Shai bersyukur kepada Allah SWT dengan rezeki yang dikurniakan.Durian telah pun runtuh didalam bank.Pastinya kegembiraan pada hari ini akan berpanjangan sehingga berakhirnya percutian yang begitu jauh buat diri Shai beberapa hari sahaja lagi.Ya Allah Ya Tuhanku janganlah biarkan mood aku hari ini bergegar.Tetiba - tiba pada pukul 8.45 pagi selepas 15 minit, 8.30 pagi keadaan di pejabat masing panas & berbahang.Pada jam 9.30 pagi masih lagi terasa kepanasan dan kehangatan.Aduh! terpaksa telefon pengurusan bangunan ini. Permulaan hari yang indah dicemari dengan dugaan yang begini hebat dan boleh membuatkan api kemarahan yang melampaui batas.
Akhirnya sekitar 10.00 pagi keadaan kembali sedia kala.Namun kepanasan dalam diri masih membara.Apasal yek!
Impian memiliki durian RM lebih ,tahun ini telah termakbul.Alhamdulillah syukur yang tak terhingga.Dapat bercuti dengan penuh suka dan ria.Belum lagi terbang pergi ke sana sudah ada yang mengirim itu dan ini mengalahkan orang mengidam. Akaun bank banyak RMnya daripada biasa.
Dengan itu impian kembali ke Sabah dan terbang ke Gunung Kinabalu.Walaupun x dapat panjat naik gunung tapi berharap sangat dapat ke Kundasang dan melihat Gunung Kinabalu didepan mata.Best juga kalau dapat singgah ke Labuan.Semoga impian menjadi kenyataan.
Impian untuk memiliki kamera idaman berjenama sony.Yek dah pandang2 jeling2 dah lebih RM1 ringgit Ribu eh! apasal bukan RM1 yek! Harap dapatlah beli sebelum terbang ke Sabah.Lagi nak shopping beli beg baru , baju baru , kasut baru.Dah banyak kasut kat rumah sebenarnya.Lagi nak beli tilam baru , katil baru , tv baru (tak termasuk wish list pun).
Ingin online 25 24 jam sehari semalam seandainya loan pinjaman membeli laptop dell notebook compaq dengan budget RM2,600 diluluskan.Sebelum ini ingat nak beli cash.Dah lah durian RM yang masuk bukannya banyak mana pun.Akhirnya baru beberapa hari lalu buat keputusan buat pinjaman dengan company, kena bayar bulan - bulan selama 24 tahun bulan.Harap-harap masih ada lagi kat sini dalam tempoh itu. Lepas ini bolehlah bergaya dengan semuanya yang baru.Apa cerita imej baru? Erm.. wait & see masih tercari - cari pereka fesyen dan perunding imej (tak termasuk dalam wish list pun).Setelah memiliki laptop notebook, paling cepat pertengahan bulan depan.Insya-Allah kerja - kerja menulis , berkarya dan mengarang novel "My 1st Baby" yang bertajuk *tut* akan bermula. Mudah - mudahan A-Min.
Impian terindah? Erm.. macam tajuk novel je (Aduh ! belum start baca lagi..Entahlah tak de mood nak baca cerita2 karya yang berkisahkan beratus - ratus tahun akan datang) Kalau ada mood akan dibaca nanti.Mudah - mudahanla.
Harap - harap tahun ini dapat beraya di Kuching.Sambil jeling2 Sahrulia nak tumpang hotel rumah boleh? Kenapa sik caya kah? Ntahlah tahun ke 2 tanpa seorang bernama mak memang menyedihkan.Biarlah ku bawa diri jauh dari seisi keluarga.Mungkin beberapa hari diberikan utk bersama keluarga dan sanak saudara + mengunjungi pusara arwah ibu tercinta, tersayang , terindu, teringat.Boleh buat event kat Kuching , Sarawak kan.Semoga ianya menjadi nyata "Usaha tangga kejayaan, kalau nak cepat naik lift"

Semoga impian menjadi kenyataan
* Bertambah seorang lagi novelis di Malaysia ni
Comment by kak e — May 7, 2008 @ 8:34 am