70 : Izinkan Ku Pergi - Shopping vs Habiskan RM 4 Mei - Part 6
4 Mei 2008 merupakan hari terakhir di Kota Kinabalu Sabah dan juga merupakan hari ke 4 tinggal menetap terus disini.Rasa hati tak ingin pulang, tetapi terlalu banyak yang insan yang tersayang ditinggalkan kesepian di Semenanjung Kuala Lumpur Indonesia Malaysia.
Bangun seawal 6 pagi untuk membersihkan diri dan memandikan badan serta membasahkannya dengan air terjun.Perjalanan kami ber4 termasuk Mak Cik Carneyz ke Pasar Tamu.Yang sebenarnya Gaya Street.Mula - mula agak sesat salah jalan kot! kat situ banyak jual pakaian bundle.Kalau bawa acai best nie. Kemudiannya kami jumpa syurga tempat membeli belah.Fu yooo.. rambang bijik mata.Akhirnya masing - masing terpisah jauh. Shai membawa haluan sendiri.Untuk pusingan pertama targetnya nak mencari pasal T-Shirt tapi ada nyonya sayur tue jual RM 20 gambar Orang Utan lak tue.Tapi kain dia tebal le.Tak jumpa juga.Punyalah banyak orang jual tak tahu nak pilih mana satu.Singgah kat kedai yang menarik je @ membuat diri ini tertarik.Kedai melayu, belasah beli lagi butang baju melayu yang baik sikit kualiti dan designnya.RM 10 kira okielah curik 4.Kemudian beli gelang kecik utk 2 anak buah kesayangan yang berusia 4 tahun serta 2 gelang mutiara dewasa.Kemudian belasah beli kerongsang 2 puluh dengan harga RM10 satu.Kira punya kira mai ai RM 94 lepas tue ambik apa ntah lagi nak cukupkan RM 100.Baik punya orangkan siap beli cukup2 RM 100.Banyak gak berborong kat kedai brother tue. Kemudian kaki melangkah lagi dan bertemu Junaidix berjalan sendirian seperti orang kehilangan isteri.Ooooops!!
Kawasan yang luas dengan 2 belah kiri dan kanan mungkin sekitar 2 ribu Kilometer @ lebih.Manusia mulai banyak dan jalan semakin sempit dan terpaksa bergerak perlahan seperti kura - kura. Kemudian mata tertarik dengan desig Firdge Magnet yang lain dari yang dibeli semalam.Dengan gatalnya membeli lagi 5 belas dengan harga RM 20.Jika satu dijual pada harga RM 5.Jimat - jimat.Inilah dinamakan pembeli yang bijak.Seperti yang dicari, akhirnya ditemui juga kekasih hati.Membeli t-shirt murah dengan harga RM 5 sehelai.Saiznya macam kecik mungkin M kot.Belasah ambik 4 kemudian 2 helai T-Shirt kanak - kanak saiz 38, lepas tue 2 saiz 34 dan 1 yang paling kecik untuk anak - anak buah.Kira punya kira adalah dekat RM 30 kalau tak silap.Semuanya borong kaler putih je.
Jari jemari telah memegang banyak barang ditangan.Ha3.Berbelanja sakan nampak.Inilah dinamakan cuti - cuti Malaysia & berbelanja di dalam negara sendiri bulan berbelanja di negara orang lain.Kemudiaanya membuat u turn.Masuk ke kawasan sebelah kanan pulak.Boleh dikatakan macam - macam benda dijual.Sampaikan anjing,hamster,kucing,pun ada tau. Rumah - rumah dia orang pun ada dijual.Selain jualan barang kraftangan,cenderamata,pakaian,makanan dan lain - lain.Panjang kalau nak cerita.
Mata akhirnya terpandang kain pua kumbu yang menarik & tertarik.Harga yang kecik RM 10 yang panjang dan ada warna keemasan RM 12.Belasah ambik 2 yang kecik & 1 yang besar.Kat kedai tau ada seorang pak cik tue tawar harga beg anyaman tue dengan RM18 je dia letak mula - mula RM 30 lebih kurang.Fu yooo gila betul pak cik tue tawar menawar.Jalan - jalan lagi sampai ke depan dan kemudiannya terpandang kedai key chain.Tanya - tanyalah kot - kota murah.Biasa kat kedai lain empat key chain pewter tak berapa mahal berharga 4 = RM 20.Kali ini Shai mendapat 4 pada harga RM18 kira okielah tue terus sambar je.
Kemudiannya pusingan ke 2 masuk semula ke kawasan jual - jual untuk beli beg pasar.Alah beg yang mcm nyonya cina suka bubuh barang2 tue.Cina Hong Kong suka.Tapi taste Shai bukan spesis yang berbelang2.Time tue Junaidix sms kasi tau dia org kat Pizza Hut.Shai taip je on the way, padahal. Sempat lagi singgah beli 2 helai T-Shirt kat kedai T-Shirt yang jual RM 5 sehelai dan kemudian terbeli sehelai kain bernilai RM 13.Alah dia kain mcm pelikat seperti kain samarinda yang leh buat sampin.Harga asal RM 18.Minta kurang RM 10 x dapat dan RM 12 pun x dapat.Last2 terbeli juga kerana suka dengan corak dan kalernya iaitu biru.
Bertemu juga dengan kedai yang jual beg tue.Mula - mula sebelum u turn dah survey dah boleh dapat harga RM 7 (besar gila punya saiznya,boleh muat budak 4 tahun dalam itu).Shai beli yang corak2 bola sepak & bola rugbi.X delah nampak mcm juru jual barang sangat.Kaki kemudian melangkah ke Pizza Hut dan menikmati makan tengah hari bersama Junaidix dan Carneyz.Selamat kekenyangan seperti ular sawa kami melangkah kaki.Menuju jalan - jalan dan melalui jenjantas hijau kuning.Rupanya diatas jejantas itu juga ada jurujual haram yang menjual di kaki lima diatas jejantas tersebut.Shai terbeli satu manik erk! apa ntah nama hiasan tue yang ada tulis perkataan sabah kaler hitam putih yang kecik sekali pada harga RM5.Ingat nak yang besar tapi mahal gile harganya.
Kami terus melangkah dan melangkah sehingga memasuki Wisma Merdeka lagi, kerana ada yang ingin mencari baju baru.Siapa yek? Yang pasti bukan diriku.Jejalan dan terus berjalan tanpa arah tujuan dalam panas mentari sehinggalah ke Center Point.Di satu kawasan (bangunan lama dia kot!) memang agak sesak dengan manusia dan ianya seperti suasana berada di Sg Wang Plaza di KL dan kemudian memasuki satu lagi bangunan (rasanya) lebih "mewah" dan selesa.Kami ber3 duduk dan melepak2 sehinggalah perjalanan diteruskan ke Pasar Filipina semula.Ada orang sampai tak nak keluar Pasar Filipina kerana terkena kezutan shopping.Kami juga singgah ke Pasar ikan masin.Terbeli 2 bungkus udang kering serta ikan apantah serta 6 lagi Kueh Cencen pada harga RM10.Memang dah penuh gila dah beg pasar yang beli tadi. Kemudian lepak2 menunggu Mak Cik Carneyz .Tapi lambat lagi.Kita orang gie tapau KFC.Tapi Shai dah tak tahan lagi nak ke bilik air untuk hajat kecik.Punyalah jauh tandas mahal kat Wisma Waersian (kalau x silap) bangunan shopping baru kat situ.Pusing2 baru jumpa.Dah la kena bayar RM 50 sen.Sebabkan tak ada duit kecil Shai kasi RM10 kat tukang jual jaga tandas tue. Berjalan menuju ke KFC tapi sudah dibeli oleh Junaidix dan Carneyz kami kemudiannya meredah panas mentari menuju ke Pasar Filipina semula yang dikenali sebagai Pasar Kraftangan Kota Kinabalu.Melepak2 dan menanti - nanti serta menunggu kehadiran Mak Cik Carneyz.
Kami tidak terus pulang sebaliknya singgah membeli belah di Giant.Akhirnya sekitar 7pm (selepas mandi dan bersiap2 + berkemas brg) kami berangkat ke Lapangan Terbang Terminal 2 Kota Kinabalu. Disana Kak Chombi menunggu bersama suaminya.Akhirnya tamatlah perjalanan dan percutian 4 Hari 3 Malam di Kota Kinabalu Sabah yang meninggalkan seribu satu kenangan yang terindah untuk diingati.
Terima Kasih tak terhingga buat Keluarga Encik Ismail.Pak Cik & Mak Cik Carneyz sekeluarga. Juga buat Kak Chombi dan suami.
Mesej @ Blog Kak Chombi , 10 May 2008 5.15 pm
"Apa pun seminggu telah berlalu.kenangan biarpun seketika tetap segar diingatan.seperti lemaknya nasi lemakmu.Sedapnya meehonmu kegemaranku dan enaknya udang pedasmu kak serta tandahati buat diriku"
Serta untuk Junaidix dan Carneyz yang sudi menerima kehadiran Shai sebagai penyebuk dalam percutian ini.Juga untuk Encik Acai yang menghantar dan menjemput kami sampai ke tangga rumah.
