16 Mei 2008 datang lagi dah lepas pun.Di kesempatan ini Shai nak ucapkan selamat hari jadi guru kepada semua guru - guru Shai.Dari zaman tadika di Kampung Selarong Lalang, sehingga membawa ke Sek Rendah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman & Sek Men Tandop (kini, Sek Men Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman) dinegeri jelapang padi Kedah Darul Aman.
"Guru kau lah lilin yang menerangi kehidupan kami..kau membakar diri sendiri untuk membunuh mengajar kami." Erk! silaplah pulak.Jasamu kami kenang wahai guru - guru sekalain.Biar dimana jua berada, kau tetap dihati.
Bagi Shai guru ialah sesiapa sahaja yang mengajar kita sesuatu ilmu yang baru tak kira sama ada dia guru di sekolah atau guru dipejabat wahal guru dalam dunia cyber,internet yang kini dikenali sebagai dunia tanpa sempadan.Terima Kasih untuk segalanya.
16 Mei 2008 , tepat 5.00 petang Shai merempitkan diri ke Taman Perwira Sijangkang.Dalam masa 65 minit 23 saat Shai selamat tiba tanpa sebarang kecederaan.Menanti disana ialah kedua - dua kakak ipar dan my 1st brother Shafendi.Kesemua anak - anak buah keluar melepak & merempit motorsikal di jalan raya.Ntah kat mana ntah.Kemudian sessi bertukar - tukar cenderamata bermula.Shai memberikan ole - ole kepada keluar my 2nd brother Shafirol melalui Kakak ipar Shai iaitu Yusnita.Shai juga mendapat ole - ole dari my brother Shafirol dari France.Yek! bukan sahaja dapat sehelai T-Shirt tapi juga 3 key chain yang bombastik lawanya + replika Paris Tower yang siap boleh menyala dan mengeluarkan berbagai warna.Juga cokelat yang sedap.Nyum3
Menjelang 7 petang sebelum senja melabuhkan tirai barulah mereka pulang.Berkumpul 3 adik beradik "sha" dalam satu rumah bersama 7 anak buah memang meriuhkan suasana.Bermacam - macam perangai dan gelagat dapat dilihat dan di dengar.
Aktiviti malam itu ialah , Makan satay di Bukit tinggi.Lokasinya di Restoren Satay Kajang Hj. Samuri.Tak perlu nak bergerak jauh2 sampai ke Kajang untuk menikmati satay.Kini selain satay ada juga makanan ala - carte dijual disitu.Anak buah pertama order nasi goreng ayam (x sedap langsung ayamnya) mee bandung di order oleh Shafendi selain berpuluh2 cucuk satay ayam & daging.
17 Mei 2008
Projet pagi ini ialah menuju ke Tesco Bukit Tinggi untuk bertemu kekasih hati di depan Pejabat Pos.Seawal 9.15pagi sudah tiba disana bersama anak buah pertama, Azizi.Erk! kalau sebut namanya panjang gila.Sessi jalan - jalan di Tesco bermula dengan membeli beberapa barang untuk sessi pos surat cinta kepada kekasih hati.Dengan bantuan Azizi segalanya menjadi cepat dan urusan menjadi lebih mudah.
Perjalanan ke Pekan Klang terpaksa berhenti untuk memberi minuman kepada si kriss hitam yang kehausan dan kehilangan sumber airnya.Erk! melayang juga RM3 untuk kasi tenaga ke pada si hitam. Tidak susah mencari tempatnya.Aktiviti melihat - lihat sambil bertanya harga itu dan ini bermula.Ada juga yang berkenan dihati & ada juga yang dirasakan mahal pada pemikiran Shai.Agak2 Shai berada di mana? Ha3..salah memang salah Shai berada di kedai menjual alat sukan , piala & cenderamata.Semuanya kerana projet RAPAT060708.
Tetiba dengan selamba badaknya Shai mencadangkan pada Azizi untuk ke Shah Alam dan lokasinya ialah Kompleks PKNS.Dengan seluar ala - ala terkoyak situ dan sini Azizi selamba juga menjadi peneman setia.Jarak antara pekan Klang & Shah Alam memang dekat dan memudahkan sessi merempit pagi hari itu.Setibanya di Kompleks PKNS kami berjalan tanpa arah tujuan dan tidak sesat kerana kami tahu apa yang kami cari memasuki kedai pertama yang agak lapang suasananya tetapi agak terhad barang - barang pamerannya membuatkan Shai berfikir itu dan ini.Seterusnya melangkah ke kedai ke 2 yang hanya selang beberapa pintu dari kedai pertama.Agak padat barang pamerannya serta agak mahal harganya.Kesimpulannya harga di Klang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan di Shah Alam , Ampang dan juga Pertama KL.
Kami berdua berjalan - jalan ke satu kompleks membeli - belah yang asing bagi Shai di depan Plaza Alam Sentral.Erk! lupa pulak apa namanya SMCC Mall? ke?? Lantaklah.Takkala masa hampir 12pm , kami terpaksa ke cameron highland memetik strawberry yang dipesan oleh orang yang mengidam dirumah. Erk! memain pulak pengirim sms.Akhirnya lokasinya berubah ke Tesco Bukit Tinggi sekali lagi.Memetik strawberry bukanlah sesuatu yang susah.Yang murah adalah RM 5.99 jauh lebih murah dari harga yang diberikan oleh pengirim sms tadi.Akhirnya membeli yang paling mahal iaitu RM 15.99 dengan berat 500gm kalau tak silap.Setibanya di Sijangkang Shai singgah membeli 4 bungkus cendol kegemaran buat dissert makan tengah hari.
Sekitar 2 petang baru semua seisi rumah menikmati makan tengahari.Selera agak kurang petang ini kerana hanya ada kari kepala ikan tanpa masakan sambal biarpun ada ulam dan sambal belacan.Erk! makan tak bertambah.Kemudian sessi rehat merehatkan diri.
Selepas sahaja Asar, Azizi mengajak untuk melalak di kotak RM1 di Teluk Panglima Garang berhampiran rumah seorang bloggers.Kami keluar rumah dengan selamba badak dengan harapan dapat merahsiakan dari pengetahuan seisi rumah.Memang sejak dari awal pagi Azizi asyik dok ajak pak ciknya ini untuk menemaninya.
Kami melalui jalan - jalan pintas dan jalan kampung tanpa memakai tali pinggang keledar.Erk! silaplak helmet.Kami merempit lagi dengan sopan santunya.Oh! disitu lokasinya.Tapi Shai still tak ke lokasi melalak sebaliknya berpusing depan rumah blogger seorang itu.Ternampak kereta didalam pagar dan 2 ekor kancil didepan rumah.SMS dikirim juga tidak berbalas.
Sessi melalak dalam Kotak RM1 bermula.Shai macam biasa dengan lagu2 sedihnya.Apa pun 2 kali lagu Matta Ketahuan menjadi pilihan selain lagu duet terakhir Lagu Cinta Lagu Jiwa yang dinyanyikan sampai nak terkeluar anak tekak.
Sampai di rumah tumpangan, masing - masing keluar masuk bilik air untuk mandi dan bersiap ke KLIA.Hanya 2 orang tidak turut serta sementara yang lain berhimpit - himpit dalam Avanza hijau plate nombor Perak menuju ke KLIA sekitar 8malam.Tiba di KLIA sekitar 9malam dan menuju ke Tingkat 5 , Balai perlepasan.Abang Shai iaitu Shafirol akan kembali ke France selepas 2 minggu bercuti dan telah berada disana lebih 5 bulan sejak 1 Januari yang lalu dan Insya -Allah akan kembali penghujung September nanti sebelum Hari Raya Aidil Adha.Kemungkinan tahun hadapan mereka sekeluarga akan berpindah ke Kota Kinabalu Sabah.Erm…
Anak - anak buah kebosanan menanti , kami kemudian jalan - jalan dan pusing - pusing melihat itu dan ini.Ada juga anak - anak buah yang pertama kali ke KLIA dan mereka agak sopan santun tidak seperti kanak - kanak itu (Ntah anak sapalah) berlari - lari dan menjerit2 seperti orang gila. Bikin malu mak bapa je.Seperti kera masuk kampung.Anak - anak buah meminta untuk bermain - main di taman permainan yang berbentuk kapal terbang.Abang Shai Shafendi menemani mereka sedangkan Shai buat hal sendiri.Di kala ini kalau ada Azizi mesti best.Anak buah sulung Shai yang berumur 15 tahun ini merupakan yang paling rapat akan menjadi pengikut sedia.Berjalan tanpa arah tujuan melihat itu dan ini sehingga kebosanan.
Sekitar 10.30am barulah Shafirol berlalu pergi menuju masuk ke dalam balai perlepasan.Sessi peluk memeluk dan bersalaman bermula.Tiada air mata dititiskan dihadapanya.Namun kesedihan disimpan dalam hati terutama isterinya Yusnita yang terpaksa melayan dan menjaga kerenah 4 orang anak mereka.Anak - anak juga seakan mengerti kerana ini bukan yang pertama kali perpisahan seketika itu terjadi.
Akhirnya kami berlalu pergi meninggalkan KLIA dengan harapan semoga dapat bertemu kembali dengan Shafirol sedikit waktu nanti."Selamat pergi & kembali".