54 : Congkak 18042008 (Show Time : 9.50pm)
Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.
Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama.
Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.
Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.
Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK.
Peringatan Penting
“Ibu-ibu mengandung dan pengidap penyakit jantung dinasihatkan agar tidak menonton filem ini”. Begitu juga dengan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun diminta menonton bersama penjaga”-Amaran keras oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF)
Yang Menarik
Sepanjang pengambaran dijalankan, memakan pulut kuning dan ayam tidak dibenarkan. Ini kerana menurut orang yang arif dalam bidang mistik, ianya satu pantang larang yang harus dipatuhi.
People : best x best kena g panggung. kita kasi gegar 18th April 2008 (time lom cnfrm) @ TGV The Mines. Nak ikut? Register nama kt tok penghulu panggung (en. shaizhar). Kemunculan istimewa En. Azkam yg sudah kembali ke darat dan semakin langsing.. hiks! Moh ramai2! (copy from blog Kak Shida)

