Shai telah selamat kembali ke Kuala Lumpur (tak balik rumah lagi sebenarnya pun) lewat malam semalam.(sekitar 9.30pm) tiba di sijangkang.Singgah2 makan2 dan minum2 dulu baru gerak balik rumah (abg).Shai untuk kali ke2 telah menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara Malaysia dengan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 12.Siapa yang diundi? "Biarlah rahsia" umum pun tahu siapa yang menang dan siapa yang kalah.Pada yang kehilangan kedudukan, jawatan & pangkat terima dengan hati yg terbuka.Hidup harus diteruskan biarpun kehilangan.

Begitu juga dengan Shai, biarpun beberapa minit di pusara bonda (ziarah kubur arwah mak) air mata Shai tetap mengalir biarpun tidak "sederas" dulu.Begitu berat rasa hati untuk meninggalkan pusara itu, kerana sejak kehilangan arwah mak hidup Shai dah tak sama seperti dulu.Memang benar, patah tumbuh hilang berganti.Yang berganti tak semestinya sama dengan yang asal.Terlalu banyak yang telah berubah sejak lebih 6 bulan berlalu.Ku rindukan saat -saat dulu.

Kehilangan antibody dlm diri menyebabkan hidungku berhingus.Kepalaku berpusing2 dan pening2 dan badanku sakit2.Masih belum berkesempatan untuk mendapatkan rawatan.Atas kedegilan diri, tetap bangun pagi dan hadir bekerja seperti biasa.Shai memang seorang yang keras hati dan hanya akan mengaku kalah sekiranya tidak dapat bangun tidur pada satu pagi yang belum penah terjadi.