69 : Izinkan Ku Pergi - Kinabalu Park vs Kundasang + Poring Hot Spring 3 Mei Part 5
Hari ke 3 di Kota Kinabalu Sabah.Seawal 5.00 pagi sudah terjaga dari mimpi tidur.Tidur Shai agak nyenyak sekali.Dari beberapa hari yang lalu asyik bersms dengan Kak Chombi.Insya-Allah akan bertemu hari ini.Setelah siap itu dan ini ,sementara menanti yang lain - lain Shai layan berita & tv dahulu.
Bertolak sekitar 9 pagi.Melalui jalan - jalan yang agak asing.Persinggahan pertama ialah di Stesen minyak memberi minum kepada kereta. Untuk perjalanan hari ini kami ber3 menaiki kereta toyota plat Q (Sarawak) membontoti Avanza hijau ke mana sahaja arahnya.Banyak bekalan di bawak.Ada jemput2 (cekodok katanya?) sebagai bekalan Shai membeli satu botol 100 plus & 2 botol air mineral + jajan. Perjalanan melalui kawasan hutan belantara yang berbukit bukau dan bergunung - ganang.Suasana mulai merasai sejuk seperti ingin beku bagaikan ais.Mungkin disebabkan paras ketinggian dan cuaca iklim persekitaran merubah keadaan dari panas kepada kesejukan yang tak terlampau.Sepanjang perjalanan bukan sahaja sayup mata memandang melihat kehijauan alam dan kebesaran ciptaan tuhan tetapi jalang yang bengkang - bengkok dan banyak kawasan yang curam.
Sepanjang perjalanan juga terdapat banyak gereja yang mengambarkan agama penduduk setempat.SMS demi sms masuk bertalu - talu. Berapa keping gambar diambik tetapi kebanyakkannya tidak memenuhi citarasa.Selepas lebih 1 jam perjalanan kami hampir berada di kaki Gunung Kinabalu.Tersergam indah satu kebanggaan negara didepan mata.Dari kejauhan beberapa alur aliran air terjun memutih menghiasi lanskap Gunung Kinabalu.Fuyooo!! tak sangka akhirnya dapat melihat sendiri Gunung Kinabalu didepan mata walaupun hajat hati nak memanjat Gunung Kinabalu tidak kesampaian.Mungkin di lain kali.Suasana sejuk amat dirasai.Beberapa minit dikawasan lapang itu kami bergerak menuju ke Kinabalu Park iaitu Taman Kinabalu.Pada pemahaman Shai tak ada apa - apa yang menarik disitu rupanya semua itu silap.
Bayaran RM 3 seorang dikenakan untuk masuk ke Kinabalu Park.Beberapa minit kemudian Kak Chombi yang berbaju merah menyala bersama suaminya tiba di tempat kejadian.Akhirnya dari KL Ke Kaki Gunung Kinabalu bertemu juga kami bertentang mata.Seperti kata Kak Chombi diriku memang seorang lelaki pemalu terakhir.Memang susah nak panas kalau pertama kali jumpa dengan orang yang tak pernah ditemui.Aktiviti pertama ialah sessi lawatan ke bilik air Shai kemudiannya terpaksa membasuh kaki & kasut Shahir yang basah dek kerana terpijak selut.Ayak! banyak aktif ini budak.Kemudiannya di tingkat 1 ada pameran.Layanlah pameran disitu.Macam - macam info pasal Gunung Kinabalu.Binatang plastik yang dikeraskan serta disejuk beku pun ada.Sessi bergambar sana dan sini seperti biasa sebelum meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring yang agak jauh juga dari situ.Kami berhenti bergambar lagi sementara Kak Chombi sudah bergerak laju.Melalui kawasan dibawah berhampiran kaki Gunung Kinabalu sesuatu yang tak mungkin dilupakan.Akhirnya tiba di tempat picnic selepas beberapa puluh minit bergerak dengan kaki kereta.Di luar kawasan itu ada menjual souvenir yang mahal murah.Shai telah membeli 12 batu bata perhiasaan dari sana untuk teman - teman.Cute dan cantik, disinilah bermulanya kisah Shai tertipu dan terambil @ segaja ambil duit RM 50 edisi terhad sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 50.(duit nie x nilai ke? atau x leh guna @ mahal kalau dijual) sambil sms Kak Retna.
Membawa barang - barang picnic ke dalam kawasan Poring Hot Spring.Fu yoo!! air sungainya sangat deras dan jernih.Kemudian kawasan didalamnya sudah mula dipenuhi haiwan manusia.Nak masuk , dikenakan bayaran RM3.Memandangkan kami sudah membayar di Kinabalu Park kira in pakej le.Walaupun kami ber3 telah membayar tanpa diberikan resit @ bukti pembayaran.erk! apa nama benda tue?. Kak Chombi dan suaminya turut joint picnic ini.Shai , Kak Chombi & Suaminya duduk agak jauh sedikit dari Family Pak Cik Carneyz. Junaidix datang melepak & makan - makan dengan kami ber3 beberapa minit kemudiannya.Nyum..Nyum.. Nasi lemak Kak Chombi & Meehoon goreng yang Shai order sudah ada didepan mata + udang masak merah yang sedap tak terkata. Meehoonnya lain sikit dari di semanjung mungkin spesis yang besar sedikit saiznya.Junaidix dan Carneyz serta kami ber3 bersembang - sembang tentang macam - macam perkara termasuk apa yang telah dilalui semalam, tentang msjbox.com dan lain - lain cerita.Shai hanya duduk merendamkan jari kaki dan tidak mandi manda.Hanya membasahkan kaki di air panas itu untuk seketika selepas sessi menghabiskan makanan selesai.tak habis pun ada lagi baki kan.Sedap gile Kak Chombi masak.Thanks ye kak.Sorry la plan nak singgah umh akak tak jadi sebab bawa bala tentera yang ramai.Ahaks.
Destinasi kami seterusnya ialah di Masjid di Kundasang.Terletak diatas bukit, gerimis rintik - rintik membasahi diri.Kak Chombi tak menyertai kami menurut smsnya beliau dan suami berada di ladang teh.Wow kalaulah Shai dapat turut serta.Erm… erm. x pe lain kali leh gie Cameron Highland.Insya-Allah.Suasana petang yang indah dengan kejelasan permandangan Gunung Kinabalu jelas didepan mata.Seterusnya kami singgah di War Museum.Kat sinilah tentera2 dari Australia di semadikan.Bayaran RM 2 dewasa dan RM 1 kanak - kanak dikenakan.Okielah tempat ini.Kat satu sudut tempat ini boleh tengok permandangan jelas Gunung Kinabalu juga.Banyak bunga - bunga hidup ditanam di sini.Kononnya ada CCTV dipasang & bayaran dikenakan kepada pencuri bunga.
Dek kerana wang tunai semakin berkurangan Shai telah masuk ke dalam ATM Alliance Bank untuk minta sedekah dan mengeluarkan RM 100 (Harap2 cukup untuk shopping esok) Fuh! best gila bila ada banyak ATM (bank gaji) tak nampak pulak dimana May Bank berada di Kundasang dikala itu.Destinasi berikutnya di kawasan menjual bermacam - macam hasil laut Kundasang.Ada sayur - sayuran , bunga - bunga segar + makanan & buah - buahan.Fu yooo.. rambang mata woow.Yang pelik di mata Shai ialah keropok bayam.so beli lah 2 dengan harga RM 5.
Tetiba ternampak pasangan suami isteri berbaju merah duduk bersidai melepak tepi jalan raya berlatar belakangkan keindahan Gunung Kinabalu.Si suami bersembang dengan Encik Ismail & Kak Chombi bersembang sakan dengan Mak Cik Carneyz ,sementara anak - anaknya bermain ke sana - sini sehingga ada yang menjadi mangsa kecederaan.

Aduii Shai..
memang patut ler..kau bakal jadi penulis .Crita kau ni seolah akak turut berada di situ pula.malah terasa kesedapan krepek bayam tu juga..kehkehhhhh
eshhh!!tapi apa pasai akak masih tak bley ikut imagine brada di Kinabalu park arhh??
whuaaa!!SANGATTTTT JELESSSS!!
Comment by K.ILA — May 9, 2008 @ 3:58 pm