Dalam usia 3 tahun (14 Mac 2008) yang lalu, wajar dan relevenkah Msjbox Award 2007 di wujudkan dan mula dipertandingkan? Apa anugerah yang sepatutnya diberikan? siapa yang patut dicalonkan? Apa ciri - ciri pencalonan? Dan berapa anugerah yang perlu ada?

Hakikatnya, bersediakah Msjbox.com bergerak lebih jauh dalam usia merealisasikan impian menjadi kenyataan? Untuk mewujudkan satu empayar yang kuat,kukuh & utuh bukanlah sesuatu yang mudah.Ianya bukan sahaja bergantung kepada tulang belakang atau saraf tunjang sahaja sebaliknya semua anngota haruslah bersatu padu dan saling bantu membantu antara satu sama lain.Jangan ada hasat dengki,iri hati serta cemburu mencemburi kerana ianya tak baik untuk kesihataan jiwa & raga.

Bukan merepek @ membuatkan orang tertanya - tanya kemana halu tuju Msjbox dari kaca mana seorang insan bernama Shai tetapi sekadar memberi pandangan peribadi.Terlalu sukar menghilangkan diri dari Msjbox buat masa ini.Ada masanya "mendiamkan diri" itu baik.Mungkin juga selepas Julai nanti sesuatu yg benar - benar pasti harus Shai putuskan.Tak kan selamanya Shai sebagai penganjur acara.Sudah tiba masanya bakat2 baru dan wajah-wajah baru muncul serta tampil berani bersuara dan mengendalikannya.Dengan harapan semoga acara dianjurkan lebih baik dan mempunyai objektif juga sasaran yang lebih jelas & nyata.

Shai mengharapkan pendapat anda, wajarkah Msjbox Award 2007 di anugerahkan kepada rakan - rakan blogger Msjbox yang wujud,aktif dan memberi banyak sumbangan serta sokongan dlm memajukan msjbox.

Akhir sekali siapakah duta Msjbox 2008….. Nantikan jawapannya 19/4 ini (bersambung)