008 9:19 am


 

Lokasi Msjbox 3rd Anniversary di tahun 2008.Laporan bahagian ke 2 bersambung ….

Bila hampir separuh dari yang mengesahkan kehadiran.Majlis pun bermula tanpa doa (sebab ada yang dah mula makan dek kelaparan)..Soory yek! aturcara berubah mengikut keadaan.(Kezutan kat sini x menjadi).

Sessi kenal - kenal diri dan menjawab soalan bermula.Sebagai penganjur & mengacara majlis Shai mula memperkenalkan diri dan kemudian sessi serangan soalan dari yang hadir.(sehinggalah yang keseterusnya) dalam pada masa yang sama sessi order mengorder utk yang hadir batch ke2 pun berlangsung serentak


Semua yang hadir diminta menulis ucapan pada kad birthday yang Shai pilih (berkaler2 okie) dan memang boleh ditulis lebih 30 org kerana ruangnya yg banyak (x cukup depan, belakangnya pun boleh ditulis juga).Sapa yg tak tulis pada kad tue.I’m so soorylah (Itulah kejutan yang seterusnya).

Awalnya hanya 3 meja di booking.Tetapi Shai minta meja tambahan & tidak dilayan (tak ada konon) so minta lagi 1 meja bulan. Penuh meja tersebut dengan hadiah penaja & hadiah buku2/novel yang dibawa utk ditukar2 (ish..anak sapalah yg tak bawa buku2/novel) erm.. sian sapa dapat hadiah yg "pelik" oooops!!!

 

Inilah antara hadiah2 buku2/novel untuk pertukaran tersebut.Thanks yek pada yang bawa (hampir 95%) hanya 2-3 orang je yang lupa/tak bawa/tak terbawa/tak ingat nak bawa/tak sempat nak beli atau ? Tak pelah..siapa tak bawa dia tak dapatlah joint utk xtvt ini.Kemudian majlis menerima kehadiran rakan yg "terlewat" atas sebab - sebab tertentu.Jangan ingat boleh lari seperti Kiki yang selalu mengelak dari memperkenalkan diri. Tetap kena diajukan soalan bertubi - tubi (bukan tekan tubi yek!) Acul,Chot, kawan moneirah, Moneirah tidak terkecuali.Mereka pun kena memperkenalkan diri juga.

 
Ucapan dan pengumuman dari Bos Msjbox (skrip & point) hasil nukilan & luahan hati & perasaan
Shai dan inilah antara butiran ucapan di majlis tersebut (pada yg tak hadir sila baca).

Perlantikan Msjbox Officials untuk beberapa negeri yang telah dikenalpasti untuk memudahkan komunikasi sesama kita terutamanya dalam penganjuran program-program yang akan datang. Lain-lain negeri akan diumumkan kemudian sekiranya terdapat warga Msjbox yang bersesuaian.

Msjbox Officials:
1) Shai - Event Coordinator/Manager
2) Retna - Kuala Lumpur
3) Sheda - Selangor
4) Fysal - Perak, Keychain Franchiser
5) SisHoney - Pulau Pinang
6) Sahrulia - Sarawak
7) Kasawari - Johor

Nota Tambahan :-
ebenarnya terlupa untuk memberitahu berkenaan dengan Msjbox Award. Buat masa ini hanya 2 award akan diwujudkan iaitu Most Popular Msjbox dan Most Active Msjbox. Tarikh bermula kiraan untuk Tahun 2008 akan diumumkan kemudian.

  • Most Popular Msjbox akan dikira berdasarkan jumlah mesej harian yang diterima dari pelawat-pelawat yang sering berkunjung ke blog anda.
  • Most Active Msjbox pula akan dikira berdasarkan jumlah mesej harian bagi individu yang begitu semangat untuk mengunjungi dan meninggalkan mesej di Msjbox pada blog-blog yang dilawati.
Keputusan akan diumumkan pada tahun 2009 semasa Msjbox 4th Anniversary, Insyallah.

 

Aktiviti seterusnya ialah memotong kek birthday Msjbox.Ada 3 kesemuanya, dari kecil (yang no 3 tue..x sempat rasa..cepat habis) Yang tengah kek Birthday bos Msjbox yang ke penghujung 20-an serta kek besar di bawah ialah kek birthday Msjbox ke 3 tahun.Thanks kepada Kak Norz penaja bersama kek ini dengan penganjur.Ehem3.. okie tak kezutan seterusnya ialah Kek 3 tingkat? Ha3.. best gak kan.Kalau tahun depan mcm mana pulak yek! Aduh.. susah juga menjadi penganjur yang perlu memikirkan kezutan2 dan kelainan dalam majlis yang dianjurkan.Ingat lagi tahun lepas ke bernombor 2.Erm.. tahun ini pembuat kek tersebut tidak dapat hadir.Walaupun kat mana dikau berada Yatt aku tetap "mengidam" kek yang kau buat.Ha3..Kembalilah ke KL cepat.Erm… tak jadi order cupcakes kerana kekurangan RM dan juga sebab event berlangsung di tengah bulan yang penuh dengan kesesakan dan ketidak banyakkan duit (rosaklah bahasa).

Lepas itu sessi memotong kek & memakan lah pulak.Sempat rasa 2 dari 3 kek yang ada. Oh! cepatnya habis kek yg kecil itu.

 Kemudiannya acara diteruskan dengan sessi tukar - tukar hadiah.Masing - masing memilih satu nombor dari dalam kotak "biru" dan kemudian tuan punya hadiah akan dijemput memberikan hadiah kepada penerima pemberian ikhlas hadiah tersebut.Bagaikan sudah ditakdirkan di petang itu Shai mendapat hadiah dari Yonna dan Yonna mendapat hadiah dari Shai. Kejutan seterusnya ialah ‘Lucky Chair’ sekali lagi Yonna bertuah (3) mendapat hadiah diberikan Shai ditaja oleh Kak Ila.Kerusi berpelekat (33) ialah Faizah dan kerusi bertuah (333) kepunyaan Carneyz walaupun dia bertukar beberapa tempat duduk (Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia? Tapi kenapa Abg tuah suami kak Sheda tak datang pun…erm sapa mau jwb?) Thanks atas cadangan ‘Kerusi bertuah’ itu.

Majlis seterusnya telah memberikan anugerah khas cewaaah..kiranya kezutan seterusnya iaitu pemenang pakaian terbaik lelaki (& pemenang pakaian terbaik perempuan. Kak Norz.Keputusan telah di audit oleh juru audit dalaman Msjbox.Ha3.Tapi memang layak dia org menang sebab 1) memang warna - warni ,2) memberi sumbangan kepada acara ini, 3) Hadir awal dan memberi komitment yang tinggi. 4) (Biarlah rahsia).Inilah dia pemenang yang akan masuk dalam majalah Fashion.Keluaran bila belum pasti & tahun bila pun tak tahu lagi.

Terima Kasih kepada penaja hadiah iaitu diri saya sendiri dan Syam.Menangislah siapa x dapat CJ7 tue (kena beli sendiri lah jawapnya).Aktiviti diakhiri dengan bergambar beramai - ramai di luar Restoren Tupai - Tupai.

Kesimpulannya : Majlis ini berjalan baik walaupun tidak lancar mana dan berlaku beberapa keadaan kelam kabut (Waktu nak order makan) Kepada sesiapa yg nak komen di alu - alukan. Bagi diri Shai dan Bos Msjbox mengucapkan terima kasih pada semua yg hadir (pada yg tak hadir next event dijemput hadir okie) Minta maaf kalau ada kesilapan , kekurangan & kelemahan sepanjang majlis itu berlangsung.Jumpa di acara akan datang 31 Mei 2008 (sabtu) Insya-Allah.

 

Msjbox aktivitiApril 20, 2008 3:29 pm


Berdiri: Junaidix, Acul, Kasawari, Linda, Aida, kawan aida, Yonna, Sodep, Nana, Kiki, Faizah, Zaiful
Duduk: Chot, Shai, Sheda, Baby, kawan moneirah, Moneirah, Angah, Norzailina, Carneyz, SisHoney, Kakak,
Missing: Syam,Budin, umie
Credit utk : http://my.msjbox.com/ (Copy & Paste)

Bahagian pertama laporan dari Shai

Sebelum acara seperti biasa sebagai Penganjur Acara Shai akan melaporkan tentang event yang akan diadakan/ di rancang @ yang sedang diusahakan.Kemudiannya memilih tarikh yang sesuai serta lokasi (serta melihat lokasi).

Persiapan itu dan ini juga dilakukan dalam memastikan kelancaran majlis yang diatur + dapatkan "penaja" ehem3. Dalam diam2 plan kezutan , kejutan dan lain - lain yg tergezut.Thanks pada idea ‘Lucky Chair".(Tak ada pakatan rahsia okie)

Bila semuanya dah okie! barulah publish detail tentang program (tempat,masa.aturcara,dll).Alhamdulillah sebelum hari acara sambutan memang hebat & menjelang hari acara macam - macam telah terjadi.Ada rakan kita yang sakit & berada di wad (dah keluar masa Shai pergi visit pagi sabtu itu) Rakan kita yang rumahnya di masuk pencuri lagi (simpati sangat) Ada yang bekerja (hanya mampu memberikan salam) Yang belajar (Jgn sedih2 okie) dan lain - lain faktor yang menyebabkan ketidakhadiran mereka.

Sejam sebelum 2.30 petang.Shai telah tiba ditempat kejadian.Mengambil iktibar acara yang sama tahun lalu (ehem3 penganjur dtg lambat @ terlambat disebabkan menjadi "penunggu" yang telah menyebabkan kelewatan yg x di elakkan tahun lalu) Tahun ini alhamdulillah semuanya bermula dengan baik walaupun….. (person in charge Restoren Tupai2 yg seakan blurr, cerewet, mengelabah & tak tahu itu & ini..heloo!!! relax lah brother x penah buat event ke?$#%^&*() Jangan sampai aku mencarut okie! still cool dan tersenyum..walaupun….

Sodep hadir dengan Syam (yang singgah sekejap) thanks yek! "menziarah".Takkala Shai sedang dok bincang2 dengan lelaki restoren yg "mengelabah" itu.Ayo!!! rasa mcm nak tendang je tiang tue ha3.(Dia baca ke entry ini).Kezutan pertama dengan kehadiran Sodep yang sudah lama tidakku temu.Walaupun kita "dekat" tapi sebenarnya kita tak "jauh" kembalilah menjalin ikatan dlm perhubungan agar tidak terpisah lebih "jauh" Ingatlah dunia ini terlalu kecil buat kita. Pusing2 pastinya kita akan ketemu juga.

Kezutan ke2nya, eletrik tiba2 terputus bekalannya.Aduh! kot jadi begitu.Shai dalam kepanasan.Shai secara sorok2 telah menampal sesuatu di bawah kerusi2 bertuah.(sekali lagi tak ada pakatan okie keatas kerusi itu).Thanks Syam seponser hadiah (Akhirnya digunakan utk kezutan berikutnya yang akan diberikan kepada pemenang Pakaian Terbalik Tebaik Lelaki & Perempuan) Keputusan juri adalah muktamad dan surat menyurat serta email layang tidak akan dilayan.Ha3.

Angahz blogger baru Msjbox muncul buat pertama kalinya dalam event Msjbox walaupun baru beberapa hari mendaftar mengunakan Msjbox.Thanks yek! (soory tak dapat bual - bual) Ehem.. u no me.. ha3..

Kehadiran Kasawari & Linda dari kejauhan Kulaifornio membuatkan Shai rasa terharu bila mana seorang rakan bloggers sejauh negeri johor sanggup turun mencemar duli.Ce waaah.. Thanks Bro… + Kak Linda tanpa kehadiran Aiman, Ammar

Kezutan seterusnya ialah dengan kehadiran Novelis a.k.a Chef Selebriti yang kita telah masuk dalam kamus hidup Shai sebagai "cikgu".Thanks Cikgu + sudi seponser dan jgn lupa 20% okie! ha3.. (tak mengharap pun).Kak Norz terima kasih daun keladi, lain event seponser lagi.(Note to Kak Norz  : Nanti nak minta tolong dapatkan contact no Alaf 21 , para2 novelis & mereka2 yg akak kenal dlm dunia "Media") utk event 060708.

Keadaan kepanasan dan sedikit "delay" akibat kehadiran yang tidak sepatutnya (ish2..dari awal dah tahu, kau org pengurusan masa ada byk problem la) X leh salahkan dia org juga.Masing2 mesti ada sebab kenapa "lambat" sambil jeling2 mereka yang lambat.

Back to story.Alhamdullilah bos Msjbox muncul "awal" di acara kali ini.Thanks atas kepercayaan yang diberikan.Wow! 3 tahun berturut2 menjadi penganjur acara ulangtahun Msjbox.(Note to bos Msjbox: Thanks sudah up! skrg.. lepas ni kasi up lagi okie!! ha3… mana tau boleh jadi "rakan bisnes ke?" Alaaaamak.. Telebih sudah.

Junaidix & Carneyz hadir bersama  Kiki.Dalam masa yang sama sessi sembang bersembang tak henti2 sambil menunggu yang lain (Kejutan dari Kasawari  terpaksa dibatalkan atas faktor semasa) Kezutan lagi satu pun terpaksa dibatalkan sebab aturcara sudah tunggang langgang.

Yonna datang memberi kezutan.Thanks "dik" joint.Ketemu lagi kita yek!.Bersama - sama seorang "wanita bertudung.Ehem2 sekali pandang mcm … (x nak sebut namanya). Nana Neriza itulah orangnya.So sweet…

Kemudiaanya pasangan suami isteri romantik + pengantin baru muncul dengan tag line "Reeeedah Jeeee" iaitu  Faizah & Kandanya Zaiful "Selamat pengantin tak baru.Rata2 yang hadir ketika itu memakai baju tema sendiri iaitu "hitam" supaya nampak lebih slim termasuk yang menulis cerita ini.

Aida & kawan aida Jejep9116 (ehem2 sambil jeling2 Aida) I no komen okie.U fikirlah sendiri apa soalan utk jawapan yg ditanya? Kemudian siapa lagi yek yang muncul??? Acul,Chot, kawan moneirah, Moneirah,umie (datang sekejap)

Msjbox aktivitiApril 18, 2008 8:15 am

Pengurus Acara: Shai
Penasihat Projek: Junaidix

Tarikh : 19 April 2008 (Sabtu)
Masa : 2.00 pm – 5.30 pm
Konsep : Warna – Warni
Makan : Ala-Carte (Anggaran Rm15)
Lokasi : Restoren & Kafe Tupai - Tupai
51A Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia
50460 Kuala Lumpur
Tel: +603 2143 2525
Fax: +603 2144 5921

Senarai Penyertaan:
1) Shai
2) Junaidix & Carneyz
3) Retna
4) Meera
5) Hayad
6) Kasawari + Linda, Aiman, Ammar
7) Acai + Kawan
8) Kiki
9) Cik Fifi
10) Pu3
11) Mika
12) Kujie (kalau sempat)
13) Kak Norz + Deri
14) Sheda + 2 anak
15) Syam
16) Angahz + anak
17) Sishoney
18) Moneirah + kawan
19) Acul + kawan
20) Faizul (Napiru)
21) Nana Neriza + kawan
22) Aida CD + kawan
23) Chot
24)
25)

Jumlah: 27 dewasa + 3 kanak2 (update as 18/4 2.30pm)

Tentatif
2.00 pm : Ketibaan warga Msjbox & Blogger sekalian
2.30 pm : Sedikit Ucapan aluan, Bacaan Doa
3.00 pm : Sessi “Tak Kenal Maka Tak Cinta”
3.45 pm : Sessi Makan – Makan
4.30 pm : Upacara Pemotongan Kek Ulangtahun Ke 3 Msjbox
4.45 pm : Upacara pentukaran hadiah, Sessi bergambar
5.30 pm : Acara tamat

Note : Pertukaran hadiah (Setiap seorang dikehendaki membawa hadiah berupa novel/buku bacaan yang berharga sekitar RM 10 keatas dan tertakluk kepada keikhlasan hati masing – masing)

Peta Lokasi Restoran:

View Larger Map

Jumpa anda disana..

Msjbox aktiviti, RancanganApril 10, 2008 8:31 am

Msjbox Bowling aktiviti rasmi ke 4 untuk tahun 2008.Kali pertama di adakan aktiviti sukan.Bowling dipilih kerana ia merupakan sukan yang popular dan sesuai untuk disertai oleh sesiapa sahaja.

Matlamat utama event ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan warga Msjbox dan rakan – rakan blogger serta jemputan yang lain.

Pengurus Aktiviti: Shai
Penasihat Projek: Junaidix
Pengurus Kewangan :

Lokasi : Selangor

Tarikh : 31 May  2008

Masa : 2.30 pm

Next…..Event ke 5 (Atau may be ke enam) kalau Msjbox Family day Part II jadi..

 

Msjbox menganjurkan aktiviti rasmi ke 5 untuk tahun 2008.RAPAT 060708 di pilih untuk mengambarkan objektif dan sasaran acara ini.

Matlamat utama event ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan warga Msjbox dan rakan – rakan blogger serta jemputan yang lain termasuk media , artis (sekiranya ada),geng2 Fan Club, Novelis ,Penaja dll

RAPAT 060708  akan menganjurkan 2 aktiviti utama iaitu “RAPAT Treasure Hunt” & “RAPAT Bowling”.Acara Treasure Hunt akan bermula di Kuala Lumpur dan berakhir di Putrajaya.Sementara “Rapat Bowling” akan berlangsung di Alamanda Putrajaya

Pengurus Aktiviti: Shai
Penasihat Projek: Junaidix

Lokasi
:
Kuala Lumpur – Putrajaya , Alamanda Putrajaya

Tarikh : 060708

 Masa : Rapat Treasure Hunt 7.30 am - 1.00 pm
             Rapat Bowling :  2.30 pm – 6.30 pm

Sambil jeling - jeling Bos Msjbox memohon kelulusan.Utk maklumat lanjut silalah baca - baca selalu disini dan pengumuman rasmi akan dibuat pada 19/4 .Wah! banyak sungguh kejutan bakal menanti 19/4 nanti.. chaiyok!! chaiyok!!! 

Msjbox aktiviti, RancanganApril 8, 2008 8:46 am

Menjadi sebagai Datuk Bentara utk msjbox (sambil jeling2 jun) Mana surat perlantikan rasmi & bayaran gaji bulanan ? (x mengharap, hanya memberikan yang terbaik kepada setiap sesuatu amanah dan tanggungjawab yang diberikan) sekelip mata sahaja 2 tahun menjadi penganjur acara msjbox.Wooow!!!!

1. Isu pertama yang dipanjangkan kepada Bos Msjbox telah mendapat respond.Soalannya Wajarkan Msjbox Award 2007 Di Wujudkan ?

Jawapannya : Msjbox Award 2008 akan bermula…. segalanya dinilai dari 1 Januari 2008 sehingga 31 Disember 2008. Ingin tahu apa anugerah2 yang dipertandingkan?? Nantikan pengumuman rasmi? jeng..jeng..jeng lagi…

2.Duta Msjbox 2008 

Jawapannya : Duta terlalu besar pada pandangan Bos Msjbox oleh yang demikian satu "jawatan" atau tanggungjawab akan diberikan kepada individu- individu yang boleh memikul amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh pengurusan kabinet atau dalam kata lain . Welcome to Kabinet Msjbox.Walaupun perlantikannya adalah hak mutlak Bos Msjbox yang memerintah kerajaannya ini , jangan kita mempertikainya mesti ada sebab menyebab kena perkara demikian terjadi.

Oleh yang demikian.Isu itu telah mendapat maklumbalas yang sewajarnya dan rancangan seterusnya akan dilaksanakan.

Jangan lupa April nanti …" Msjbox 3rd Anniversary" di Restoren Tupai - Tupai , Kuala Lumpur….

Mei ini ….Bos Msjbox & isteri + shai akan menyerang Kota Kinabalu , Sabah … "Mini Gathering" akan di rancang..Insya-Allah…

Penghujung Mei..selepas berkali - kali ditunda, ditukar dan tidak menjadi… "Msjbox Bowling 2008" akan di adakan bagi merealisasikan impian menjadi kenyataan

Awal julai ini…Event terbesar Msjbox akan dirancang iaitu " RAPAT 060708" Nantikan pengumumannya………. 

Msjbox aktivitiApril 3, 2008 8:40 am

Msjbox 3rd Anniversary merupakan aktiviti rasmi ke 3 untuk tahun 2008 dan ulangtahun ke-3 sejak penubuhan rasmi Msjbox pada 14 Mac 2005.

Matlamat utama event ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan warga Msjbox dan rakan – rakan blogger di alam maya sekalian.

Pengurus Acara: Shai
Penasihat Projek: Junaidix

Tarikh : 19 April 2008 (Sabtu)
Masa : 2.00 pm – 5.30 pm
Konsep : Warna – Warni
Makan : Ala-Carte (Anggaran Rm15)
Lokasi : Restoren & Kafe Tupai - Tupai
51A Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia
50460 Kuala Lumpur
Tel: +603 2143 2525
Fax: +603 2144 5921

Senarai Penyertaan:
1) Shai
2) Junaidix & Carneyz
3) Retna
4) Meera
5) Hayad
6) Kasawari + Linda, Aiman, Ammar
7) Acai + Kawan
8) Kiki
9) Cik Fifi (Tak confirm lagi)
10) Pu3
11) Mika
12) Kujie (kalau sempat)
13) Kak Norz
14) Kak Shida
15)

Jumlah: 17 Dewasa 2 Kanak - Kanak (update as 8/4 :8.36am)

Tentatif
2.00 pm : Ketibaan warga Msjbox & Blogger sekalian
2.30 pm : Sedikit Ucapan aluan, Bacaan Doa
3.00 pm : Sessi “Tak Kenal Maka Tak Cinta”
3.45 pm : Sessi Makan – Makan
4.30 pm : Upacara Pemotongan Kek Ulangtahun Ke 3 Msjbox
4.45 pm : Upacara pentukaran hadiah, Sessi bergambar
5.30 pm : Acara tamat

Note : Pertukaran hadiah (Setiap seorang dikehendaki membawa hadiah berupa novel/buku bacaan yang berharga sekitar RM 10 keatas dan tertakluk kepada keikhlasan hati masing – masing)

Peta Lokasi Restoran:

View Larger Map