Malam minggu yang lalu Shai pulang lewat malam selepas senja melabuhkan tirainya.Menyinggahkan diri membeli juadah berbuka puasa dinner yang berharga bebelas ringgit.Erk! lantaklah orang kaya memang tak peduli berapa ratus belas ringgit yang perlu dibelanjakan. Mungkin mahal sebab harga ikan naik kot.Lepas tue siap order tomyam campur, telur dadar dan nasi nak lebih.So, kenalah bayar lebih.
Hampir2 sampai di depan kaki tangga apartment Shai tetiba.Aduh! erm… memang kriss tua ini buat hal lagi.Tayar dibelakangnya pancit dan perlukan rawatan segera.Dek kerana malam yang pekat Shai terpaksa menanti hari esok untuk memberi ubat kepada kriss hitam yang tua dan nak mampus itu.
Menonton konsert ke 6 Akademi Fantasia 6, erm..okie2 jelah.Sambil tengok TV yang 29 inci dok layan novel yang baru dibeli.Mood nak membaca macam kurang sikit.Tak tahu apasal.
Cerita pagi 270408, mcm biasalah dah nama pun duduk umah sendiri kenalah merajinkan diri mengemas bilik sendiri dan rumah.Membasuh, mengemop , menyapu , menyidai dan mengosok baju telah menjadi rutin aktiviti pagi ahad disamping mendengar carta Era.
Membawa diri sekitar 11.00 pagi ke jalan besar kerana beberapa meter dari rumah Shai tiada kedai motor , tak bukalah pada hari ahad. Terpaksa menolak motor sejauh lebih 2 KM.Dah sampai kat kedai motor tue kena tunggu giliran lah pulak.Sorg je pertugas kaunter pertanyaan yang kerja.Erm..nasiblah sebelahnya ada kedai makan.Layan sekeping roti canai telur dan teh tarik yang amat manis.Hampir sejam barulah segalanya pulih seperti sedia kala.Dan melayanglah RM 81 untuk merawat kriss hitam itu.
Destinasi seterusnya ialah kedai basikal ah long ATM , bank alliance yang jarang - jarang adanya di muka bumi.Terpaksa ke danau kota kerana malas nak ke pandan indah lagi kerana tempat tujuan selepas itu ialah Jusco Wangsa Maju.Tiba di Jusco dan berjalan tanpa arah tujuan dan akhirnya membuat keputusan untuk melawat kawasan di Carrefour Wangsa Maju pulak sebab nak beli barang berharga. Jalan - jalan dan pusing , mencari itu dan ini dan sempat singgah di bilik kecik yakni tandas dan kemudian terserempak dengan makhluk asing iaitu rakan sekerja.Erm..tegur2 ala2 manja dan terus berlalu pergi ke lokasi berikutnya iaitu Ampang Point.Di sana macam sudah menjadi lumrah berlari berjalan tanpa arah tujuan dan akhir terjebak didalam kotak jerit dengan melalakkan diri dengan 10 lagu dan melayanglah RM 10 ribu ringgit lah pulak.Lagu apa yek yang disumbangkan.Jap2 nak fikir.Erm.. lagu Mungkir Bahagia,Harapan,Suara Kekasih, Persis Mutiara (time nie ntah sapa ntah call & malas nak jawab..sorry), Tak tercapai akalmu ,Diriku tapak sulaiman (fanatik elyana), Pencinta wanita , lain2 lagu lupa lak.(kesimpulannya , lagu sedih & pedih terus menjadi pilihan)
Akhirnya apa yang dicari masih belum ditemui, seterusnya membawa diri ke Pandan Jaya iaitu Seng Heng.Berbekalkan duit RM 1 ringgit ribu sebuah kamera berjenama Sony telah menjadi milik Shai.Okielah , janji lepas ini ada kamera yang boleh tangkap gambar sendiri.Harganya lebih murah dari sasaran dalam wish list.Alhamdulillah, syukur sangat.Tapi nak dijadikan cerita erm.. terpaksa ke Seng Heng Taman Permata pulak ambik something hati.Aduh! terpaksa juga membawa diri ke sana lah pulak dan akhirnya terjebak selama 2 jam di CC tempat melepak di hujung minggu.Macam - macam berlaku dalam tempoh 2 jam di CC.Banyak juga yang Shai telah lakukan dalam proses merancang sebuah majlis yang besar pada 060708 nanti.
Itulah dia ringkasan cerita tak bergambar yang telah berlaku pada 270408.Wow!!! puasnya berjalan berlari kesana kemari.
