Pada 9 Mei 2008, selepas sahaja pukul 5.00 petang. memecutkan diri ke Kelana Jaya.Main redah je.Konon - konon macam arif tentang jalan.Minta pertunjuk arah dari orang yang ingin dijumpai tapi hanya dimaklumkan ada Giant, Balai Polis dan pejabatnya berhampiran kawasan itu.Punyalah banggang dan bodoh kataku pada diri sendiri.Main redah je masuk town PJ.Erk! pusing punya pusing dah 5.30 petang.Oh! tidak aku kesesatan.Dari KL, melalui Lebuhraya Persekutuan.Akhirnya baru Shai sms tanya mana nak keluar.Kemudian baru dimaklumkan kena keluar ikut susur keluar Sunway dan perlu ikut arah ke Kompleks Tabung Haji.Erk! kali ke2.Ikut je kata hati.Rasa penah melalui jalan besar ini satu ketika dulu.Tapi ingat - ingat lupa.Merempit sambil mencari harta karun adalah sesuatu yang mudah.Kalau salah jalan boleh pusing balik.Terus je ikut pertunjuk yang tulis anak panah ke Kompleks Tabung Haji.Fuh! macam jauh gila je.Tak tahu apa jalan - jalan yang dilalui.Kejap pusing kiri kejap pusing kanan.Akhirnya dah nampak Giant kecik.Erk! ingatkan Giant yang besar & hyper.Lepas tue nampak Balik Polis & Kompleks Tabung Haji.Depan sikit baru temui tempat harta karun ini.Huh! jauh gila tempat kerja dia.Apa pun harta karun bertukar tangan dan RM dikeluarkan.Tak pe .. tak pe..hanya bertemu beberapa minit di luar pejabatnya dan seterusnya perlu ke lokasi ke2 untuk tugasan seterusnya.

Perjalanan ke Shah Alam sesuatu yang biasa biarpun jarang - jarang.Lokasi memberi harta karun ialah di Seksyen 16.Macam biasa main redah je.Tengok papan tanda ke Seksyen 16 lepas itu ikut je sampai lah sampai kat kawasan perumahan elit kilang - kilang.Banyak gila dan ada macam - macam lorong.Main belasah je mencari - cari tempat persembunyian si kekasih hati awek bernama SS memang huruf nama sebenar.Janji untuk jumpa di Kompleks PKNS tapi sahaja sesuka hati nak buat kezutan dan akhirnya hampa kerana tempat yang dicari tak ditemui walaupun dah berpusing - pusing mencari sebanyak 2 kali.Waktu itu, belum lagi 6.30 petang seperti masa yang dijanjikan.Ada juga sms minta alamat tempat persembunyianitu.Tapi hampeh!! x de pembalasan kalau x senang sikit kan.

Merempitkan diri ke Kompleks PKNS, menjadi seperti tugu negera di tepi jalan raya berhampiran depan KFC kompleks tersebut.Tunggu punya tunggu dah dekat 5 minit.Kemudian sms kasi tau dah sampai.X juga jawab - jawab.Lepas tue call HP si kekasih hati awek ini lah. Tak juga berjawab.Macam something bermasalah je.Erk! tak kan kes Tipah tertipu lak nie.Tiiiiiidak jangan biarkan diriku menjadi mangsa penipuan.Nasib memang menyebelahi Shai bila mana mempunyai no telefon pejabatnya (memang dia ada kat opis ada xtvt makan - makan gotong royong katanya)."Helo , boleh cakap ngan SS".Tanya Shai dalam kebisingan di tepi jalan raya.Sekejap ye, balas awek yang tak dikenali.Kemudiannya.. "Ini saya lah Shai"…bla..bla..bla.. alamak! sian HP nie masuk air erk! ntahlah mungkin bateri habis kot.

Kemudian di kasi tahu yang kat Seksyen 16 tue lorong 16/* itulah tempat persembunyiannya.Hampeh! utk diri sendiri kalau telefon opisnya awal - awal mesti tak perlu buat kerja 2 kali iaitu berpusing - pusing ditempat yang sama.Akhirnya salah diri sendiri juga.Dalam 7pm lebih sampai juga depan pusat membeli - belah gudang tempat dia kerja.Bukan gudang garam yek!.Tetiba ada 2 pintu kat situ erk! mana satu nak tunggu.Main belasah kat lagi satu pintu yang konon2 tuan puteri tue akan muncul kat situ.Sambil tunggu - tunggu jadi pengawal keselamatan tepi pintu tu.Ada baca iklan tergantung kat situ.Fuh! nak ambik kerani gudang & kerani pentadbiran.Ish! mcm nak apply je tapi itu kalau tahun lepas memang nak apply tapi skrg walaupun tension ngan kerja tapi tak mungkin akan cari kerja lain dalam setahun dua ini. Merapu jap!. Akhirnya awek tue seperti berbaju hitam, dari kejauhan seperti pengawas sekolah.Erk! lagi sekali.Alamak! salah pintu dah! terpaksa merempit diri ke arahnya.Sembang dalam beberapa patah perkataan dan memberikan harta karun kepadanya sebagai Tandahati bahawa saya mencintainya mengingatinya.Ayat poyo jap.Main belasah je nak kasi entry panjang.Tak ada kaitan okie! kita orang kawan je.Jawapan artis. Kasi ole - ole tanda persahabatan semakin mekar berkembang bagaikan bunga - bunga yang sedang harum ditaman.Kah3.Akhirnya meminta izin untuk meneruskan perjalanan ke Sijangkang, berhampiran Teluk Panglima Garang.

Gembira bukan main anak - anak buah mendapat ole - oleh dari sabah + abang & kakak ipar.Hanya dapat tidur semalaman disana kerana esok tghari mempunyai agenda yang lain harus diselesaikan. 

Kisah 10 Mei lah pulak. 

Erk! janji pukul 9.30am (tu pun ada hati 9am) Ha3.Sambil gelakkan orang yang ingin ditemui.Beberapa minit sebelum 9.30am Shai sudah tiba di Tesco Bukit Tinggi Klang tempat yang sama dan lokasi yang serupa pada pertemuan terakhir yang lalu.Tujuannya ialah untuk memberikan hadiah  & tandahati + ole - ole dari Sabah = Hadiah hari jadinya esok.Erk! dah tua..dah tua.. "kertu" ooops!!!…

Macam biasalah rambang bijik mata mencari itu dan ini.Akhirnya membeli satu barang dan beberapa barang sehingga terlebih budget membeli belah.Orang itu call , katanya masih di rumah.What?? ha3..Shai memaklumkan akan berada di tempat kejadian sehingga 10am kerana terpaksa terbang ke KL pada masa tersebut.

Kaki melangkah ke KFC dan kemudiannya duduk tanpa makan disitu.Tunggu punya tunggu 5 minit sebelum 10am telah muncul warga tua emas yang dinantikan. Oooops! sorry.. sembang - sembang sikit2 kerana Shai mengejar masa.Tue lah sapa suruh datang lambat.

Untuk makluman Shai adalah seorang yang menepati masa.(sentiasa cuba untuk menjadi insan yang menepati masa).Akhirnya harta karun bertukar tangan dan RM20 telah diterima.Walaupun kehilangan RM1 tetapi kira halallah.Ha3.Minta RM30, tergejut badak gila kah? Jangan risau Shai bukanlah seorang yang zalim.Tolong kawan - kawan.Akhir pertemuan Tandahati bertukar tangan dan Shai membawa diri kembali ke sarang untuk membuat persiapan menghadiri jemputan makan tengah hari sempena sambutan hari ibu di Restoren Seri Melayu, Kuala Lumpur.

Nota Shai :Syurga di Telapak Kaki Ibu…nyanyian Aishah memang best, power & akhirnya impian bertentang mata menjadi kenyataan sejak 1990-an ketika Janji Manismu menjadi pujaan hatiku.

" Duhai apakah gerangan…." erk! mula je Aishah buka mulut menyanyi..Air mata mulai menitis sedikit demi sedikit.Siap cover dengan tapak tangan kanan.Fuh! deras gila airmata mengalir seperti air terjun,sehingga ke pertengahan lagu.

Kenapa?Mengapa? takkala itu.. wajah & kenangan bersama "arwah" mak muncul diingatan.Selamat Hari Ibu Mak, Hjh Sa’adah Hj Ismail."Kau Tetap Dihatiku" Dulu..Kini & Selamanya ‘Kau permata hatiku..sumber inspirasiku".Semoga rohmu dicucuri rahmat Al - Fatihah.. A- Min.