Insya-Allah 20 19 April ini akan berkumpul sekali lagi geng2 msjbox.com setelah diperkenankan oleh Perdana Menteri Msjbox.com (tuan punya itu kerajaan negeri yang memerintah dan mentakbir) dengan ini silalah seluruh rakyat jelata memfreekan diri ke majlis yang sedang dirancang.

Sebagai setiausaha tidak rasmi yang selalu melantik diri sendiri dengan penuh semangat waja dan wiranya sekali lagi menjadi pengurus acara atau dalam bahasa istananya mahawangsa yang berjaya (eh! kat istana ada ke jawatan mahawangsa?) Mungkin sebagai Datuk bertara kot! (main hentam je!)

Adakah perlu kerajaan yang sudah meniti usia lebih 3 tahun mempunyai barisan "kabinet" dan pengstrukturannya di perluaskan keseluruh alam??? (ini bukan tajuk cerita diatas) hanyalah sekadar iklan untuk memanjangkan cerita.

Al-kisahnya…marilah sama - sama memberi cadangan dimana lokasi yang sesuai untuk 3rd Msjbox Anniversary kali ini.Any idea? siapa ada cadangan? silalah tinggalkan pendapat dan pandangan anda disini.

Ciri - ciri lokasi yang bakal dipilih itu mestilah :-

1) Strategik..menarik & tertarik

2) Dekat dengan kemudahan awan serta mudah "dicapai"

3) Beroperasi antara 2pm - 6pm (kalau tempat tue bukan 5pm, kira tak sesuai la)

4) Kawasan yang dipilih adalah di sekitar Lembah Klang (KL/Selangor)

5) Menyediakan makanan buffet dengan budget RM20-RM30 seorang (kalau ala carte, leceh looor!)

Itu jelah kot …. Antara tempat yang di survey seperti dibawah..kalau sesiapa penah makan disitu bolehlah kasi komen @ pandangan.Sedap tak? okie ke? perlu ke dijadikan sebagai pilihan.

1) Rumah Thai di Taman Melati (mcm mahal je)

2) Taman Selera Agrotek (Astana Agrotek) di Hulu Langat <- x tahu lokasi yg tepat

3) Restoren Intai - Intai (Milik keluarga Encik Baha..X - RA AF1) still waiting maklumat detail dari Klubbkidd (weiiii… mana infonya bro?)

4) Restoren Santai di Tasik Permaisuri Cheras <- mcm susah je public transport???

5) Restoren Bora Ombak , Ampang

6) Chop N Steak No. 16, Jln Daud, Kg. Baru Kuala Lumpur <- western

7) Bangkok House No. 17G, Jln Pandan Indah 4/8 Kuala Lumpur

8) Restoren Tupai - Tupai 

Ada lagi tak cadangan…sudi-sudikan berkongsi sehingga tarikh tutupnya pada 1 April 2008 jam 1petang.Thanks semua!!!