HolidayMay 6, 2008 9:56 am
66 : Izinkan Ku Pergi - Sebelum Part 2
Shai bercerita tentang perkara terjadi pada 30 April sehari sebelum "terbang" ke awan.Setelah dimaklumkan oleh Junaidix , yang nak bawa semua beg naik kapal selam terbang, maka beg besar Shai terpaksa dikecilkan.Macam - macam nak dibawa.Baju nak bawa banyak , seluar yang diluar dan didalam.Nak bawa novel lagi.Nak bawa pen dan buku nota lagi.Nak bawa itu , nak bawa ini.Dan akhirnya terpaksa dibuang beberapa helai baju dan sehelai seluar panjang.Akhirnya beg yang kecil yang berada dalam beg besar, telah menjadi 1 + 1 beg laptop yang tiada isi laptopnya.Beg baru okie!.
Sebelum ‘terbang" kancil telah mengambil dihadapan apartment Shai dan menuju ke rumah cacing acai.Seterusnya ke LCCT.Pertama kalinya Shai melangkah kaki masuk ke dalam dan setelah hampir 5 tahun tidak terbang di udara.Aktiviti pertamanya ialah jalan - jalan cari pasal makan di MCD untuk sarapan pagi tapi selepas meninggalkan beg di dalam MCD Shai membawa diri membuang hajat di bilik kecil sebelum menikmati hidangan di pagi hari sebelum meninggalkan Kuala Lumpur, eh! silap.. membawa diri dari semenanjung Malaysia.
Segalanya berjalan lancar tapi beg Junaidix terpaksa di check in kerana berat dengan batu bata 2 lap top kot! .Kami ber3 Junaidix, Shai dan Carneyz selamat terbang sekitar 10am menuju ke Kepulauan Borneo yakni Sabah di Kota Kinabalu.Ini kali ke 2 Shai kesana selepas penghujung 2003 yang telah berlalu.Di dalam penerbangan & semasa perjalanan Shai sibuk membaca buku Faizul Darius, Napiru dan akhirnya habis juga membacanya.Nanti Shai komen yek!.Sepanjang berada di awan semuanya memuaskan dan baik - baik sahaja.
