Aku & PerasaanMay 26, 2008 11:06 am

Di kala ini aku ingin sendirian

Di waktu ini aku ingin berseorangan

Di masa ini fikiranku bercelaru

Di saat ini  hatiku berdebar - debar

Sampai bila perasaan ini harus menghantui diri… 

Semoga kembali seperti sedia kala…. 

Aku & Perasaan, AktivitiMarch 17, 2008 10:23 am

Shai melalui seminggu dalam kesakitan.Sampai hari ini masih terasa kesakitan yang berpanjangan itu.Dari tahap kesakitan 90% sehingga detik ini masih 15% tidak kestabilan masih ada dalam antibody diri.Sejak 11 Mac sehingga 19 Mac Shai akan terus melakukan kerja - kerja harian yang tak penah nak habis (kekadang bosan juga & rasa mcm nak minta transfer ke department lain).Erm….

Shai juga melalui hujung minggu dengan aktiviti yang padat bermula dengan hari jumaat bila mana terpaksa bekerja sehingga 12am dan keesokan paginya perlu bangun sebelum 8am untuk memulakan tugas di Matta Fair 2008 , PWTC sehingga ke 9pm.Hanya beberapa jam disebelah malam di gunakan untuk merehatkan diri.Namun keesokannya perlu bangun awal pagi dan bekerja lagi sehingga 9pm juga.

Akhirnya semalam bertemu untuk kali ke2 dengan shay.Pertemuan pertama di majlis perkahwinannya.Kini kali ke 2 dikala shay tengah sarat mengandung.Harap2 dapat jumpa time dia dapat baby nanti.Insya-Allah.Thanks yek sebab singgah & luangkan sedikit masa utk bertemu.

Aku & PerasaanMarch 11, 2008 2:25 pm

Shai telah selamat kembali ke Kuala Lumpur (tak balik rumah lagi sebenarnya pun) lewat malam semalam.(sekitar 9.30pm) tiba di sijangkang.Singgah2 makan2 dan minum2 dulu baru gerak balik rumah (abg).Shai untuk kali ke2 telah menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara Malaysia dengan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 12.Siapa yang diundi? "Biarlah rahsia" umum pun tahu siapa yang menang dan siapa yang kalah.Pada yang kehilangan kedudukan, jawatan & pangkat terima dengan hati yg terbuka.Hidup harus diteruskan biarpun kehilangan.

Begitu juga dengan Shai, biarpun beberapa minit di pusara bonda (ziarah kubur arwah mak) air mata Shai tetap mengalir biarpun tidak "sederas" dulu.Begitu berat rasa hati untuk meninggalkan pusara itu, kerana sejak kehilangan arwah mak hidup Shai dah tak sama seperti dulu.Memang benar, patah tumbuh hilang berganti.Yang berganti tak semestinya sama dengan yang asal.Terlalu banyak yang telah berubah sejak lebih 6 bulan berlalu.Ku rindukan saat -saat dulu.

Kehilangan antibody dlm diri menyebabkan hidungku berhingus.Kepalaku berpusing2 dan pening2 dan badanku sakit2.Masih belum berkesempatan untuk mendapatkan rawatan.Atas kedegilan diri, tetap bangun pagi dan hadir bekerja seperti biasa.Shai memang seorang yang keras hati dan hanya akan mengaku kalah sekiranya tidak dapat bangun tidur pada satu pagi yang belum penah terjadi.

Tentang Diri, Aku & PerasaanMarch 3, 2008 11:27 am

2 March 1948, lahirnya anak ke 2 Hj Ismail (arwah) bernama Sa’adah.Anak sulung kepada Hjh Che Su (arwah).Beberapa tahun kemudian menjadi seorang kakak kepada Hj Jamaliah.

2 March 2007, ucapan ’selamat hari jadi mak’ adalah yang terakhir kalinya.Biarpun ketika itu lebih 9 tahun berjauhan dan tinggal berasingan ucapan hari lahir tak akan terlepas diingatan.

2 March 2008, pada siapa ucapan itu harus dilafazkan? bagaimana hati & perasaan ku tanpa mak disisi.(Takkala entry ini ditaip..air mata mulai mengalir namun ku cuba pertahankannya dari mengalir deras..Alhamdulillah diriku cukup kuat menerima kenyataan ini.Biarpun airmata yg menitis kala ini sedikit namun perasaan dalamku dan kesedihan tak terbendung lagi tak terucap dek perkataan)

28.08.2007 perginya seorang bernama mak mengadap ilahi.(Air mata menitis2 takkala 12.00am 2/3/08) Sesungguhnya hanya Tuhan Saja Yang Tahu apa yang aku rasa dan apa yang telah aku lalui.Kerinduaan yang teramat."Kerana ibu kaulah permata hatiku".

Pada 2 March 2008 genaplah usia (arwah) mak yang ke 60 tahun.Insya-Allah akan ku ziarahi Pusaramu sedikit waktu lagi takkala ku kembali ke kampung halaman.(Pastinya air mataku akan mengalir lagi)

Entry ditaip (1/3/08) di CC , Taman Melawati [tempat lepak, sebelum ke pasar malam] setiap sabtu. 

Nota Jemari :- Ibunda Retna telah meninggal dunia hari ini Isnin 3/3/08 pada jam 5pagi dan akan dikebumikan selepas Zohor. Sudilah kiranya kalau ada kelapangan masa melawat Retna.

Al-Fatihah.(Harungilah hidup dengan penuh ketabahan Kak Retna)
 

Aku & PerasaanJanuary 18, 2008 7:22 am

Semakin sibuk dengan tugas - tugas seharian.Di tambah company Family Day yang semakin hampir.Banyak yang belum dibereskan.Ada lagi yang kena diselesaikan dan bermacam perkara perlu difikirkan.
Di pendekkan cerita yang panjang.Kini Shai tidak lagi boleh YM/Meebo di Office.emoticonTidak boleh melayari Youtube emoticon (x dapat nak dengar lagu peberet mcm biasa) emoticon Banyak website kena block dengan IT emoticon.Tapi x pe syukur alhamdulillah MSJBOX masih boleh dimasuki. Sesiapa nak cari Shai selepas ini boleh chat kat MSJBOX disini atau di MSJBOX.NET Insya-Allah kalau Shai free pastinya Shai lepak disini @ disana.

emoticon  sedih..memang sedih.Tapi lepas ini Shai akan menjadi weekend chatters emoticon.Semoga azam  Shai nak miliki note book sendiri dengan internet akan tercapai sedikit masa lagi.emoticon

Aku & PerasaanJanuary 3, 2008 7:47 am

Tidak mampu menulis panjang, tak cukup masa menziarah blog ke blog.Terlalu banyak berfikir dan begitu banyak perlu dilaksanakan.Tak kala ada sedikit masa terluang terdapat banyak idea dan cadangan yang hanya mampu dipendamkan.Sama ada akan muncul kembali menjadi seperti dulu atau biarkan ianya tersimpan dilubuk hati masih belum pasti.Namun perancangan diri agar ianya dapat direalisasi untuk terakhir kali.

Masa semakin terhad untuk itu dan ini.Terlalu banyak yang perlu dilakukan dalam sesuatu masa.Sampaikan kekadang ada yang tak terkejar dan tak terbuat dek kerana situasi semasa yang semakin hari semakin berbeza.Biarpun suasananya masih sama namun perbezaanya makin terasa.

Untuk itu, keputusan telah dibuat untuk menyepi seketika dan berharap dapat bernafas seperti sedia kala. 

Aku & PerasaanDecember 5, 2007 10:11 am

100 hari berlalu, begitu pantas sekali .Masa bergerak dengan sangat lajunya dan bagaikan seperti baru semalam Shai kehilangan seorang bernama ibu.Mak.. Shai sentiasa merindui Mak.28 Ogos pada tahun 2007 adalah tarikhnya.Mak pergi dijemput illahi..Bagaimana Shai dapat mengingat kembali lebih 27 tahun hidup bersama dengan Mak.Biarpun lebih 10 tahun berjauhan dengan Mak tapi hubungan Mak & Shai adalah lebih rapat dari segala - galanya.Kini Shai telah hilangnya.Sesungguhnya tiada siapa dapat menjadi penganti buatnya biarpun ayah Shai telah selamat menikahi dengan isteri baru.

100 hari yang telah berlalu.Sepanjang tempoh tersebut, sudah 5 kali Shai mengunjungi "pusara bonda" sayu rasa hati.Belum pun sampai ke kawasan perkuburan itu.Air mata sudah bertakung di kelopak mata.Tak dapat digambarkan dengan kata - kata betapa sayunya rasa hati bila mana hanya mampu melihat batu nisan yang tertulis nama mak Shai.

Selepas 100 hari Shai lebih stabil.Namun secara zahirnya mungkin boleh mengawal emosi tapi dalamannya, hati ini selalu menangis sendiri tak kala mengingat setiap saat - saat manis, suka duka, pahit dan tawar dalam kehidupan bersama mak.

Biarpun 100 hari mahupun 1000 hari seorang insan bernama Hj Sa’adah Bt Hj Ismail tiada tukar gantinya.Dialah permata, dialah cahaya , dialah kekuatan dan dialah segalanya.Biarpun sudah "hilang" dia akan tetap dihati, diingatan dan kekal bersemi dalam jiwa raga kerana setiap nafasku adalah kerana mak. 

 

Aku & PerasaanNovember 14, 2007 11:47 am

Terlalu Kecewa..Dengan nasib yang menimpa..Begitu terasa bila janji didustai..Kata dimungkiri..Hajat tak ditepati..

Inikah dugaan buatku..Harus Shai terima dengan redha.Biarpun berat hati untuk menerimanya..Shai perlu menghadapinya..

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"