Hari ke 2 di Kota Kinabalu.Hari ini 2 Mei 2008 bersamaan ulangtahun ke 40 tahun artis kesukaanku iaitu Ziana Zain.(tiada kaitan dengan cerita).Happy 40th Annivesary Kak ZZ.

Destinasi hari ini ialah menyelam seperti dugong , penyu dan ikan di dasar laut dan pulau pilihannya ialah Malukan.Di Taman Negara Tunku Abdul Rahman.Sekitar 8.30pagi (setelah beberapa minit menunggu) bot memecut perlahan laju menuju ke pulau.Melantun2 juga seperti menaiki roller coster walaupun tidaklah sekuat mana.Bayaran RM 36 anggaran Penumpang seramai 9 orang akhirnya selamat sampai di pulau asing Malukan.Sudah banyak berubah benar pulau itu.Setelah membayar RM3 sebagai bayaran tiket wayang masuk ke pulau itu.Pasangan suami isteri yang bersama Shai iaitu Junaidix dan Carneyz telah terpengaruh dengan iklan seseorang yang lelaki yang menjual pakej terjun laut.Eh! silap apa ntah nama benda tue.Yang payung2 kembang tinggi tue.Start dari bot & landing dalam laut. Harga RM 90 di offer RM80 seorang.Memandangkan diri Shai yang tak pandai berenang dan menyelam maka Shai tidak turut serta.Pusingan pertama menyelam ke dasar laut yang sudah lama tidak Shai terjuni.Shai agak takut2 namun sudah mampu bernafas dalam air dengan baik.Tidak banyak ikan dan hidupan laut dikawasan penyelaman itu.Kalau pergi tengah lagi banyak ikan2.Sekitar 10am Junaidix dan Carneyz akan terbang di udara dikelilingi sedangkan Shai sendirian kesunyian di tepi pantai keseorangan seperti manusia yang karam di lautan sepi.poyo je Shai .Tetiba, perut Shai berbunyi keroncong & Shai berjalan - jalan cari makan seorang diri di dalam pulau yang penuh hutan belantara manusia.Alhamdulillah nasi goreng + telur yang digoreng dengan harga hanya RM 3.50 telah masuk ke dalam mulut + beli juga kerepok yang berharga RM 3 satu.Mahal gile, kalau kat daratan boleh dapat RM 1.60 ke RM 1.80 satu.Mencari 100 Plus tapi tidak kelihatan disana.

Aktiviti sendirian memang membosannya, akhir nekad utk bermain pasir.Ye ha!!! Shai bukan membina istana pasir tapi membina perkataan sebagai kenangan terindah di Pulau Malukan.Ada juga manusia durjana yang jalan tak pakai mata melanggar lari memijak hasil kreativiti Shai yang mahal harganya.Inilah hasilnya setelah beberapa puluh minit berkarya di tepi pantai dalam sebuah pulau yang mendamaikan dan dipenuhi manusia dari negara China.May be Hong Kong tak pun Taiwan atau dari negara China sendiri diselang seli dengan wajah Mat & Minah Salleh.Di sebelah itu ada satu permainan air yang bernama lupalah pulak.Kita boleh selam dalam air dengan selamat tanpa basah rambut dengan bantuan satu alat seperti motorsikal air dan berada dalam air laut bersama penyelam profesional.Gambar kita juga dirakamkan dan akan diberikan dlm bentuk VCD dan kaum keluarga kita kalau ada akan dapat lihat aksi kita dalam TV kecik di atas daratan.Best gak tengok TV kecik tue.he3.Tapi harganya RM 250 utk orang kaya dan RM 180 utk bukan warganegara malaysia. Shai tak minat sebab harganya tidak mampu dicapai oleh Shai.Jadi tak layan lah kalau RM 50 okielah juga kot.

Akhirnya Junaidix dan Carneyz kembali ke daratan selepas berseronok - seronok terbang di awan seperti kasawari helang. Patutlah dia orang lama sebab terpaksa tunggu semua orang yang dtg sekali ngan dia org habis terbang baru di bawa balik ke daratan pulau bersama - sama.Patutlah lama gile.Dia orang yang kelaparan turut mencari makanan untuk ditelan.Pusingan ke 2 menyelam pun bermula Junaidix dan Carneyz membeli roti mahal berharga RM 2 utk juadah berbuka puasa untuk ikan - ikan dilaut nanti.Kali ini tanpa Shai sedari telah berada dikawasan yang jauh.Di tengah - tengah pulak tue,Shai tak pasti apa kekuatan yang sampai membuatkan diri Shai mampu berada disitu.Memang banyak ikan ,terutama bila roti dijari diberikan pada ikan2 tersebut.Masing - masing seperti mangsa kebuluran kelaparan.Banyak sekali ikan - ikan yang berwarna - warni datang mengigit roti.Best ooo!! pegang ikan dugung.

Akhirnya sekitar 12.30tgh malam hari kami ber3 bergegas ke bilik bersalin persalinan pakaian.Kami terlewat kerana bos sudah meninggalkan kami kerana janji 1.00 pagi petang tidak sempat kerana kami tidur di bilik persalinan.Kami menjadi penunggu setia di jeti. Junaidix dan Carneyz bermain - main air laut dan duduk bersantai - santai di tepi jeti yang rendah (Erk! ada ikan gigit kaki ke kat situ?) sambil mereka mengambil gambar situ dan sini.Kami selamat sampai didaratan dan melepak2 sambil melakukan beberapa aktiviti wajib seperti menziarah bilik air,minum 100 plus menjadi pilihan Shai sementara Junaidix dan Carneyz menikmati ais krim.Kami ber3 berjalan kaki menuju ke arah yang betul di bawah terik matahari.Masuk ke Wisma Merdeka untuk mengambil duit di ATM. Shai bekeliaran mencari sesuatu akhirnya bertemu juga kekasih hati dengan harga yang okie setelah sekian lama ingin dibeli.Memang souvenir didlm shopping complex mahal gile dari kat pasar filipina.Carneyz membeli tali pinggang baru.Mungkin sebab dia dah kurus kot!Kami teruskan perjalanan ke Pasar di Filipina memang rambang bijik mata.Macam - macam Shai beli.Antaranya butang baju melayu lagi.Dalam 2 @ 3 kot yang berharga RM 5.Mata tak habis2 memandang key chain yang menjadi kegemaran Shai.Tetapi kebanyakkannya menjual dengan harga yang agak mahal.Bertemu juga Shai dengan satu kedai yang menawarkan 20 key chain dengan harga RM 20.Maknanya RM 1.Ha3.Okielah tue!

Shai juga sibuk melihat gelang - gelang mutiara tapi tidak membelinya.Hampir sejam atau mungkin lebih kami berada disana masing - masing sudah kehausan lagi.Sebelum menikmati air kelapa Shai merasa makanan kegemaran Shai yang cukup popular di Sabah iaitu Kueh Cencen.Fuh! sedap gila, terutama bila dapat rasa sample.Nak rasa itu nak rasa ini.Akhirnya belilah 6 Kueh Cencen dengan harga RM 10 kalau biasa RM 2 satu.Tak lama kemudian Mak Cik Carneyz datang menjemput dan membawa lari kami ke satu lokasi rahsia untuk membeli juadah makan malam.Kat situ tak berapa banyak orang menjual.Ada jual ikan bakar, chicken wings,kuih muih.Ianya seperti mini pasar malam le.Shai membeli popia sayur yang berharga RM 0.40 sen satu sebanyak 5 dan murtabak sabah yang berminyak dan berbeza dengan di semenajung kerana ianya di goreng dalam minyak yang banyak.

Selamat sampai dan berehatkan diri dan membasahkan diri sebelum baring - baring menghabiskan helai - helai terakhir novel Arjuna Hati.Waktu makan kita makan waktu bermain kita bermain.Aksi lasak anak ke 4 Encik Ismail memang tidak boleh dipertikaikan lagi.Shahir namanya, mengingatkan Shai kepada anak buah Shai iaitu Shazrif Afwan.Memang kanak - kanak berusia sekitar 4 - 6 tahun memang lasak lagaknya.Tidur Shai bertemankan panadol lagi kerana kepala yang kesakitan.