Tentang DiriMay 30, 2008 3:52 pm

Akhirnya Shaizhar telah meninggalkan blogsome dan berhijrah ke http://shaizhar.blogspot.com

Tentang Diri, RancanganMay 27, 2008 3:23 pm
Kenapa blog Shaizhar tiada bergambar ? Ini adalah kerana sepanjang lebih 3 tahun berblog Shaizhar tidak penah mempunyai kamera biarpun kamera cap itik ayam. Sesungguhnya itik tidak bersalah dalam hal ini.Shaizhar lebih suka menulis dan bercerita dari bergambar.Satu masa dululah.Akan datang, tunggu dan lihat.Selalunya Shaizhar akan bercerita dengan panjang lebar.Ayatnya juga adalah terlalu panjang sehingga meleret - leret dan berjela - jela seperti keretapi serta boleh dibuat satu naskah cerpen buku cerita lawak jenaka. Tiada yang mustahil , impian untuk melihat blog bergambar akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.Penjenamaan semula blog Shaizhar akan bermula.Bila? Tunggu jelah.Pada yang dah tahu diam - diam jelah.(Entry paling ringkas dalam sejarah).
Tentang DiriMay 23, 2008 9:08 am

Shaizhar mempunyai peminat setia? erk! bermimpikah diri Shaizhar disiang hari @ bermimpi di tengah hari malam hari.Mungkin semua orang mengharapkan untuk mempunyai peminat."Setia" bagi diri Shaizhar bermaksud seseorang yang menyokong memberi kekuatan dan merupakan individu yang sering & sentiasa bersama di kala suka & duka.Di saat derita & bahagia sengsara.

"Peminat" pada pemahaman Shaizhar ialah seorang yang meminati kita, perasaan kejap.Meminati bukan sahaja dari segi fizikal tapi juga dalaman @ dalam bahasa indah ,rohani atau batin.Erk! bukan tenaga batin yek.Minat pada suara yang merdu bak buluh perindu.Gaya yang seakan model perasaan kali ke 2.Pada gaya, stail dan penulisan kita mungkin.Cara kita menulis, cerita yang ditulis biarpun tanpa gambar.Setiap perkataan yang ditaip akan mendapat respond dari "peminat" mereka akan menyedarkan kita bahawa terdapat salah fakta, typping error dimana - mana atau memuji , mengeji, mengutuk dan berkata itu dan ini.Meminta sana dan sini.

Menjadi seorang penulis blog dengan cerita sendiri, konsep sendiri, keinginan dan citarasa sendiri itulah diri seorang insan bernama Shaizhar. Bukan mudah mencipta keaslian tersendiri untuk menarik minat pembaca untuk menjadikan mereka pembaca setia selamanya.Bermula dari blogdrive, indentiti ketika itu begitu kabur dan samar - samar.Tujuan berblog juga belum jelas.Masih tercari - cari rentak dan personaliti tersendiri.Setahun bertahun lamanya mendaki anak - anak tangga menjadi seorang penulis blog dan aktif menjadi penganjur acara Msjbox.com.Shaizhar mulai melangkah ke dunia blogspot.Disitu Shaizhar mencari imejnya sendiri.Pilihan warna cerah selalu menjadi pilihan dan konsep blog berubah mengikut selera dan sehingga sampai ke satu tahap akan bertukar - tukar pada setiap bulan mengikut citarasa tuan punya blog sendiri.

"Pembaca" adalah seorang yang membaca hasil tulisan kita dalam blog atau novel yang kita hasilkan.Ada ke novel? Ha3.Perasaan lagi. 

Pokok menjadi subjek dan gambaran tentang siapa Shaizhar .Ianya melambangkan Shaizhar sepohon pokok yang pastinya ada pasang dan surut air laut dalam kehidupan.Tak semestinya tegak berdiri berlari dan tak selalunya tinggi melangit.Sentiasa berpijak di bumi yang nyata.Itulah Shaizhar seorang penulis blog yang menceritakan tentang dirinya, aktiviti seharian & hujung minggu.Tentang keluarga dan perasaan serta emosi yang dialami.Suka dan duka dalam kehidupan , kepahitan dan kemanisan dalam melalui hari - harinya.

Fasa kehidupan seorang manusia makhluk tuhan paling istimewa bernama Shaizhar akan diteruskan untuk mengejar cita - citanya.Impian menjadi pembaca berita penulis dengan menghasilkan novel ,karyanya sendiri.Semoga Shaizhar berjaya dan tidak terbengkalai projek perumahannya itu.Usaha tangga kejayaan.Semoga peminat & pembaca setia blog ini atau blog - blog akan datang Shaizhar akan terus menjadi teman yang setia tak kira dimana sahaja berada.Kejayaan Shaizhar adalah kejayaan anda juga.Untuk itu jadilah yang setia.

Tentang Diri, FamilyMay 21, 2008 1:50 pm

Shaizhar Bin Abu Bakar ialah anak ke 4 dari 4 orang adik beradik.Generasi pertama keluarga Sha bermula dengan lahirnya Shahida 41 tahun yang lalu.Kini sudah lebih 12 tahun berkahwin dan di kurniakan 4 orang hero dalam keluarganya.Ntah dimana silapnya "Khairil" menjadi pilihan Shahida .Anak pertamanya Khairil Ashraff bakal menduduki UPSR tahun ini.Anak keduanya Khairil Akhmal Hakim , diikuti Khairil Aizad Haikal dan yang ke 4 Khairil Afiq.

Lahirnya generasi ke2 dalam keluarga Sha ialah pada 15 tahun yang lalu.Anak buah pertama Shaizhar iaitu Shahuzzaimie Azizi lahir pada 10 November sehari sebelum tarikh lahir Shaizhar (siap promosi lagi).Di merupakan anak buah kesayangan Shaizhar dialah tempat bermanja, apa - apa ,nak keluar ke mana - mana mesti dengan dia.Terima Kasih kerana menjadi teman yang setia.Dulu masa kecik - kecik sebelum lahir anak - anak buah yang lain dia di tatang seperti minyak yang penuh.Dialah segala - galanya dalam keluarga.Sebenarnya dia adalah "niat" dalam keluarga.Lebih 2 tahun usia perkahwinan abang Shaizhar yang merupakan anak ke 2 dalam keluarga iaitu Shafendi  barulah lahirnya Shahuzzaimie Azizi.Adiknya pula bernama Shahuzzairie Aziem berusia 11 tahun dan budak gemuk comel yang berusia hampir 3 tahun yang begitu cute.Aksi nakal dan telatah Shazafifie Aniem sentiasa menjadi bahan ketawa Shaizhar bila melihat aksi - aksinya.Walaupun sebulan sekali @ 2 bulan sekali bertemu.Hubungan Shaizhar dengan keluarga Shafendi dan anak - anaknya memang rapat.Kami sering keluar kemana - mana bila berkesempatan.Destinasi wajib kami selain balik kampung di Alor Star, Kedah dan singgah di rumah mertuanya di Penang ialah di Lumut Perak.Jadi tidak hairanlah kalau Lumut menjadi destinasi percutian tahunan kami.Tahun Baru Cina yang lalu kami telah bercuti untuk menziarah abang ke 2 Shaizhar yang merupakan anak ke 3 dalam keluarga iaitu Shafirol.Ketika itu Shafirol tiada di Lumut kerana sedang menjalankan tugas negara dan tanggungjawabnya di France.Dia seorang Navy disana dan berkemungkinan akan berpindah ke France Kota Kinabalu , Sabah awal tahun hadapan.Lebih 4 bulan Shafirol berjauhan dengan isteri dan anak - anak kerana tugasan di Kota Kinabalu ,Sabah France (kenapa tak percaya ke) bermula 1 Januari 2008 yang lalu.Shafirol telah kembali ke Malaysia, Lumut, Alor Star , Langkawi dan Selangor kerana bercuti 2 minggu.Pada 17 Mei yang lalu Shafirol telah terbang semula ke France meninggalkan kami.Untuk seketika waktu lagi.Shafirol akan kembali, Insya - Allah penghujung September nanti dan kami keluarga Sha akan berkumpul kembali bersama - sama.Tapi tak pe abang kesayangan Shafirol meninggalkan membeli perfume, key chain (3), T -Shirt , Cokelat dan replika Paris Tower buat adik kesayangannya.Terima Kasih abangku.Sejak dari bekerja sehingga sekarang Shaizhar sering dimanjakan olehnya.Walaubagaimana pun Shafendi tetap menjadi yang dekat disisi Shaizhar.Dulu sebelum Shahida berkahwin dia juga adalah seorang kakak yang begitu memanjakan Shaizhar.Begitu banyak wang ringgit dan hadiah diberikan.Hadiah teristimewa tentulah pada 11 November.Promosi terhangat lagi dipasaran.Kenangan memiliki jam Omega yang bernilai beratus ribu ringgit akan tetap diingatan. Shafirol sewaktu awal remaja Shaizhar selalu menjadi penyebuk peneman setia menonton wayang bersama - sama. Walaupun jarak usia kami berbeza 7 tahun itu bukanlah penghalang dan jalinan kemesraan adik & abangnya.Jangan lupa beli perfume kat France lagi yek!

Shafirol memiliki 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.Shazatul Azira merupakan anak yang pertama.Di usia 12 tahun dia sudah boleh diharapkan.Akan menduduki UPSR tahun ini.Semoga 2 anak buah Shaizhar berjaya dalam UPSR tahun ini & 1 orang dalam exam PMR.Anak ke 2 Shafirol bernama Shazaril Naiem berusia 9 tahun yang ke3 Shazarif Afwan serta yang ke 4 Shazanis Najwa .Sedap nama - nama anaknya.Shaizhar seorang yang manja dalam keluarga, agak sensitif dan mula hidup berdikari sejak berusia 18 tahun dan mulai merasa kebebasan yang sepurnama ketika berusia 20 tahun.Shaizhar juga begitu menepati masa, berpegang pada janji dan cuma menjadi manusia yang setia.Shaizhar tidak suka pada orang yang mungkir janji , pembohong dan yang sewaku denganya. Shaizhar adalah seorang yang pendiam terutama jika pertama kali bertemu dengan orang yang tidak dikenali @ pada pertemuan pertama.Shaizhar tetap ingin menjadi dirinya.Merubah kehidupan dari sekarang kepada sesuatu yang lebih baik.Shaizhar sentiasa memastikan perjalanan hidupnya terancang dengan mengatur setiap langkah dan perkara yang dilakukan.Kemana kaki nak melangkah dimana ingin dituju ,inilah Shaizhar dan cerita keluarga Shaizhar.Alangkah indahnya kalau mempunyai anak sendiri.Terima Kasih buat arwah mak Hjh Sa’adah Hj Ismail kerana memberikan nama kepada kami adik beradik.I love u mak.Anakmu akan kembali mengunjungi pusaramu sedikit waktu nanti.Nama keluarga Sha perlu diteruskan untuk generasi ke 3 pulak.

Tentang DiriApril 25, 2008 11:23 am

Shai bersyukur kepada Allah SWT dengan rezeki yang dikurniakan.Durian telah pun runtuh didalam bank.Pastinya kegembiraan pada hari ini akan berpanjangan sehingga berakhirnya percutian yang begitu jauh buat diri Shai beberapa hari sahaja lagi.Ya Allah Ya Tuhanku janganlah biarkan mood aku hari ini bergegar.Tetiba - tiba pada pukul 8.45 pagi selepas 15 minit, 8.30 pagi keadaan di pejabat masing panas & berbahang.Pada jam 9.30 pagi masih lagi terasa kepanasan dan kehangatan.Aduh! terpaksa telefon pengurusan bangunan ini. Permulaan hari yang indah dicemari dengan dugaan yang begini hebat dan boleh membuatkan api kemarahan yang melampaui batas.

Akhirnya sekitar 10.00 pagi keadaan kembali sedia kala.Namun kepanasan dalam diri masih membara.Apasal yek!

Impian memiliki durian RM lebih ,tahun ini telah termakbul.Alhamdulillah syukur yang tak terhingga.Dapat bercuti dengan penuh suka dan ria.Belum lagi terbang pergi ke sana sudah ada yang mengirim itu dan ini mengalahkan orang mengidam. Akaun bank banyak RMnya daripada biasa.

Dengan itu impian kembali ke Sabah dan terbang ke Gunung Kinabalu.Walaupun x dapat panjat naik gunung tapi berharap sangat dapat ke Kundasang dan melihat Gunung Kinabalu didepan mata.Best juga kalau dapat singgah ke Labuan.Semoga impian menjadi kenyataan.

Impian untuk memiliki kamera idaman berjenama sony.Yek dah pandang2 jeling2 dah lebih RM1 ringgit Ribu eh! apasal bukan RM1 yek! Harap dapatlah beli sebelum terbang ke Sabah.Lagi nak shopping beli beg baru , baju baru , kasut baru.Dah banyak kasut kat rumah sebenarnya.Lagi nak beli tilam baru , katil baru , tv baru (tak termasuk wish list pun).

Ingin online 25 24 jam sehari semalam seandainya loan pinjaman membeli laptop dell notebook compaq dengan budget RM2,600 diluluskan.Sebelum ini ingat nak beli cash.Dah lah durian RM yang masuk bukannya banyak mana pun.Akhirnya baru beberapa hari lalu buat keputusan buat pinjaman dengan company, kena bayar bulan - bulan selama 24 tahun bulan.Harap-harap masih ada lagi kat sini dalam tempoh itu. Lepas ini bolehlah bergaya dengan semuanya yang baru.Apa cerita imej baru? Erm.. wait & see masih tercari - cari pereka fesyen dan perunding imej (tak termasuk dalam wish list pun).Setelah memiliki laptop notebook, paling cepat pertengahan bulan depan.Insya-Allah kerja - kerja menulis , berkarya dan mengarang novel "My 1st Baby" yang bertajuk *tut* akan bermula. Mudah - mudahan A-Min.

Impian terindah? Erm.. macam tajuk novel je (Aduh ! belum start baca lagi..Entahlah tak de mood nak baca cerita2 karya yang berkisahkan beratus - ratus tahun akan datang) Kalau ada mood akan dibaca nanti.Mudah - mudahanla.

Harap - harap tahun ini dapat beraya di Kuching.Sambil jeling2 Sahrulia nak tumpang hotel rumah boleh? Kenapa sik caya kah? Ntahlah tahun ke 2 tanpa seorang bernama mak memang menyedihkan.Biarlah ku bawa diri jauh dari seisi keluarga.Mungkin beberapa hari diberikan utk bersama keluarga dan sanak saudara + mengunjungi pusara arwah ibu tercinta, tersayang , terindu, teringat.Boleh buat event kat Kuching , Sarawak kan.Semoga  ianya menjadi nyata "Usaha tangga kejayaan, kalau nak cepat naik lift"

Tentang Diri, Aku & PerasaanMarch 3, 2008 11:27 am

2 March 1948, lahirnya anak ke 2 Hj Ismail (arwah) bernama Sa’adah.Anak sulung kepada Hjh Che Su (arwah).Beberapa tahun kemudian menjadi seorang kakak kepada Hj Jamaliah.

2 March 2007, ucapan ’selamat hari jadi mak’ adalah yang terakhir kalinya.Biarpun ketika itu lebih 9 tahun berjauhan dan tinggal berasingan ucapan hari lahir tak akan terlepas diingatan.

2 March 2008, pada siapa ucapan itu harus dilafazkan? bagaimana hati & perasaan ku tanpa mak disisi.(Takkala entry ini ditaip..air mata mulai mengalir namun ku cuba pertahankannya dari mengalir deras..Alhamdulillah diriku cukup kuat menerima kenyataan ini.Biarpun airmata yg menitis kala ini sedikit namun perasaan dalamku dan kesedihan tak terbendung lagi tak terucap dek perkataan)

28.08.2007 perginya seorang bernama mak mengadap ilahi.(Air mata menitis2 takkala 12.00am 2/3/08) Sesungguhnya hanya Tuhan Saja Yang Tahu apa yang aku rasa dan apa yang telah aku lalui.Kerinduaan yang teramat."Kerana ibu kaulah permata hatiku".

Pada 2 March 2008 genaplah usia (arwah) mak yang ke 60 tahun.Insya-Allah akan ku ziarahi Pusaramu sedikit waktu lagi takkala ku kembali ke kampung halaman.(Pastinya air mataku akan mengalir lagi)

Entry ditaip (1/3/08) di CC , Taman Melawati [tempat lepak, sebelum ke pasar malam] setiap sabtu. 

Nota Jemari :- Ibunda Retna telah meninggal dunia hari ini Isnin 3/3/08 pada jam 5pagi dan akan dikebumikan selepas Zohor. Sudilah kiranya kalau ada kelapangan masa melawat Retna.

Al-Fatihah.(Harungilah hidup dengan penuh ketabahan Kak Retna)
 

Tentang DiriNovember 23, 2007 1:36 pm

Beberapa hari kebelakangan ini Shai mengalami beberapa perubahan yang mendadak.Pertamanya, tekanan darahnya naik bila diperiksa dan mengambil masa beberapa hari untuk stabil.Namun Shai rasakan ianya belum lagi pulih ketika entry ini sedang taip.Tak tahu kenapa? menapa? sebab apa ? yg sebenarnya.Tapi kemungkinan tekanan kerja dan dateline yang diberi memuatkan Shai menjadi seperti ini.Di tambah pula dengan gangguan daripada berbagai macam makhluk dan juga insan yang meluahkan perasaan pada waktu & ketika yang salah.

Semalam di waktu petang takkala hampir senja.Di masa saat - saat akhir ingin pulak kerja, otak kepala diserang migrain yang melampau dan membuatkan Shai berhenti berfikir sejenak dan bersandar untuk merehatkan diri.Alhamdulillah, keadaan migrain menjadi lebih baik sehingga saat berada dirumah.

Bunyi deringan telefon membuatkan migrain Shai datang balik.Esok , awal2 pagi ada urusaan penting sudah sedia menanti untuk diselesaikan.Sekali lagi otak kepala bergegar dan pening - pening.Nasib baik penawar yang menjadi pengubat kesakitan ada disisi.Yakni minyak cap kapak.Habis seluruh kepala disapukan minyak tersebut dan sebijik ufarmol ditelan.Kesudahan cerita itu Shai tertidur dan tidak lagi mampu memberi masa untuk melihat musim baru Amazing Race Asia 2 di Channel 701 AxN.Harap Shai dapat lihat ulangannya sedikit masa nanti.

Entah kenapa, kebelakangan ini keadaan kesihataan Shai kurang memuaskan.Ada juga yang mencadangkan Shai berjogging dan bersenam.Sebenar- benarnya itulah yang paling Shai tidak gemari sejak kecil hingga ke bangku sekolah.Kalau berjalan sejauh 10km dari pagi hingga ke petang.Insya-Allah Shai sanggup melakukannya.Apa pun esok 24/11 sudah sedia menanti dua agenda xtvt yang perlu Shai sertai.

Melepakkan diri serta merehatkan minda dengan bersantai dan main air di Desa Water Park untuk Telekom Malaysia Family Day 2007 dan petangnya menghadiri majlis perkahwinan adik seorang blogger’s di Taman Pelangi Sentul.Insya-Allah kalau tak ada aral melintang pastinya apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. 

Tentang DiriNovember 13, 2007 10:23 am
5.20 pagi,11 Nov 1980 di kampung bernama Selarong Lalang yang telah di sebelah kiri.Lahirnya seorang bayi lelaki diberi nama Shaizhar Abu Bakar.

Hari ini,27 tahun lelaki itu hidup didunia.Dibumi ini dan dinegara bernama Malaysia.Berada bandaraya bernama kuala lumpur dan tinggal menetap di Ukay Perdana dalam negeri Selangor Darul Ehsan.

Syukur alhamdulillah walaupun tidak banyak sms @ ucapan "Happy Birthday" diterima tahun ini tapi cukuplah beberapa hari percutian telah memberikan kembali kekuatan untuk diriku.

Tahun ini "tiada ucapan hari lahir & doa dari seorang bernama ibu"..(sedih sangat2). Tahun ini tiada sambutan hari lahir seperti tahun2 yang lalu & rumah juga "tertutup" dari majlis rumah terbuka.

Terima Kasih atas doa,ucapan,mesej/sms dan segala - galanya daripada sesiapa sahaja.Kepada yang terlupa/tak ingat atau sebaliknya.Shai terima semuanya dengan redha.Hidup harus diteruskan biarpun sendirian.

Dalam usia 27 tahun terlalu banyak yang telah shai lalui & alami.Yang akan dihadapi dan dirintangi.Mungkin ini entry terakhir untuk blog ini.Mungkin ada kesinambungan dalam penulisan @ mungkin penulisan & coretan ini akan terus kekal bersemi disini.

Terima Kasih untuk semuanya.Ikhlas dari Shaizhar Abu Bakar.Inilah Shai akan terus menulis biarpun bukan lagi di blogdrive mahupun blogspot.Kini di Blogsome.. Rumah ke 3 untuk tahun ke 3 berblog.