50 : Sambutan Hari/Minggu Setiausaha
Pertama kali selepas genap 10 tahun menjadi pekerja.2008, adalah tahun pertama Shai akan menyambut dan meraikan sambutan hari/minggu setiausaha.Erm… best ke jadi setiausaha? Atau P.A (Personnal Assistant) Nama jawatan memang gah! dan boleh dibanggakan walaupun taraf pendidikan hanyalah SPM.Lagi pun Shai skrg ialah PA cum Clerk.Kerja - kerja memang dah bertambah tapi ada juga kerja - kerja yang diagihkan kepada rakan sejabatan.Namun tanpa hitam putih & surat rasmi Shai masih sama jawatannya cuma tanggungjawab dah bertambah.Selepas ini kena belajar lebih banyak ilmu kesetiausahaan.Ada sesiapa sudi ajar?
Sebelum ini hanya pernah ke Restoren Seri Melayu untuk sambutan hari ibu & hari bapa sahaja.Kali hadir untuk sambutan hari setiausaha bersama dengan penampilan artis Mawi , Heliza AF5 & Nabil juara Raja Lawak 2. Ini 1st time nak bertentang mata dengan Heliza pujaan hatiku (ce waaah) x sabar juga nak tengok mcm mana aksi Nabil selepas bergelar juara Raja Lawak 2.
Tapi yang penting esok x payah makan pagi, sebab Shai akan "di belanja" bersama rakan - rakan Setiausaha yang lain.Selamat menyambut hari/minggu setiausaha untuk semua setiausaha dimana sahaja anda berada.Chaiyok!! chaiyok.. kalau dapat pergi tengok show Anuar Zain @ Ziana Zain kan best.. erm…
Esok hari 12/04/2008 Shai akan berada di sana..sana..sana..
