56 : Laporan Msjbox 3rd Anniversary - Bahagian 1
Berdiri: Junaidix, Acul, Kasawari, Linda, Aida, kawan aida, Yonna, Sodep, Nana, Kiki, Faizah, Zaiful
Duduk: Chot, Shai, Sheda, Baby, kawan moneirah, Moneirah, Angah, Norzailina, Carneyz, SisHoney, Kakak,
Missing: Syam,Budin, umie
Credit utk : http://my.msjbox.com/ (Copy & Paste)
Bahagian pertama laporan dari Shai
Sebelum acara seperti biasa sebagai Penganjur Acara Shai akan melaporkan tentang event yang akan diadakan/ di rancang @ yang sedang diusahakan.Kemudiannya memilih tarikh yang sesuai serta lokasi (serta melihat lokasi).
Persiapan itu dan ini juga dilakukan dalam memastikan kelancaran majlis yang diatur + dapatkan "penaja" ehem3. Dalam diam2 plan kezutan , kejutan dan lain - lain yg tergezut.Thanks pada idea ‘Lucky Chair".(Tak ada pakatan rahsia okie)
Bila semuanya dah okie! barulah publish detail tentang program (tempat,masa.aturcara,dll).Alhamdulillah sebelum hari acara sambutan memang hebat & menjelang hari acara macam - macam telah terjadi.Ada rakan kita yang sakit & berada di wad (dah keluar masa Shai pergi visit pagi sabtu itu) Rakan kita yang rumahnya di masuk pencuri lagi (simpati sangat) Ada yang bekerja (hanya mampu memberikan salam) Yang belajar (Jgn sedih2 okie) dan lain - lain faktor yang menyebabkan ketidakhadiran mereka.
Sejam sebelum 2.30 petang.Shai telah tiba ditempat kejadian.Mengambil iktibar acara yang sama tahun lalu (ehem3 penganjur dtg lambat @ terlambat disebabkan menjadi "penunggu" yang telah menyebabkan kelewatan yg x di elakkan tahun lalu) Tahun ini alhamdulillah semuanya bermula dengan baik walaupun….. (person in charge Restoren Tupai2 yg seakan blurr, cerewet, mengelabah & tak tahu itu & ini..heloo!!! relax lah brother x penah buat event ke?$#%^&*() Jangan sampai aku mencarut okie! still cool dan tersenyum..walaupun….
Sodep hadir dengan Syam (yang singgah sekejap) thanks yek! "menziarah".Takkala Shai sedang dok bincang2 dengan lelaki restoren yg "mengelabah" itu.Ayo!!! rasa mcm nak tendang je tiang tue ha3.(Dia baca ke entry ini).Kezutan pertama dengan kehadiran Sodep yang sudah lama tidakku temu.Walaupun kita "dekat" tapi sebenarnya kita tak "jauh" kembalilah menjalin ikatan dlm perhubungan agar tidak terpisah lebih "jauh" Ingatlah dunia ini terlalu kecil buat kita. Pusing2 pastinya kita akan ketemu juga.
Kezutan ke2nya, eletrik tiba2 terputus bekalannya.Aduh! kot jadi begitu.Shai dalam kepanasan.Shai secara sorok2 telah menampal sesuatu di bawah kerusi2 bertuah.(sekali lagi tak ada pakatan okie keatas kerusi itu).Thanks Syam seponser hadiah (Akhirnya digunakan utk kezutan berikutnya yang akan diberikan kepada pemenang Pakaian Terbalik Tebaik Lelaki & Perempuan) Keputusan juri adalah muktamad dan surat menyurat serta email layang tidak akan dilayan.Ha3.
Angahz blogger baru Msjbox muncul buat pertama kalinya dalam event Msjbox walaupun baru beberapa hari mendaftar mengunakan Msjbox.Thanks yek! (soory tak dapat bual - bual) Ehem.. u no me.. ha3..
Kehadiran Kasawari & Linda dari kejauhan Kulaifornio membuatkan Shai rasa terharu bila mana seorang rakan bloggers sejauh negeri johor sanggup turun mencemar duli.Ce waaah.. Thanks Bro… + Kak Linda tanpa kehadiran Aiman, Ammar
Kezutan seterusnya ialah dengan kehadiran Novelis a.k.a Chef Selebriti yang kita telah masuk dalam kamus hidup Shai sebagai "cikgu".Thanks Cikgu + sudi seponser dan jgn lupa 20% okie! ha3.. (tak mengharap pun).Kak Norz terima kasih daun keladi, lain event seponser lagi.(Note to Kak Norz : Nanti nak minta tolong dapatkan contact no Alaf 21 , para2 novelis & mereka2 yg akak kenal dlm dunia "Media") utk event 060708.
Keadaan kepanasan dan sedikit "delay" akibat kehadiran yang tidak sepatutnya (ish2..dari awal dah tahu, kau org pengurusan masa ada byk problem la) X leh salahkan dia org juga.Masing2 mesti ada sebab kenapa "lambat" sambil jeling2 mereka yang lambat.
Back to story.Alhamdullilah bos Msjbox muncul "awal" di acara kali ini.Thanks atas kepercayaan yang diberikan.Wow! 3 tahun berturut2 menjadi penganjur acara ulangtahun Msjbox.(Note to bos Msjbox: Thanks sudah up! skrg.. lepas ni kasi up lagi okie!! ha3… mana tau boleh jadi "rakan bisnes ke?" Alaaaamak.. Telebih sudah.
Junaidix & Carneyz hadir bersama Kiki.Dalam masa yang sama sessi sembang bersembang tak henti2 sambil menunggu yang lain (Kejutan dari Kasawari terpaksa dibatalkan atas faktor semasa) Kezutan lagi satu pun terpaksa dibatalkan sebab aturcara sudah tunggang langgang.
Yonna datang memberi kezutan.Thanks "dik" joint.Ketemu lagi kita yek!.Bersama - sama seorang "wanita bertudung.Ehem2 sekali pandang mcm … (x nak sebut namanya). Nana Neriza itulah orangnya.So sweet…
Kemudiaanya pasangan suami isteri romantik + pengantin baru muncul dengan tag line "Reeeedah Jeeee" iaitu Faizah & Kandanya Zaiful "Selamat pengantin tak baru.Rata2 yang hadir ketika itu memakai baju tema sendiri iaitu "hitam" supaya nampak lebih slim termasuk yang menulis cerita ini.
Aida & kawan aida Jejep9116 (ehem2 sambil jeling2 Aida) I no komen okie.U fikirlah sendiri apa soalan utk jawapan yg ditanya? Kemudian siapa lagi yek yang muncul??? Acul,Chot, kawan moneirah, Moneirah,umie (datang sekejap)

nama aku mcm tgl je..
Comment by chot — April 20, 2008 @ 9:31 pm