62 : Kisah di Mid Valley 260408
Shai tidak merancang lebih awal untuk ke sana.Ya, Mid Valley sudah lama tidak ku jejaki kakiku kesana. Shai terlebih dahulu ke Pandan Indah membaik pulih motorsikal tua hitam berjenama kriss yang sudah hampir 8 tahun yang akan ditukar baru sedikit masa nanti.Patutlah sekarang dia baru buat hal.Punyalah lama motorsikal di belai & dimanja dan akhirnya melayang RM 94.60 sen kasi RM100 ribu tapi dibayar balik RM6 alah… untuklah beberapa ringgit je.Dalam pada masa yang sama sms demi sms dikirimkan mengharap agar diri tidak terlewat.Hampir ke 12.00 tgh malam hari membawa diri merempit ke Mid Valley.
Hampir sesat ditelan bumi di Mid Valley sudah banyak yang berubah.Dimana tempat letak motorsikal.Akhirnya ketemu juga biarpun terpaksa tawaf Midvalley.RM1.50 melayang untuk membayar tempat letak motorsikal.Keluar2 dari parking,aamak! ada bank disini.Memang susah kalau gaji bulanan dimasuk dalam bank Alliance yang jarang - jarang ada cawangannya di muka bumi malaysia.Nasib dah keluar RM 1 juta ribu.Ops! tak sampai ribu pun ratus je.Masuk ke dalam Mid Valley dan menuju ke bilik termenung tandas.Hanya melepaskan hajat kecil bukan hajat yang besar dan lama.
Mencari - cari dimana KFC.Oh! di LG Floor rupanya.Masuk ke dalam dengan selamba badaknya.Tak nampak pun *tut* dan *tut* erm… keluar dari KFC dan berjalan tanpa arah tujuan.Akhirnya bertembung dengan *tut* dan *tut*.Ha3.Apa cerita ini? Tergejut tak akak? Akhirnya bertemu dengan penganjur acara.Erm..macam kelam - kabut & mengelabah je…oooops!! pendapat ikhlas.Akhirnya muncul seorang lagi yang dikenali.Tak rasa kekok sangatlah.Melepak di satu tempat tanpa arah tujuan dan akhirnya destinasinya ialah GSC membeli tiket wayang.Tak kisah cerita apa Shai layan je.Perut sudah berkeroncong dan berdangdut serta mengeluarkan bunyi pop rock & irama malaysia.ha3. tak ada kaitan dengan cerita.
Makan tengahari Shai hari ini, hanyalah nasi ayam berharga RM 5.05 yang nampak sedikit ayamnya.Inilah Brunch untuk hari ini tanpa membeli air dan menjadikan sup sebagai pembasah tekak & penghilang dahaga.Hampir2 nak ke pukul 2.30 petang (wayang dah nak start sebenarnya) Kami, oh! seramai 8 orang + 2 orang yang hilang bertemu di GSC dan sebelum masuk membeli pop corn dan air.Tetapi 1 orang dari kami telah hilang dan diculik.Sebelum masuk panggung bernombor 7 ada yang singgah melepaskan hajat.Tak tahulah hajat yang kecil @ besar.
Menonton filem.Erk! filem tue tajuk apa yek! Oh! pasal Tatoo…erm.. okielah.. satu cerita yang lain dari yang lain.Layan je lah.Kemudiannya lepas dah keluar dari panggung wayang kami membawa diri ke tempat permainan kanak - kanak.Oh! bukan.. tempat apa ntah namanya.Ada yang nak main pari - pari. La silap lak..Para2.Okielah tue! menunjukkan bakat & kebolehan.Ramai juga mata - mata dan kaki2 serta tangan2 yang memandang tanpa menutup mata.Destinasi berikutnya ke jusco dan mencari satu kedai makan.Bukan foodcourt jusco sebenarnya.Lupa lak apa nama tempat tue.Ada yang order laksa , rojak, ABC dan ada juga yang order air sahaja.Duduk2 dan lepak2.
Kesimpulannya Shai hanya tersenyum dan banyak berdiam dari berkata - kata.Hanya mengeluarkan suara bila perlu dan disoal.Apa pun gembira dapat jumpa dan kenal kamu , kamu & kamu.Eh! kami… beransur jua akhirnya menuju ke destinasi masing - masing.Shai menuju ke MPH & kemudiannya ke Sony Center pulang dengan beberapa novel.Melayang lagi hampir RM 62.00 serta tanpa kamera idaman kerana…. erm.. esok jelah jalan2 tengok2 kamera idaman (Duit sudah susutlah..macam tak cukup budget je).
Nota Shai : Thanks untuk semua , kau orang tahu ke blog Shai ?
