Ahli mesyuarat pintu (email) yang dimulakan oleh Carneyz telah memberi cadangan (rahsia tanpa pengetahuan suami terchentanya) ke satu lokasi yang jauh dari kotaraya Kuala Lumpur untuk membuat kezutan sebelum detik hari sebenar kelahiran seorang insan bernama Junaidi Bin Musa (fuh! siap nama penuh lagi) bermacam respond diterima dari rakan - rakan yang ada dalam list mesyuarat pintu itu.Soory yek geng mesyuarat tingkap.

Selepas kerja Shai menuju ke PWTC berjumpa seketika dengan kak Norz membeli novel "Menanti Kasih" sebagai hadiah "hari lahir ke berapa puluk yek!" he3… kira "hadiah awallah tau!"

Dari ramai2 hanya joint hanyalah muka yang sama iaitu Shai yang menumpang si puteh kak Retna (thanks) serta Kiki. Bertolak dari Taman Pelangi dalam 8.00 malam.

Melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar ke Nilai.Disebabkan Shai bukan pemandu dan tak tahu pun kejauhan lokasi tersebut.Akhirnya setelah sesat dan berpusing2 jalan dan melalui satu perjalanan yang panjang kami ber3 selamat sampai di HM Bagan Lalang Seafood (sebelum tue sempat masuk sikit kat Sepang Gold Cost) Nasib baik malam so tak nampak sangat le..Ingat Kak Retna bukan HM Tuah yek! (sambil gelak2).Beberapa minit kami duduk dan mula mengoder makanan 2 pasangan "romantis" tiba dengan sedondon purple iaitu Junaidix & Carneyz.

 Inilah menu yang dimakan… (apa yek!) lupa sudah. Ada ikan masak 3 rasa, ikan stim, sotong goreng (tue la..seorang makan) + order lagi sotong utk 2 orang makan.Ada juga Khailan ikan masin yang memang banyak ikan masinnya.Shai makan nasi dengan berseleranya kerana seharian tidak menjamah nasi.Kenyang gile.Sampai rasa mcm nak "muntah" He…thanks pada penaja iaitu Carneyz and Happy Birthday ke 29 utk bos Msjbox iaitu Mr.Junaidix.

 Kenapa tak percaya Kiki (kiri) dan Kak Retna (Kanan)

  Shai dan hadiah Kad (Kiki dan Kak Retna pun ada gak menulis dalam kad itu).Kaler2 kan…cantek..+ ada lagi hadiah "misteri" utk Junaidix.Oooops!!

Thanks untuk semua terutama pemandu si puteh dan Kiki  (Akhirnya kita dah tahu mana umh awak) Setelah merentas 3 negari KL,Selangor,Nilai (Negeri Sembilan) dan Sepang kemudian Bagan Lalang akhirnya impian seorang isteri kepada si suami telah tercapai.Semoga mereka hidup bahagia selamanya (cewah mcm menulis novel lak) Sepanjang perjalanan tak habis2 bercerita2 mcm2 benda.Satu lagi detik indah untuk dikenang.

Nota jemari : Gambar ini di "cilok" dari hasil kamera Kak Retna TQ..TQ..TQ