52 : Coretan Sambutan Hari Setiausaha 12042008 bersama Bintang
Shai telah pun melangkahkan kaki ke Restoren Seri Melayu di Jalan Conlay, Kuala Lumpur untuk kali ke 2 bagi tahun ini 2008.Bulan lepas dinner meraikan hari lahir rakan sekerja.Makanan disana memang best dan banyak (Makanlah sampai muntah).
Majlis dijadualkan bermula 12.00 tghari. Shai telah tiba 15 minit lebih awal dan orang yg pertama dlm meja bernombor R2.Agak depanlah juga walaupun di sebelah kiri pentas.Banyak juga goodies penaja yg diberikan termasuk dari KL Tower sendiri.(Merasalah dapat barang yang sendiri seponser).Oh! lupa pulak..Majlis bertemakan warna "unggu" Shai belasah pakai apa yg ada (nasib baik ada baju color unggu) Cadangnya nak beli persalinan baru, tapi belanjawan bulan ini tak memberi ruang untuk Shai berbuat demikian.
Tak lama kemudian seorang demi seorang Setiausaha yang bekerja di KL Tower muncul ditempat kejadiaan.No Lucky Draw Shai ialah 0392.Agak2 bertuah tak? Kalau ada rezeki adalah kan.Majlis bermula dengan persembahan kebudayaan sekitar 12.15 Tenghari.Ramai lag juga manusia yang datang.Tapi dalam ramai2 tue may be 50% aja setiausaha.Sekarang dah jadi trend.Orang yang bukan setiausaha pun sanggup berhabis duit belanja kekawan,anak beranak, saudara mara dan rakan sekerja untuk tengok show artis pujaan mereka.
Pengacara majlis tghari tue mcm kureng sikit.Ntah tak tahu siapa gerangannya.Asyik baca skrip je.X de unsur jenaka langsung.Terlalu street dan terikat dengan skrip yang memang dah sedia ditangan.Merasalah engkau kena kritik dengan aku.Ha3.Sessi makan - makan pun bermula.Manusia punyalah ramai kat bahagian lauk pauk dan nasi. Shai memulakan Brunch (Breakfast & Lunch) hari ini dengan buahan - buahan.Macam biasalah tembikai dan betik menjadi pilihan.Erm.. makan juga pisang (dah lama x makan).Kemudiaanya dengan segelas air.(Dahaga sungguh hari ini).Masa time dapat goodies belek punya belek dapat pen.(Tetiba kena jadi mcm budak sekolah, isi mcm2 borang termasuk borang lucky draw) Dapat 2 bunga ros lagi, note book, Beg KL Towe,pen,Lasinda Cafe dll barang penaja.Fuyoo!! Habib Jewel seponser 3 Hadiah utama Lucky Draw yang jumlahnya RM10 ribu.
Pentas acara persembahan dimulakan dengan Nabil yang nampak relax walaupun dia 1st time membuat persembahan untuk majlis sambutan setiausaha ini.Jenaka selamba dan bersahajanya mampu mencuit hati dan best!! Nabil menjadi dirinya sendiri…kalau siapa kata show Nabil ini tak best..satu je ungkapan utk mereka " Lue Pikirlah Sendiri" Ha3.
Nabil mulakan dengan game pertama di pentas.Menari atas paper.Meja kita org hantar 2 wakil dari 4 orang.Cayalah!!! Hasmah yang kecil molek telah menang dan Kak Ima serta 2 yang lain dapat hadiah saguhati je.Chaiyok!! Chaiyok!!!..
Sessi makan - makan diteruskan sementara persembahan berlangsung.Makan nasi tetap kena makan dengan bermacam - macam jenis lauk.Lepas tue makan pulak western.Alah sayur2 salad macam orang puteh tue.Udang , daging black paper pun ambik gak dalam kuantiti yang sedikit.Lepas tue makan cucur udang.(Fuh! dan kenyang dan kembung perut)
Mawi muncul dengan lagu Ya Salam (agak2nya lah) lepas tue game ke2 pulak.8 orang dipanggil 4 lelaki dan 4 pompuan.Kita orang ada juga wakil.Kak Elly berpasangan dengan seorang lelaki yg tidak diketahui nya.Pasangan pertama agak malu2 bila mereka perlu bercakap mengikut aksi yang dilakukan oleh Mawi & Nabil.Pasangan ke2 memang best!! Mawi & Nabil yang berdialong dan dia orang berlakon.Pecah perut jugalah.Aksinya si perempuan jadi tukang jaga kaunter toilet dan yang lelaki pulak sakit perut tak tahan nak *tut* memang berbakat pelakon lelaki itu.Selamba dan boleh beraksi seperti dialog yang dilafazkan oleh Nabil.Kemudian pasangan ke3 memang "hampeh" dan tak best.Kena berdialog pasangan hindustan.Siap lagu latar "Khabi Kushi Khabi Ghem" betul ke Shai eja? Lantaklah.. tak best langsung mungkin sebab dia orang tak berbakat kot!.Paling best mestilah Kak Elly yang berbakat besar dan berbadan besar.Ha3.Nasiblah dia tak penah singgah blog ini (Tak tahu pun kewujudan blog ini).Kak Elly beraksi sebagai polis dengan beria2 bersama pistol jari dan pasangan lelakinya sebagai penjenayah.Memang best gile le dialog dari Nabil.Siap polis & perompak kongsi2 duit hasil rompakkan dan akhirnya menjadi suami isteri (hanya sekadar jenaka) Akhirnya Kak Elly menang sebab mendapat sokongan padu dari kami penyokong2nya.Siap jerit2 histeria dan ketuk2 meja.Sah2 orang dlm restoren tue akan berkata "anak sapalah tue" ha3.Lantaklah janji kawan kami yang berbakat itu menang.
Heliza muncul (so sweet) berduet dengan Mawi dalam lagu "Doa Dalam Lagu" sebuah lagu yang indah dicacatkan dengan sound system yang hampeh dan menggangu.Apa kehalnya ?Selepas itu Heliza ditinggalkan seorang dipentas.Ringkas benar kata - kata Heliza (mcm kurang persediaan je) Lagu "Aku Bukan Untukmu" di dendangkan.Okielah sebab itu antara lagu kesukaan Shai.Ingatkan dia nak menyanyikan lagu "Cinta Di Luatan Lalang" Lagu asal nyanyiannya di Konsert Final AF5.Tapi hampeh!!! tak dapat dengan lagu tue didendangkan Live.Tanpa banyak bercakap Heliza meneruskan persembahan dengan lagu rancak Bunyi Gitar diiringi Nabil yang memang kelakar dengan aksi menarinya.Ketawa2 semua orang melihat tarian Nabil.
Persembahan diselang seli dengan cabutan 25 no bertuah untuk sessi pertama dan 25 lagi untuk kali ke 2 nya.Dari 10 orang di meja Shai hanya 2 orang bertuah.Jadilah kan…Erm.. ternyta no Shai kali ini memang tak bertuah.Hampeh!! nasib baiklah hadiah dia biasa - biasa sahaja.
Shai meneruskan makan - makan dengan hidang kuih muih (beberapa jenis kuih je) Mawi & Nabil terus buat lawak.Eh! silap buat "silap mata" memang silaplah mata yang dibuat.Mawi cuba menghilang Nabil.Tapi akhirnya tak hilang pun.Agak2 kau orang apa yg hilang? Erm.. bagai seperti diduga.Memang tak kelakar silap mata itu.Kononnya yang hilang pada Nabil ialah ‘Ingatan" erm.. boleh jugalah diterima dengan aksi dialog dan lenggok badan Nabil yang memang2 menjadi.Nabil hilang ingatan beberapa minit.Kelakar gila (walaupun)
Akhirnya hadiah untuk Pakaian terbaik perempuan diterima oleh seorang bos yang datang jauh dari Batu Pahat , Johor dan yang lelakinya menjadi milik KHAL.Siapa KHAL? Sah2 lah dia kawan sekerja Shai memang kreatif orangnya.Memang dia layak menang di cabar hebat kawan disebelahnya iaitu Razak juga kawan sekerja kami.Memang riuh rendah bila wakil company kita orang menang kategori ini.Banyak gak hadiah dia dapat siap sejambak bunga ros pink.Jeles..jeles!!! dia dapat pakej percutiaan ke Kuantan.He3.
Ada juga anugerah syarikat yang paling banyak membeli meja (mcm tak logik je anugerah ini) serta Setiausaha RSM 2008 yang menjadi milik seorang yang bernama Hasmah.Sayangnya dia bukanlah Hasmah rakan sekerja Shai.Hasmah ini dah 33 thn menjadi Setiausaha (boleh caya ke? Ntah2 sebelum ini kerani).Itulah yang bermain difikiran Shai.Tapi tak pelah mungkin dah rezekinya.
Majlis berakhir dengan persembahan Mawi dengan lagu KIAN.Siap turun dan menyanyi dari meja ke meja.Ada yang tahu lirik dan ada juga yang mengelengkan kepala.Kami rakan - rakan Shai menyanyi suka sebab tahu lirik tue ( Shai pun tak hafal sangat) Sayangnya Mawi tak singgah pun meja kami (bagus juga buat Shai) Akhirnya satu suara bersungguh - sungguh didengari.Macam penah dengar. Oh! tidak, Etty adik Kak Elly telah mengsumbangkan lagu KIAN.Ha3..ober tak.Siap ada yang kelaut china selatan dan flat seri Sabah. Okielah tue, sebagai penatik mawi Etty dan Kak Elly memang bersungguh - sungguh.Nasib baik dia orang datang atas tiket penaja.Akhirnya Etty di tarik ke pentas (eh! tak dia jalan sendiri ke pentas).Mawi tanya kita orang nak tak dengan Etty tue menyanyi Shai dengan selamba menjerit TIDAK!! TIDAK!! TIDAK!! ha3 kita org siap ketuk2 meja.Alhamdulillah Etty tak menyanyi pun tapi dapat Teady Bear cute miut macam dia juga.Ha3.Sah2 sebenarnya Teady Bear tue Kakaknya, Kak Elly yang beli suruh Mawi kasi.Ooopps!!! betul ke apa yang Shai fikirkan atau memang itu dari Mawi? Lantaklah..x jeles pun.happy lah si Etty sampai ke telinga.Ha3.Dah lama x jumpa Etty tetap nak tepuk tampar dengan selambanya sambil usik2.
Majlis berakhir sekitar 3 petang dan Shai pulang menuju ke Cyber Cafe di Taman Melawati.
Nota Jemari : Thanks to my bos, to Dato’ CEO yang meluluskan budget untuk Setiausaha2 nya makan2 hari ini.Thanks (Nak tengok gambar? Kena tunggu kiriman foto dari rakan seperjuangan dulu.Dah kasi tau dah.Mana emailnya tak masuk pun..erm..)
