53 : 6 Jam Jalan - Jalan di Kuala Lumpur
Memulakan perjalanan seawal 9 pagi menuju ke Tesco Ampang membeli beberapa barang dari hasil voucher tajaan seseorang.Thanks penaja.Hajat beliau Shai tunaikan dengan sumbangan ikhlas itu.
Kemudian bergerak menuju ke Terminal Putra Gombak.Si Kriss Itam di letakkan disitu kerana hari ini Shai akan berjalan - jalan di Kuala Lumpur.Destinasi pertamanya ialah KLCC.Tiba di KLCC dalam jam 10.40 pagi.Terus menapak ke KL Convention Center utk PIKOM PC Fair 2008.Pertama kali pergi.Manusia punyalah ramai nak masuk.Masa tue 10 minit lagi pintu dibuka.Hampir 80% adalah chinise.Yang melayu adalah kot dalam 15% dan lain2 rupa kulit dalam 5%.Aggaran dalam beratus hingga hampir seribu juga duduk berdiri tegak menanti detik 11.00 pagi sebelum dibuka untuk hari terakhir PIKOM PC Fair tersebut.Hampir 45 minit jalan - jalan cuci mata serta cari ilham Laptop/ Note Book idaman.Hanya flyers mampu diambil hadir tanpa membawa RM yang banyak.Macam - macam jenama yang ada teruja bila tengok DELL kemudian COMPAQ yang lain - lain tak teruja sangat.Banyak juga hall2 nya.Penat jugalah berjalan.Akhirnya menapakkan kaki keluar dari situ melalui laluan penjalan kaki ke Suria KLCC.Malas nak masuk dari satu kedai ke satu kedai kerana RM yang terhad.Terus berjalan menuju ke Putra LRT untuk menghala ke Central Market.Jam sudah menunjukkan 12.00 tengahari.Shai menikmati makan tengahari di Marrybrown berhampiran Stesen Bas Klang.Kali terakhir makan Marrybrown ialah di Stesen Bas Shahab Perdana 10 Mac yang lepas.He3.Tak tahu apasal suka Marrybrown (walaupun).
Tetiba…singgah di CM melepaskan "hajat" RM 0.50 bayaran masuk ke tandas disana.Kira okielah sebab dah diubah suai dan cantik jika berbanding 10 tahun dulu yang "hazab".Akhirnya kaki melangkah ke Mydin Sinar Kota membeli beberapa barang dan akhirnya telah melayang RM 19.40.Membawa kaki menuju ke Star LRT Masjid Jamek.Ya Allah!! Aku kat Malaysia ke kat Luar Negara nie.Ha3.. Memang kelakar bila rakyat asing memonopoli sekitar jalan - jalan disitu.Warga Napel berada dicelah - celah warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh serta lain - lain warga asing di sekitar kawasan itu.Kedestinasi berikutnya iaitu PWTC.Untuk ke 3 kalinya ke Pesta Buku.
Singgah beli komik Ujang RM 4 (dapat paper beg yang kaler2 dan cantik) beli Gila - gila keluaran 2007 yang berharga RM1 satu.(Beli 5). Kemudian mencari - cari both Karnadya.Tak jumpa pun penulis yang bernama Faizul Darius.Erm..mungkin x de jodoh kot nak bertemu di sana.Sessi jalan - jalan diteruskan lagi ditingkat bawah (ruang legar).Pusing2 dulu melawatan kawasan both Alaf 21 yang tak penah putus2 dengan kehadiran manusia & peminat2 novelis2 Alaf 21 (Saya suka Alaf 21 kerana semua novelnya menepati citasa saya) cewaah.. promosi jap (pendapat peribadi) memang dah sebati ngan karya2 novelis Alaf 21.Beli novel pertama "Cikgu Anis Ayuni" kemudian novel " Ku Damba Bahagia" Dhiya Zafira.1st time jumpa, baru beberapa hari kenal di dunia blog dan kotak msjbox.Penguna baru msjbox lagi tue.Berborak2 dan berbual2 .Alamak..Lynn Dayan pun kenal Shai.Kemudiannya barulah pergi borak2 ngan Kak Norz macam biasa minta autograf untuk bukunya Impian Terindah.Di sebelahnya ada seorang penulis baru bernama Fadli Al Akiti.Hanya mengukirkan senyuman buat jejaka itu.Melihat hasil tulisan jejaka itu.Wow! beratnya "masa depan tue".Tetiba muncul seorang wanita jelita (walaupun sakit tetap jelita okie! kataku) Pu3 walaupun sakit2 tetap bersemangat waja.SMS Junaidix tanya datang atau tidak? Akhirnya pertemuaan dengan Kak Norz berakhir sekitar 3pm.Keep secret ye kak!
Shai melangkah kaki menuju ke STAR LRT dari PWTC ke Masjid Jamek.Kemudian menaiki PUTRA LRT ke Terminal Gombak.Hujan rintik2 sepanjang jalan di dalam trend membasahi kawasan yang dilalui.
6 jam berjalan - jalan di KL satu yang memenatkan.Kesimpulannya, gembira dengan apa yang dilalui hari ini.
