RAPAT bermaksud “dekat’ atau mendekatkan.
Merapatkan hubungan @ mengeratkan lagi pertalian persahabatan antara blogger, rakan, media, artis, fan club, dan lain-lain forum komuniti.
Menyatukan semua dlm satu acara.Mengumpulkan yang jauh (selatan , utara , timur , sabah & srwk) di satu tempat.
Pengisian pertamanya :-
Msjbox.com Kotak Mesej keluaran Malaysia.
"Mesej Untuk Blog Anda " http://my.msjbox.com/ akan mengadakan Pertandingan Mencipta Logo event Msjbox.com iaitu RAPAT 060708
Tarikh pertandingan bermula dari 25 April 2008 & berakhir pada 9 Mei 2008
Pengisian keduanya :-
Sudah bergerak dan terus bergerak ialah mencari Rakan Bersama ..buat masa ini telah menerima sokongan dari Info Malaya , Geng Jurnal dan dalam proses merisik AsamBoi(dot)Org dan kemudiannya Alaf21 FC seterusnya ke Fan Club2 bintang AF (Akademi Fantasia) mungkin AF2 (Zahid,Adam,Farah) , AF3 (Mawi,Marsha,Amylea) AF4?? , Af5 (Mila,Heliza) dan juga AF6 (siapa ada cadangan boleh sampaikan pada Shai.Kerjasama rakan - rakan amat dihargai.
Langkah ke 3 :-
Persidangan pertama ahli - ahli jawatankuasa RAPAT 060708 akan diadakan pada pertengahan Mei 2008 (akan dimaklumkan)
Langkah ke 4 :-
Mencari penaja & promosi secara besar - besaran (banner,letter,jemputan dll)
Langkah ke 5 , 6 & 7….. akan dimaklumkan dari masa ke semasa
Malam minggu yang lalu Shai pulang lewat malam selepas senja melabuhkan tirainya.Menyinggahkan diri membeli juadah berbuka puasa dinner yang berharga bebelas ringgit.Erk! lantaklah orang kaya memang tak peduli berapa ratus belas ringgit yang perlu dibelanjakan. Mungkin mahal sebab harga ikan naik kot.Lepas tue siap order tomyam campur, telur dadar dan nasi nak lebih.So, kenalah bayar lebih.
Hampir2 sampai di depan kaki tangga apartment Shai tetiba.Aduh! erm… memang kriss tua ini buat hal lagi.Tayar dibelakangnya pancit dan perlukan rawatan segera.Dek kerana malam yang pekat Shai terpaksa menanti hari esok untuk memberi ubat kepada kriss hitam yang tua dan nak mampus itu.
Menonton konsert ke 6 Akademi Fantasia 6, erm..okie2 jelah.Sambil tengok TV yang 29 inci dok layan novel yang baru dibeli.Mood nak membaca macam kurang sikit.Tak tahu apasal.
Cerita pagi 270408, mcm biasalah dah nama pun duduk umah sendiri kenalah merajinkan diri mengemas bilik sendiri dan rumah.Membasuh, mengemop , menyapu , menyidai dan mengosok baju telah menjadi rutin aktiviti pagi ahad disamping mendengar carta Era.
Membawa diri sekitar 11.00 pagi ke jalan besar kerana beberapa meter dari rumah Shai tiada kedai motor , tak bukalah pada hari ahad. Terpaksa menolak motor sejauh lebih 2 KM.Dah sampai kat kedai motor tue kena tunggu giliran lah pulak.Sorg je pertugas kaunter pertanyaan yang kerja.Erm..nasiblah sebelahnya ada kedai makan.Layan sekeping roti canai telur dan teh tarik yang amat manis.Hampir sejam barulah segalanya pulih seperti sedia kala.Dan melayanglah RM 81 untuk merawat kriss hitam itu.
Destinasi seterusnya ialah kedai basikal ah long ATM , bank alliance yang jarang - jarang adanya di muka bumi.Terpaksa ke danau kota kerana malas nak ke pandan indah lagi kerana tempat tujuan selepas itu ialah Jusco Wangsa Maju.Tiba di Jusco dan berjalan tanpa arah tujuan dan akhirnya membuat keputusan untuk melawat kawasan di Carrefour Wangsa Maju pulak sebab nak beli barang berharga. Jalan - jalan dan pusing , mencari itu dan ini dan sempat singgah di bilik kecik yakni tandas dan kemudian terserempak dengan makhluk asing iaitu rakan sekerja.Erm..tegur2 ala2 manja dan terus berlalu pergi ke lokasi berikutnya iaitu Ampang Point.Di sana macam sudah menjadi lumrah berlari berjalan tanpa arah tujuan dan akhir terjebak didalam kotak jerit dengan melalakkan diri dengan 10 lagu dan melayanglah RM 10 ribu ringgit lah pulak.Lagu apa yek yang disumbangkan.Jap2 nak fikir.Erm.. lagu Mungkir Bahagia,Harapan,Suara Kekasih, Persis Mutiara (time nie ntah sapa ntah call & malas nak jawab..sorry), Tak tercapai akalmu ,Diriku tapak sulaiman (fanatik elyana), Pencinta wanita , lain2 lagu lupa lak.(kesimpulannya , lagu sedih & pedih terus menjadi pilihan)
Akhirnya apa yang dicari masih belum ditemui, seterusnya membawa diri ke Pandan Jaya iaitu Seng Heng.Berbekalkan duit RM 1 ringgit ribu sebuah kamera berjenama Sony telah menjadi milik Shai.Okielah , janji lepas ini ada kamera yang boleh tangkap gambar sendiri.Harganya lebih murah dari sasaran dalam wish list.Alhamdulillah, syukur sangat.Tapi nak dijadikan cerita erm.. terpaksa ke Seng Heng Taman Permata pulak ambik something hati.Aduh! terpaksa juga membawa diri ke sana lah pulak dan akhirnya terjebak selama 2 jam di CC tempat melepak di hujung minggu.Macam - macam berlaku dalam tempoh 2 jam di CC.Banyak juga yang Shai telah lakukan dalam proses merancang sebuah majlis yang besar pada 060708 nanti.
Itulah dia ringkasan cerita tak bergambar yang telah berlaku pada 270408.Wow!!! puasnya berjalan berlari kesana kemari.
62 : Kisah di Mid Valley 260408
Shai tidak merancang lebih awal untuk ke sana.Ya, Mid Valley sudah lama tidak ku jejaki kakiku kesana. Shai terlebih dahulu ke Pandan Indah membaik pulih motorsikal tua hitam berjenama kriss yang sudah hampir 8 tahun yang akan ditukar baru sedikit masa nanti.Patutlah sekarang dia baru buat hal.Punyalah lama motorsikal di belai & dimanja dan akhirnya melayang RM 94.60 sen kasi RM100 ribu tapi dibayar balik RM6 alah… untuklah beberapa ringgit je.Dalam pada masa yang sama sms demi sms dikirimkan mengharap agar diri tidak terlewat.Hampir ke 12.00 tgh malam hari membawa diri merempit ke Mid Valley.
Hampir sesat ditelan bumi di Mid Valley sudah banyak yang berubah.Dimana tempat letak motorsikal.Akhirnya ketemu juga biarpun terpaksa tawaf Midvalley.RM1.50 melayang untuk membayar tempat letak motorsikal.Keluar2 dari parking,aamak! ada bank disini.Memang susah kalau gaji bulanan dimasuk dalam bank Alliance yang jarang - jarang ada cawangannya di muka bumi malaysia.Nasib dah keluar RM 1 juta ribu.Ops! tak sampai ribu pun ratus je.Masuk ke dalam Mid Valley dan menuju ke bilik termenung tandas.Hanya melepaskan hajat kecil bukan hajat yang besar dan lama.
Mencari - cari dimana KFC.Oh! di LG Floor rupanya.Masuk ke dalam dengan selamba badaknya.Tak nampak pun *tut* dan *tut* erm… keluar dari KFC dan berjalan tanpa arah tujuan.Akhirnya bertembung dengan *tut* dan *tut*.Ha3.Apa cerita ini? Tergejut tak akak? Akhirnya bertemu dengan penganjur acara.Erm..macam kelam - kabut & mengelabah je…oooops!! pendapat ikhlas.Akhirnya muncul seorang lagi yang dikenali.Tak rasa kekok sangatlah.Melepak di satu tempat tanpa arah tujuan dan akhirnya destinasinya ialah GSC membeli tiket wayang.Tak kisah cerita apa Shai layan je.Perut sudah berkeroncong dan berdangdut serta mengeluarkan bunyi pop rock & irama malaysia.ha3. tak ada kaitan dengan cerita.
Makan tengahari Shai hari ini, hanyalah nasi ayam berharga RM 5.05 yang nampak sedikit ayamnya.Inilah Brunch untuk hari ini tanpa membeli air dan menjadikan sup sebagai pembasah tekak & penghilang dahaga.Hampir2 nak ke pukul 2.30 petang (wayang dah nak start sebenarnya) Kami, oh! seramai 8 orang + 2 orang yang hilang bertemu di GSC dan sebelum masuk membeli pop corn dan air.Tetapi 1 orang dari kami telah hilang dan diculik.Sebelum masuk panggung bernombor 7 ada yang singgah melepaskan hajat.Tak tahulah hajat yang kecil @ besar.
Menonton filem.Erk! filem tue tajuk apa yek! Oh! pasal Tatoo…erm.. okielah.. satu cerita yang lain dari yang lain.Layan je lah.Kemudiannya lepas dah keluar dari panggung wayang kami membawa diri ke tempat permainan kanak - kanak.Oh! bukan.. tempat apa ntah namanya.Ada yang nak main pari - pari. La silap lak..Para2.Okielah tue! menunjukkan bakat & kebolehan.Ramai juga mata - mata dan kaki2 serta tangan2 yang memandang tanpa menutup mata.Destinasi berikutnya ke jusco dan mencari satu kedai makan.Bukan foodcourt jusco sebenarnya.Lupa lak apa nama tempat tue.Ada yang order laksa , rojak, ABC dan ada juga yang order air sahaja.Duduk2 dan lepak2.
Kesimpulannya Shai hanya tersenyum dan banyak berdiam dari berkata - kata.Hanya mengeluarkan suara bila perlu dan disoal.Apa pun gembira dapat jumpa dan kenal kamu , kamu & kamu.Eh! kami… beransur jua akhirnya menuju ke destinasi masing - masing.Shai menuju ke MPH & kemudiannya ke Sony Center pulang dengan beberapa novel.Melayang lagi hampir RM 62.00 serta tanpa kamera idaman kerana…. erm.. esok jelah jalan2 tengok2 kamera idaman (Duit sudah susutlah..macam tak cukup budget je).
Nota Shai : Thanks untuk semua , kau orang tahu ke blog Shai ?
Shai bersyukur kepada Allah SWT dengan rezeki yang dikurniakan.Durian telah pun runtuh didalam bank.Pastinya kegembiraan pada hari ini akan berpanjangan sehingga berakhirnya percutian yang begitu jauh buat diri Shai beberapa hari sahaja lagi.Ya Allah Ya Tuhanku janganlah biarkan mood aku hari ini bergegar.Tetiba - tiba pada pukul 8.45 pagi selepas 15 minit, 8.30 pagi keadaan di pejabat masing panas & berbahang.Pada jam 9.30 pagi masih lagi terasa kepanasan dan kehangatan.Aduh! terpaksa telefon pengurusan bangunan ini. Permulaan hari yang indah dicemari dengan dugaan yang begini hebat dan boleh membuatkan api kemarahan yang melampaui batas.
Akhirnya sekitar 10.00 pagi keadaan kembali sedia kala.Namun kepanasan dalam diri masih membara.Apasal yek!
Impian memiliki durian RM lebih ,tahun ini telah termakbul.Alhamdulillah syukur yang tak terhingga.Dapat bercuti dengan penuh suka dan ria.Belum lagi terbang pergi ke sana sudah ada yang mengirim itu dan ini mengalahkan orang mengidam. Akaun bank banyak RMnya daripada biasa.
Dengan itu impian kembali ke Sabah dan terbang ke Gunung Kinabalu.Walaupun x dapat panjat naik gunung tapi berharap sangat dapat ke Kundasang dan melihat Gunung Kinabalu didepan mata.Best juga kalau dapat singgah ke Labuan.Semoga impian menjadi kenyataan.
Impian untuk memiliki kamera idaman berjenama sony.Yek dah pandang2 jeling2 dah lebih RM1 ringgit Ribu eh! apasal bukan RM1 yek! Harap dapatlah beli sebelum terbang ke Sabah.Lagi nak shopping beli beg baru , baju baru , kasut baru.Dah banyak kasut kat rumah sebenarnya.Lagi nak beli tilam baru , katil baru , tv baru (tak termasuk wish list pun).
Ingin online 25 24 jam sehari semalam seandainya loan pinjaman membeli laptop dell notebook compaq dengan budget RM2,600 diluluskan.Sebelum ini ingat nak beli cash.Dah lah durian RM yang masuk bukannya banyak mana pun.Akhirnya baru beberapa hari lalu buat keputusan buat pinjaman dengan company, kena bayar bulan - bulan selama 24 tahun bulan.Harap-harap masih ada lagi kat sini dalam tempoh itu. Lepas ini bolehlah bergaya dengan semuanya yang baru.Apa cerita imej baru? Erm.. wait & see masih tercari - cari pereka fesyen dan perunding imej (tak termasuk dalam wish list pun).Setelah memiliki laptop notebook, paling cepat pertengahan bulan depan.Insya-Allah kerja - kerja menulis , berkarya dan mengarang novel "My 1st Baby" yang bertajuk *tut* akan bermula. Mudah - mudahan A-Min.
Impian terindah? Erm.. macam tajuk novel je (Aduh ! belum start baca lagi..Entahlah tak de mood nak baca cerita2 karya yang berkisahkan beratus - ratus tahun akan datang) Kalau ada mood akan dibaca nanti.Mudah - mudahanla.
Harap - harap tahun ini dapat beraya di Kuching.Sambil jeling2 Sahrulia nak tumpang hotel rumah boleh? Kenapa sik caya kah? Ntahlah tahun ke 2 tanpa seorang bernama mak memang menyedihkan.Biarlah ku bawa diri jauh dari seisi keluarga.Mungkin beberapa hari diberikan utk bersama keluarga dan sanak saudara + mengunjungi pusara arwah ibu tercinta, tersayang , terindu, teringat.Boleh buat event kat Kuching , Sarawak kan.Semoga ianya menjadi nyata "Usaha tangga kejayaan, kalau nak cepat naik lift"
60 : Pertandingan Mencipta Logo Event Msjbox “RAPAT 060708″
Tarikh pertandingan bermula dari 25 April 2008 & berakhir pada 9 Mei 2008
Logo hendaklah di email kepada junaidix@gmail.com & shaizhar@gmail.com
Syarat – syarat pertandingan
Idea asal
Mengunakan warna warni @ hitam & putih
Tulisan mestilah menunjukkan @ menjelaskan mengenai perkataan RAPAT
060708 hendalah ada dalam logo tersebut.
Mestilah menarik, tidak terlalu simple & terlalu banyak warna serta tidak terlalu "berseni" tulisannya.
Hendaklah jelas & mempunyai fokus.
Hadiah
Voucher Jusco bernilai RM 50
Hadiah sumbangan penaja
Msjbox percuma selama setahun
Sila sertakan nama , url blog , H/P , email utk dihubungi.
Nota : Keputusan juri adalah muktamad
Maklumat Tambahan : Penaja - penaja yang bermurah hati boleh terus menghubungi Shai
59 : Kisah Menjerit Di Kotak Merah & Larian Obor @ KL Tower
"Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia"
Shai masih belum dapat menghayati melodi lagu tersebut dengan baik membuatkan beberapa kali tergelincir dari lantasannya.Lagu Seribu Tahun dari penyanyi seberang tambak Johor iaitu Imran Ajmain.Sedap sangat lagu ini kalau boleh dimakan ditelan.
"Wajahmu ..seindah serinya pelangi yang indah" lagu Kau Pergi Jua dari Adam Ahmad.Antara lagu kegemaran Shai yang boleh dikatakan lagu wajib setiap kali menjerit melalak.Rasanya kali ini Shai menyanyi penuh penghayatan perasaan dan tak terikut2 gaya Heliza AF5 menyanyi (selalunya nak ikut gaya Heliza) tapi kali ini cuba jadi naturel.
Pertama kali menyibuk nyanyi lagu Sayang Sayang Sayang dari Aliff Aziz, macam best pulak sebab lagunya happening & gembira2 sangat dapatlah juga bawa lagu ini (siap nyanyi kali ke2 juga)
"Masaku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku
Jauh di dasar hatiku
Inginku ku teriak
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan"
Kemudian pertama kali juga nyanyi lagu ini "Disaat ku pinta keputusan mu ..Kau masih menanyakan semalam ku" Lagu J.Jay Cukuplah sekali.Memang seorang yang berjiwa "jiwang" ye ke? suka lagu - lagu sedih & pedih (mungkin sebab masih terasa "kehilangan" dan kesedihan dalam diri yang mendalam dan sukar di cari ganti).
"Ku mengerti perpisahan ini
Perpisahan… erm.. sebenarnya boleh membuatkan air mata Shai mengalir tapi…ternyata Shai cuba menyembunyikan perasaan sedih
itu.Lagu duet Pandang2 Jeling2 bersama Sheda.Jangan ingat kita org "jiwang je" + Lagu Dua Insan. (betul ke tajuk lagu ni).
Cerita Isnin 21042008, pertama kali bertentang mata & rupa dengan Dr. SMS (Dr.Sheikh Muzaffar Shukor) betul ke eja namanya? Sorry kalau salah.Ya ampun!!! Tersenyum je orangnya walaupun terpaksa membawa obor dalam kebasahan hujan. (5.00 pm memang waktu hujan lah kat KL) Apa pun Larian Obor sukan Olympic 2008 memang simbolik & menarik untuk ditonton.Agak2 muka Shai masuk TV tak?
58 : Laporan Msjbox 3rd Anniversary - Bahagian 3 (End)
Laporan akan berakhir dengan ucapan penghargaan dan terima kasih serta kata - kata dari penganjur kepada
Junaidix kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada Shai selama ini menjadi penganjur acara (sekarang sudah up okie! dan melantik diri Shai sebagai Event Coordinator/Manager).Imbasan secara ringkasnya bukan mudah menjadi penganjur acara, bermula dengan sambutan ulangtahun pertama Msjbox di kotak merah pada April 2006 (KL) membawa ke Restoren Satay Kajang Hj Samuri di Kajang pada April 2007 (Selangor) dan yang telah berlalu baru - baru ini di Restoren & Cafe Tupai - Tupai.Amanah yang diberi akan dipikul sebaiknya.Oleh itu selamat datang ke Kabinet Msjbox kepada rakan - rakan yang telah dilantik secara rasmi oleh bos Msjbox sendiri.Selagi mempunyai cukup masa & waktu serta kudrat akan Shai teruskan perjuangan ini sehingga tiba waktunya untuk berundur dari sini (Walaupun berat rasa hati).
Carneyz yang merupakan tulang belakang dan kekuatan Junaidix serta Kak Sheda yang tidak pernah jemu - jemu joint aktiviti Msjbox sejak pertama kali melangkahkan kaki ke acara pertamanya sejak menyertai Msjbox.Juga buat Kak Retna yang tak datang tak dapat datang atas hal - hal yang tidak dapat dielakkan.(Jgn lupa 31/5 u all ada tugasan berat okie!)
Untuk Sodep yang hadir memberiku kejutan (cewaaah..dah lama x jumpa sebenarnya kan kita ni) Thanks utk Sodep kerana beliaulah Shai berada di tahap ini dalam Msjbox.(Thanks yek! nanti jangan lupa xtvt kita menjerit di kotak merah).
Kepada Encik Kasawari & Kak Linda (dengan ucapan tak nak buka satu blog ke akak? boleh gantung msjbox..sempat lagi promosi) Thanks bro, datang jauh - jauh utk acara ini & Tahniah sebab menang pakaian terbalik terbaik lelaki yang warna - warni itu.Thanks juga atas 5 tajaan hadiah yang cukup bermakna buat penerimanya.
Pastinya buat cikgu Shai iaitu Kak Norz yang datang bersama 3 keknya , beberapa novelnya (ehem3.. 20%) serta akhirnya menjadi penerima pakaian terbalik terbaik wanita.Pertamanya thanks sebab menjadi penaja bersama 3 kek tersebut (walaupun bukan Kak Norz yang membuatnya sendiri) tapi janji tau..nanti kena masak juga kek yang sedap utk geng2 Msjbox) Thanks juga atas cadangan yang diberikan sehingga terjadi "Kerusi Bertuah".Tanda sokongan dari Kak Norz amat dihargai.
Buat Puan ILA yang menjadi penaja "Kerusi Bertuah" serta Syam yang menaja cj7 dan hadiah itu telah menjadi milik pemenang pakaian terbalik terbaik.
Kepada pencadang lokasi yang sepatutnya tidak boleh dipersalahkan kerana tempat yang dipilih panas dan kebetulan tidak mempunyai bekalan eletrik pada masa acara berlangsung iaitu Faizah yang hadir bersama kandanya Zaiful yang banyak memberi idea & cadangan buat Shai (Bantuan anda utk acara 060708 amat diperlukan) Sorry tak tahu yang lepas acara tue nak bincang2 (Sedikit tidak selesa dengan kepanasan tempat & sangat hangin, marah & benggang dengan restoren itu.Jangan harap nak buat event sana lagi.Ha3.Salah seorang geng reeeedah je yg x kasi nama utk mengesahkan kehadiran.
Buat Kiki yang selalu mengelak dari memperkenalkan diri (banyak perubahan positif skrg, dulu susah bebenar nak ambik gambarnya dan selalu shj mengelak..sekarang pun dah tak malu - malu macam dulu lagi).
Thanks SisHoney yang turun jauh dari penang.Sorry tak sempat sembang panjang.Same to Chot yang dah lama tak bertemu juga Acul serta yang pertama jumpa dan joint event Msjbox iaitu Angah (jangan serik untuk joint lagi) serta bertemu untuk kali ke? berapa yek? Yonna serta pertama kali bertentang mata dengan Nana serta kehadiran Moneirah & Kawan Monerirah.Pertama kali juga bertemu dengan Encik Budin.Thanks ye joint dan tak dilupakan seorang lagi geng reeedah jeee iaitu Aida & kawan aida.+ untuk yang datang menyibuk anda tahu siapa anda.ha3TQ.TQ.
Untuk semua yang kasi nama tapi x hadir tak pe nanti joint next event okie! juga pada yg mengirimkan sms,memaklumkan tak dapat hadir dan sebagainya.Jutaan terima kasih juga.Semoga bertemu di lain acara ‘ Majulah Msjbox Untuk Semua’.
57 : Laporan Msjbox 3rd Anniversary - Bahagian 2
Lokasi Msjbox 3rd Anniversary di tahun 2008.Laporan bahagian ke 2 bersambung ….
Bila hampir separuh dari yang mengesahkan kehadiran.Majlis pun bermula tanpa doa (sebab ada yang dah mula makan dek kelaparan)..Soory yek! aturcara berubah mengikut keadaan.(Kezutan kat sini x menjadi).
Sessi kenal - kenal diri dan menjawab soalan bermula.Sebagai penganjur & mengacara majlis Shai mula memperkenalkan diri dan kemudian sessi serangan soalan dari yang hadir.(sehinggalah yang keseterusnya) dalam pada masa yang sama sessi order mengorder utk yang hadir batch ke2 pun berlangsung serentak
Semua yang hadir diminta menulis ucapan pada kad birthday yang Shai pilih (berkaler2 okie) dan memang boleh ditulis lebih 30 org kerana ruangnya yg banyak (x cukup depan, belakangnya pun boleh ditulis juga).Sapa yg tak tulis pada kad tue.I’m so soorylah (Itulah kejutan yang seterusnya).
Awalnya hanya 3 meja di booking.Tetapi Shai minta meja tambahan & tidak dilayan (tak ada konon) so minta lagi 1 meja bulan. Penuh meja tersebut dengan hadiah penaja & hadiah buku2/novel yang dibawa utk ditukar2 (ish..anak sapalah yg tak bawa buku2/novel) erm.. sian sapa dapat hadiah yg "pelik" oooops!!!
Inilah antara hadiah2 buku2/novel untuk pertukaran tersebut.Thanks yek pada yang bawa (hampir 95%) hanya 2-3 orang je yang lupa/tak bawa/tak terbawa/tak ingat nak bawa/tak sempat nak beli atau ? Tak pelah..siapa tak bawa dia tak dapatlah joint utk xtvt ini.Kemudian majlis menerima kehadiran rakan yg "terlewat" atas sebab - sebab tertentu.Jangan ingat boleh lari seperti Kiki yang selalu mengelak dari memperkenalkan diri. Tetap kena diajukan soalan bertubi - tubi (bukan tekan tubi yek!) Acul,Chot, kawan moneirah, Moneirah tidak terkecuali.Mereka pun kena memperkenalkan diri juga.
Ucapan dan pengumuman dari Bos Msjbox (skrip & point) hasil nukilan & luahan hati & perasaan Shai dan inilah antara butiran ucapan di majlis tersebut (pada yg tak hadir sila baca).
Perlantikan Msjbox Officials untuk beberapa negeri yang telah dikenalpasti untuk memudahkan komunikasi sesama kita terutamanya dalam penganjuran program-program yang akan datang. Lain-lain negeri akan diumumkan kemudian sekiranya terdapat warga Msjbox yang bersesuaian.
Msjbox Officials:
1) Shai - Event Coordinator/Manager
2) Retna - Kuala Lumpur
3) Sheda - Selangor
4) Fysal - Perak, Keychain Franchiser
5) SisHoney - Pulau Pinang
6) Sahrulia - Sarawak
7) Kasawari - Johor
Nota Tambahan :-
ebenarnya terlupa untuk memberitahu berkenaan dengan Msjbox Award. Buat masa ini hanya 2 award akan diwujudkan iaitu Most Popular Msjbox dan Most Active Msjbox. Tarikh bermula kiraan untuk Tahun 2008 akan diumumkan kemudian.
- Most Popular Msjbox akan dikira berdasarkan jumlah mesej harian yang diterima dari pelawat-pelawat yang sering berkunjung ke blog anda.
- Most Active Msjbox pula akan dikira berdasarkan jumlah mesej harian bagi individu yang begitu semangat untuk mengunjungi dan meninggalkan mesej di Msjbox pada blog-blog yang dilawati.
Aktiviti seterusnya ialah memotong kek birthday Msjbox.Ada 3 kesemuanya, dari kecil (yang no 3 tue..x sempat rasa..cepat habis) Yang tengah kek Birthday bos Msjbox yang ke penghujung 20-an serta kek besar di bawah ialah kek birthday Msjbox ke 3 tahun.Thanks kepada Kak Norz penaja bersama kek ini dengan penganjur.Ehem3.. okie tak kezutan seterusnya ialah Kek 3 tingkat? Ha3.. best gak kan.Kalau tahun depan mcm mana pulak yek! Aduh.. susah juga menjadi penganjur yang perlu memikirkan kezutan2 dan kelainan dalam majlis yang dianjurkan.Ingat lagi tahun lepas ke bernombor 2.Erm.. tahun ini pembuat kek tersebut tidak dapat hadir.Walaupun kat mana dikau berada Yatt aku tetap "mengidam" kek yang kau buat.Ha3..Kembalilah ke KL cepat.Erm… tak jadi order cupcakes kerana kekurangan RM dan juga sebab event berlangsung di tengah bulan yang penuh dengan kesesakan dan ketidak banyakkan duit (rosaklah bahasa).
Lepas itu sessi memotong kek & memakan lah pulak.Sempat rasa 2 dari 3 kek yang ada. Oh! cepatnya habis kek yg kecil itu.
Kemudiannya acara diteruskan dengan sessi tukar - tukar hadiah.Masing - masing memilih satu nombor dari dalam kotak "biru" dan kemudian tuan punya hadiah akan dijemput memberikan hadiah kepada penerima pemberian ikhlas hadiah tersebut.Bagaikan sudah ditakdirkan di petang itu Shai mendapat hadiah dari Yonna dan Yonna mendapat hadiah dari Shai. Kejutan seterusnya ialah ‘Lucky Chair’ sekali lagi Yonna bertuah (3) mendapat hadiah diberikan Shai ditaja oleh Kak Ila.Kerusi berpelekat (33) ialah Faizah dan kerusi bertuah (333) kepunyaan Carneyz walaupun dia bertukar beberapa tempat duduk (Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia? Tapi kenapa Abg tuah suami kak Sheda tak datang pun…erm sapa mau jwb?) Thanks atas cadangan ‘Kerusi bertuah’ itu.
Majlis seterusnya telah memberikan anugerah khas cewaaah..kiranya kezutan seterusnya iaitu pemenang pakaian terbaik lelaki (& pemenang pakaian terbaik perempuan. Kak Norz.Keputusan telah di audit oleh juru audit dalaman Msjbox.Ha3.Tapi memang layak dia org menang sebab 1) memang warna - warni ,2) memberi sumbangan kepada acara ini, 3) Hadir awal dan memberi komitment yang tinggi. 4) (Biarlah rahsia).Inilah dia pemenang yang akan masuk dalam majalah Fashion.Keluaran bila belum pasti & tahun bila pun tak tahu lagi.
Terima Kasih kepada penaja hadiah iaitu diri saya sendiri dan Syam.Menangislah siapa x dapat CJ7 tue (kena beli sendiri lah jawapnya).Aktiviti diakhiri dengan bergambar beramai - ramai di luar Restoren Tupai - Tupai.
Kesimpulannya : Majlis ini berjalan baik walaupun tidak lancar mana dan berlaku beberapa keadaan kelam kabut (Waktu nak order makan) Kepada sesiapa yg nak komen di alu - alukan. Bagi diri Shai dan Bos Msjbox mengucapkan terima kasih pada semua yg hadir (pada yg tak hadir next event dijemput hadir okie) Minta maaf kalau ada kesilapan , kekurangan & kelemahan sepanjang majlis itu berlangsung.Jumpa di acara akan datang 31 Mei 2008 (sabtu) Insya-Allah.
56 : Laporan Msjbox 3rd Anniversary - Bahagian 1
Berdiri: Junaidix, Acul, Kasawari, Linda, Aida, kawan aida, Yonna, Sodep, Nana, Kiki, Faizah, Zaiful
Duduk: Chot, Shai, Sheda, Baby, kawan moneirah, Moneirah, Angah, Norzailina, Carneyz, SisHoney, Kakak,
Missing: Syam,Budin, umie
Credit utk : http://my.msjbox.com/ (Copy & Paste)
Bahagian pertama laporan dari Shai
Sebelum acara seperti biasa sebagai Penganjur Acara Shai akan melaporkan tentang event yang akan diadakan/ di rancang @ yang sedang diusahakan.Kemudiannya memilih tarikh yang sesuai serta lokasi (serta melihat lokasi).
Persiapan itu dan ini juga dilakukan dalam memastikan kelancaran majlis yang diatur + dapatkan "penaja" ehem3. Dalam diam2 plan kezutan , kejutan dan lain - lain yg tergezut.Thanks pada idea ‘Lucky Chair".(Tak ada pakatan rahsia okie)
Bila semuanya dah okie! barulah publish detail tentang program (tempat,masa.aturcara,dll).Alhamdulillah sebelum hari acara sambutan memang hebat & menjelang hari acara macam - macam telah terjadi.Ada rakan kita yang sakit & berada di wad (dah keluar masa Shai pergi visit pagi sabtu itu) Rakan kita yang rumahnya di masuk pencuri lagi (simpati sangat) Ada yang bekerja (hanya mampu memberikan salam) Yang belajar (Jgn sedih2 okie) dan lain - lain faktor yang menyebabkan ketidakhadiran mereka.
Sejam sebelum 2.30 petang.Shai telah tiba ditempat kejadian.Mengambil iktibar acara yang sama tahun lalu (ehem3 penganjur dtg lambat @ terlambat disebabkan menjadi "penunggu" yang telah menyebabkan kelewatan yg x di elakkan tahun lalu) Tahun ini alhamdulillah semuanya bermula dengan baik walaupun….. (person in charge Restoren Tupai2 yg seakan blurr, cerewet, mengelabah & tak tahu itu & ini..heloo!!! relax lah brother x penah buat event ke?$#%^&*() Jangan sampai aku mencarut okie! still cool dan tersenyum..walaupun….
Sodep hadir dengan Syam (yang singgah sekejap) thanks yek! "menziarah".Takkala Shai sedang dok bincang2 dengan lelaki restoren yg "mengelabah" itu.Ayo!!! rasa mcm nak tendang je tiang tue ha3.(Dia baca ke entry ini).Kezutan pertama dengan kehadiran Sodep yang sudah lama tidakku temu.Walaupun kita "dekat" tapi sebenarnya kita tak "jauh" kembalilah menjalin ikatan dlm perhubungan agar tidak terpisah lebih "jauh" Ingatlah dunia ini terlalu kecil buat kita. Pusing2 pastinya kita akan ketemu juga.
Kezutan ke2nya, eletrik tiba2 terputus bekalannya.Aduh! kot jadi begitu.Shai dalam kepanasan.Shai secara sorok2 telah menampal sesuatu di bawah kerusi2 bertuah.(sekali lagi tak ada pakatan okie keatas kerusi itu).Thanks Syam seponser hadiah (Akhirnya digunakan utk kezutan berikutnya yang akan diberikan kepada pemenang Pakaian Terbalik Tebaik Lelaki & Perempuan) Keputusan juri adalah muktamad dan surat menyurat serta email layang tidak akan dilayan.Ha3.
Angahz blogger baru Msjbox muncul buat pertama kalinya dalam event Msjbox walaupun baru beberapa hari mendaftar mengunakan Msjbox.Thanks yek! (soory tak dapat bual - bual) Ehem.. u no me.. ha3..
Kehadiran Kasawari & Linda dari kejauhan Kulaifornio membuatkan Shai rasa terharu bila mana seorang rakan bloggers sejauh negeri johor sanggup turun mencemar duli.Ce waaah.. Thanks Bro… + Kak Linda tanpa kehadiran Aiman, Ammar
Kezutan seterusnya ialah dengan kehadiran Novelis a.k.a Chef Selebriti yang kita telah masuk dalam kamus hidup Shai sebagai "cikgu".Thanks Cikgu + sudi seponser dan jgn lupa 20% okie! ha3.. (tak mengharap pun).Kak Norz terima kasih daun keladi, lain event seponser lagi.(Note to Kak Norz : Nanti nak minta tolong dapatkan contact no Alaf 21 , para2 novelis & mereka2 yg akak kenal dlm dunia "Media") utk event 060708.
Keadaan kepanasan dan sedikit "delay" akibat kehadiran yang tidak sepatutnya (ish2..dari awal dah tahu, kau org pengurusan masa ada byk problem la) X leh salahkan dia org juga.Masing2 mesti ada sebab kenapa "lambat" sambil jeling2 mereka yang lambat.
Back to story.Alhamdullilah bos Msjbox muncul "awal" di acara kali ini.Thanks atas kepercayaan yang diberikan.Wow! 3 tahun berturut2 menjadi penganjur acara ulangtahun Msjbox.(Note to bos Msjbox: Thanks sudah up! skrg.. lepas ni kasi up lagi okie!! ha3… mana tau boleh jadi "rakan bisnes ke?" Alaaaamak.. Telebih sudah.
Junaidix & Carneyz hadir bersama Kiki.Dalam masa yang sama sessi sembang bersembang tak henti2 sambil menunggu yang lain (Kejutan dari Kasawari terpaksa dibatalkan atas faktor semasa) Kezutan lagi satu pun terpaksa dibatalkan sebab aturcara sudah tunggang langgang.
Yonna datang memberi kezutan.Thanks "dik" joint.Ketemu lagi kita yek!.Bersama - sama seorang "wanita bertudung.Ehem2 sekali pandang mcm … (x nak sebut namanya). Nana Neriza itulah orangnya.So sweet…
Kemudiaanya pasangan suami isteri romantik + pengantin baru muncul dengan tag line "Reeeedah Jeeee" iaitu Faizah & Kandanya Zaiful "Selamat pengantin tak baru.Rata2 yang hadir ketika itu memakai baju tema sendiri iaitu "hitam" supaya nampak lebih slim termasuk yang menulis cerita ini.
Aida & kawan aida Jejep9116 (ehem2 sambil jeling2 Aida) I no komen okie.U fikirlah sendiri apa soalan utk jawapan yg ditanya? Kemudian siapa lagi yek yang muncul??? Acul,Chot, kawan moneirah, Moneirah,umie (datang sekejap)



