67 : Izinkan Ku Pergi -K.K , 1 Mei - Part 3
Selamat mendarat di K.K Airport Terminal 2, 20 Minit lebih awal dari masa sebenar.Kapal selam terbang AirAsia AK5122 yang sepatutnya terbang selam 2 Jam 30 minit dari Kuala Lumpur ke K.K tiba dengan awalnya.Penerbangan mengikut jadual dan pilot memecut diudara bagaikan F1 dan tidak terasa kelajuannya.Tidak menikmati apa2 minuman & makanan di udara kerana sudah kekenyangan.Tetapi berkesempatan membuang hajat kecil di atas awan.
Dijemput oleh Avanza hijau dengan penumpang kanak2nya sebanyak 4 + 1, Pak cik Carneyz (Ismail) & Mak Cik Carneyz membawa kami ke destinasi pertama di tepi pantai iaitu di Tanjung Aru 2.(Beach 2) untuk makan tengahari.Nasi beriyani daging (ayam sudah habis) menjadi pilihan.Angin sepoi2 bahasa dan berlatar belakangkan air laut yang membiru + hijau serta kebersihan pantai mendamaikan suasana ditambah dengan keindahan pulau - pulau yang melengkapkan lagi keindahan persekitaraan ciptaan hebat Yang Maha Pencipta.
Baru tahu rupa - rupanya Tanjung Aru ada 2 beach. Yakni Tanjung Aru 1 dan Tanjung Aru 2.Menuju ke Hotel penginapan iaitu Shang Ri La Tanjung Aru dan akhirnya membuat pusingan U atau dalam bahasa indahnya U - Turn. Sessi bersiar - siar cari pasal di Bandaraya Kota Kinabalu yang kecil.Melalui Pasar Filipina sambil jeling2 kemudian ke Terminal Bot/Feri.Alamak apa yek nama tempat tue? Dalam tengah2 panas malas nak ambik gambar.Pemandu membawa ke arah Yayasan Sabah @ namanya Menara Tun Mustapha.Sessi posing2 pun bermula Siap nak rusa okie!. Kat sinilah selalunya Menara KL menganjurkan acara BASE JUMP @ dlm bahasa indahnya Penerjunan Payung Terjun. Tahun ini pada bulan ogos penerjun2 seluruh dunia akan terjun lagi disini & dibeberapa lokasi lain.Destinasi seterusnya ialah ke UNIMAS ye ye.. Akhirnya dapat jumpa Heliza AF5 di luar UNIMAS.Konon - kononnya.Bergambar2 dan melihat2 kawasan sekitarnya yang mula membangun.Ke tempat menghabiskan duit di Pasar Filipina.Melayang beberapa RM kerana membeli butang baju melayu yang berharga hanya RM 5 Ribu Ringgit sahaja sebanyak 10 juta unit buat rakan - rakan sekerja & 3 housemate.Kat sebelahnya ada banyak - banyak kedai makan , seakan - akan pasar malam.Ada yang menjual berbagai2 jenis makanan laut dan siap boleh makan di situ.Ada jual minuman, makanan , sayur - sayuran.Meriah sungguh disitu.
Kami akhirnya menuju ke rumah tumpangan penginapan dengan penuh kepenatan dan masanya untuk berehat dan membasahkan diri. Aktiviti malamnya Shai menghabiskan sedikit waktu dengan membaca novel tulisan sifuku merangkap cikgu dan lilin yang membakar semangat Kak Norz .Novel yang ada unsur - unsur sejarah dan mempunyai kelainan berbanding novel2 karyanya sebelum ini iaitu Arjuna Hati(Minggu sebelumnya baca Archa Kasih).Seseuatu yang berbeza untuk dibaca (siap promosi lagi ni).Sekitar 9.00pm @ dlm suasana 10pm waktu semenanjung telah melelapkan mata dengan baki sedikit lagi helaian novel tersebut yang perlu dihabiskan.Alhamdulillah Shai menginap di tingkap bawah rumah besar 2 tingkat itu .Memang memuaskan hati kerana dekat dengan bilik air dan tidak perlu naik turun tangga.Hari pertama berlalu dengan baik sekali.Esok hari banyak aktiviti menanti.
