Msjbox aktivitiMarch 29, 2008 4:43 pm

Insya-Allah 20 19 April ini akan berkumpul sekali lagi geng2 msjbox.com setelah diperkenankan oleh Perdana Menteri Msjbox.com (tuan punya itu kerajaan negeri yang memerintah dan mentakbir) dengan ini silalah seluruh rakyat jelata memfreekan diri ke majlis yang sedang dirancang.

Sebagai setiausaha tidak rasmi yang selalu melantik diri sendiri dengan penuh semangat waja dan wiranya sekali lagi menjadi pengurus acara atau dalam bahasa istananya mahawangsa yang berjaya (eh! kat istana ada ke jawatan mahawangsa?) Mungkin sebagai Datuk bertara kot! (main hentam je!)

Adakah perlu kerajaan yang sudah meniti usia lebih 3 tahun mempunyai barisan "kabinet" dan pengstrukturannya di perluaskan keseluruh alam??? (ini bukan tajuk cerita diatas) hanyalah sekadar iklan untuk memanjangkan cerita.

Al-kisahnya…marilah sama - sama memberi cadangan dimana lokasi yang sesuai untuk 3rd Msjbox Anniversary kali ini.Any idea? siapa ada cadangan? silalah tinggalkan pendapat dan pandangan anda disini.

Ciri - ciri lokasi yang bakal dipilih itu mestilah :-

1) Strategik..menarik & tertarik

2) Dekat dengan kemudahan awan serta mudah "dicapai"

3) Beroperasi antara 2pm - 6pm (kalau tempat tue bukan 5pm, kira tak sesuai la)

4) Kawasan yang dipilih adalah di sekitar Lembah Klang (KL/Selangor)

5) Menyediakan makanan buffet dengan budget RM20-RM30 seorang (kalau ala carte, leceh looor!)

Itu jelah kot …. Antara tempat yang di survey seperti dibawah..kalau sesiapa penah makan disitu bolehlah kasi komen @ pandangan.Sedap tak? okie ke? perlu ke dijadikan sebagai pilihan.

1) Rumah Thai di Taman Melati (mcm mahal je)

2) Taman Selera Agrotek (Astana Agrotek) di Hulu Langat <- x tahu lokasi yg tepat

3) Restoren Intai - Intai (Milik keluarga Encik Baha..X - RA AF1) still waiting maklumat detail dari Klubbkidd (weiiii… mana infonya bro?)

4) Restoren Santai di Tasik Permaisuri Cheras <- mcm susah je public transport???

5) Restoren Bora Ombak , Ampang

6) Chop N Steak No. 16, Jln Daud, Kg. Baru Kuala Lumpur <- western

7) Bangkok House No. 17G, Jln Pandan Indah 4/8 Kuala Lumpur

8) Restoren Tupai - Tupai 

Ada lagi tak cadangan…sudi-sudikan berkongsi sehingga tarikh tutupnya pada 1 April 2008 jam 1petang.Thanks semua!!!

Msjbox aktivitiMarch 28, 2008 2:43 pm

3rd Msjbox Anniversary merupakan aktiviti rasmi ke 3 untuk tahun 2008.Merupakan sambutan ke 3 kalinya sejak penubuhan rasmi Msjbox pada 14 Mac 2005.

Matlamat utama event ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan warga Msjbox dan rakan – rakan blogger serta jemputan yang lain.

Pengurus Acara: Shai
Penasihat Projek: Junaidix

Lokasi :
(TBA)

Tarikh : 20 April 2008 (Ahad) (19 April , Sabtu) bergantung kepada kelulusan Ybhg Datuk Seri Junaidix (bodek sikit) Perdana Menteri Msjbox.com (Ini Msjbox bukan Shai  yang punya..ahaks..ahaks)


Masa : 2.00 pm – 5.30 pm

Note : Pertukaran hadiah (setiap seorang dikehendaki membawa hadiah berupa novel/buku bacaan) yang berharga sekitar RM 10 keatas (keikhlasan masing – masing)


AktivitiMarch 27, 2008 8:49 am

 

Bertempat di KFC (sebelahnya Pizza Hut) berhampiran Carrefour Wangsa Maju , Kuala Lumpur Malaysia pada 26 Mac 2008 telah berlangsung upacara tertutup sambutan hari lahir seorang rakan blogger bernama .Disebabkan diadalah penaja utama dengan tidak sengajanya terpaksa menjadi penganjur acara .Sudah menjadi prinsip hidup dan pegangan diri, akan hadir lebih awal pada masa yang ditetapkan Ianya telah menjadi kenyataan apa bila berjaya menguruskan perjalanan dan masa serta mengaturnya dengan baik.2 minit sebelum 8.00 malam telah berada diluar tempat kejadian.MengSMS penaja utama erm….

Lama juga lah menantikan kehadiran pemilik kereta kuneng yang menumpang si putih & kiki untuk tiba.Akhirnya dalam 9.10 malam lebih kurang kita orang pun order lah KFC.UMIE memula mcm blurr tak tahu nak pilih yang mana.Akhirnya KFC pun berjaya dibeli.Akhirnya yang ditunggu pun muncul dalam 9.20 malam Ako aka Kak Retna bersama KIKI dan juga Kak Sheda bersama 2 orang anaknya pun selamat tiba di majlis tersebut. Sessi makan - makan pun bermula (Nyum…nyum.. dah "sepurnama" tak makan KFC) Thanks UMIE.Dah makan - makan cerita - cerita dan gosip - gosip sessi seterusnya ialah bergambar situ..sana & sini.Majlis diteruskan dengan acara memotong kek.Beria - ia UMIE nak juga apikan lilin.Sah-sah tak akan berjaya sebab duduk bawah air-cond yang telah membuatkan diri masing - masing mengigil kesejukan termasuk Shai.Untuk makluman kek itu ditaja oleh Shai dan juga merupakan penaja kek yang sama seperti majlis birthday UMIE pada tahun lalu.Ooooops!!! Ada makna tue…Ha3…..Nasib baik sedaplah juga kek yang ditaja walaupun harganya tak semahal & sesedap secret resepi (Vote for Secret Resepi).Aduh!!! rindunya kek yang mahal itu.Penutup majlis ialah sessi penyerahan hadiah dan bergambar sampai lebam.Thanks utk semua yang hadir.Memang best kalau hari - hari dapat berkumpul macam ini.Pada yg lain satu je pesanan penaja.Jgn jeeeeeleeeees…. ha3…

Nota jemari : Sila lihat gambar yang banyak disini  sini (Kredit to Ako)

 

Msjbox aktivitiMarch 26, 2008 8:46 am

Cerita ini di edit semula pada 27 Mac 2008 pada jam 8.15am (anggaran waktu Malaysia) 

Ringkaskan perjalanan yang masih dalam peringkat perancangan dijangka akan berlangsung April ini.Agak2 mana tarikh yang sesuai 19 April atau 26 April "Lu pikirlah sendiri", bak kata abg bil.Sila respond di sini @ di kotak msjbox ini @ di http://my.msjbox.com/

Msjbox Bowling 2008 akan DITUNDA KE PENGHUJUNG MEI 2008 selepas diperkenankan oleh Yg Bhg Tuan terutama empunya Msjbox.(menjadi kenyataan sekiranya anda semua rakan2 Msjbox geng2 sekelian turun padang bukan sekadar turut serta tetapi memberi sokongan dan menjadi kekuatan kepada bos Msjbox untuk terus memberi kan yang terbaik kepada geng2nya.Insya-Allah).

3RD Anniversarry Msjbox 2008 akan diteruskan pada April ini.Nantikan PENGUMUMAN RASMINYA .Akhirnya baru tahu Msjbox dilahirkan pada 14 Mac 2005.Aduh!!! mati - mati ingat bulan April… Pada semua sila tulis dalam kalendar anda.Tahun depan 14 Mac kita akan menyambut ulangtahun ke 4.

2008 juga genaplah usia Msjbox ke 3 tahun.Sambutan juga akan diadakan pada hari , masa & ditempat tersebut (akan dimaklumkan).Maklumat lanjut mengenai lokasi sebenar, tarikh serta waktu juga hari bersama - sama bayaran yang perlu dibayar akan di khabarkan dalam masa terdekat.

Mengimbas kembali kenangan, ulangtahun Msjbox pertama diadakan di Redbox Ria Sogo pada tahun 2006 dan ulangtahun kedua Msjbox diadakan di Restoren Satay Kajang Hj Samuri di Kajang tahun 2007 dan kali ini… jeng..jeng..jeng…tunggu

Marilah bersama merealisasikannya menjadi nyata…."Yakin Boleh" 

Nota Jemari : Menghitung - hitung hari untuk projet lebih besar selepas ini..cukuplah sekadar dinyatakan sebagai Projet 060708 ..Ada yang bertanya projet apa? Yang pasti "Akan menjadi nyata sekiranya mendapat sokongan padu dari semua"..Chaiyok!! Chaiyok!!!

Msjbox aktivitiMarch 25, 2008 10:55 am

Msjbox Ziarah aktiviti rasmi kedua untuk tahun 2008 telah selamat berlangsung pada 23 Mac 2008.Shai melaporkan coretan versi Shai (bakal penulis novel…"katanya") terima kasih pada cikgu NorZ yang memberi semangat dan rakan - rakan yang menjadi kekuatan diriku.Cewaaah…

Hari ahad yang cerah dan terang, Shai memulakan perjalanan dengan singgah ke sini .Inilah hasil masakan Shai untuk dibawa ke rumah KS.Thanks Kak Su .Soorylah Shai ini cerewet sikit.He3.

Sekitar 1.15pm Shai telah selamat tiba di kediaman bos Msjbox (sempat lagi brunch..sebab tak menelan apa - apa makan lagi pagi ini).Sebelum tue Kak NorZ ada call bagi tahu dah on the way ke Semenyih.

Dalam 2.00pm barulah kancil yang dinaiki oleh tiga penumpang bergerak meninggalkan Kuala Lumpur.

Sekitar 3.15pm (lebih kurang) selamat tiba di kediaman KS.(sila lihat gambar untuk cerita lebih lanjut)

Meninggalkan kenangan & jejak sekitar 6.00pm menuju kembali ke Kuala Lumpur dan destinasi masing - masing (Yg datang awal, pulangnya pun awal).

Biarkan gambar berbicara : Msjbox Ziarah 2008


Dari Kiri: Tuah, UncleJ, Deri, Shai, Junaidix, KS


Dari Kiri: Ain, Retna, Kiki, Carneyz, Kujie, NorZ, Sheda, Lily, KS
Anak2: Intan, Kakak, Baby


Cenderahati dari Shai, Msjbox.com


Cup Cakes (Shai) & Moist Chocolate Cake (NorZ)


Pulut Kuning (Sheda) & Ayam BBQ versi oven (Junaidix & Carneyz)


Putu Bambu (Lily) & Mee Rebus (Tuan Rumah)

Ringkasannya : Msjbox Ziarah ke rumah Bro Kassim Selamat telah pun selamat berlangsung kat Bandar Rinching, Semenyih. Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dalam program yang serba ringkas ini. Terima kasih jugak kepada tuan rumah Kassim Selamat sekeluarga sebab sudi menerima kedatangan kitaorang untuk meriuhkan suasana + kepada yang memaklumkan tidak dapat hadir dan menyampaikan salam kepada Bro Kassim Selamat dan rakan - rakan yang lain.

C&P : http://my.msjbox.com/

p/s: Gambar.. kamera Junaidix, Deri 

Msjbox aktivitiMarch 22, 2008 4:57 pm

Msjbox Ziarah aktiviti rasmi kedua untuk tahun 2008. Tema "Ziarah" dipilih kerana dirasakan sesuai untuk mengambarkan objektif tersebut.

Matlamat utama aktiviti ini adalah untuk menziarahi saudara Kassim Selamat (KS) atau LagendaButa yang juga merupakan warga OKU.

"Aku di lahirkan sebagai insan normal, ketika usiaku menjenguk ke angka 40, musibah singgah menyapa diriku, aku lumpuh dari paras dada ke bawah akibat demam denggi pada 20 Jun 2002, dari saat itulah aku mula menyarung jersi orang kurang upaya (OKU)"
- Kassim Selamat

"Dengan satu jari aku menekan keyboard mencari satu huruf. Dari satu huruf kujadikan satu perkataan. Dari satu perkataan kujadikan sebaris ayat sehinggalah menjadi sebuah cerita."
- Kassim Selamat

Msjbox Ziarah di rumah KS ini terbuka kepada semua warga Msjbox, rakan-rakan taulan, dan blogger-blogger sekalian dari seluruh pelusuk tanah air serta yang berada di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Pengurus Aktiviti : Shai (013-3427347)
Penasihat Projek : Junaidix

Alamat :
No.11, Jalan 1/7B, Bandar Rinching
Seksyen 1, 43500 Semenyih, Selangor

Tarikh : 23 March 2008
Masa : 2.00 pm (Tentatif untuk berkumpul di rumah KS)
Konsep : Pot Luck (Setiap orang dikehendaki membawa jenis makanan yang berbeza)

Senarai yang Join:
1) Shai
2) Junaidix & Carneyz
3) Sheda
4) Ako
5) UncleJ
6) Kujie (Not confirm yet)
7) NorZ & Deri
8)
9)
10)

Jumlah: 9 orang

Pot Luck (Nak bawak makan aper eh?):
1) Buah-buahan - AKO
2) Pulut Kuning, Rendang, Pau - Sheda
3) Cupcakes - Shai
4) Kek coklat moist - NorZ
5) Ayam BBQ (versi oven) - Junaidix & Carneyz

Peta Lokasi:

(Klik peta untuk lebih besar)
Ikhsan : http://my.msjbox.com/

Nota Jemari :Shai baru balik dari menghadiri Bengkel Penulisan Kreatif di Perpustakaan Negara Malaysia (9am - 4.00pm) Terima Kasih pada 2 Novelis yang berkongsi ilmu,maklumat & nasihat iaitu Anis Ayuni &  kak Norz 

Aku & Perasaan, AktivitiMarch 17, 2008 10:23 am

Shai melalui seminggu dalam kesakitan.Sampai hari ini masih terasa kesakitan yang berpanjangan itu.Dari tahap kesakitan 90% sehingga detik ini masih 15% tidak kestabilan masih ada dalam antibody diri.Sejak 11 Mac sehingga 19 Mac Shai akan terus melakukan kerja - kerja harian yang tak penah nak habis (kekadang bosan juga & rasa mcm nak minta transfer ke department lain).Erm….

Shai juga melalui hujung minggu dengan aktiviti yang padat bermula dengan hari jumaat bila mana terpaksa bekerja sehingga 12am dan keesokan paginya perlu bangun sebelum 8am untuk memulakan tugas di Matta Fair 2008 , PWTC sehingga ke 9pm.Hanya beberapa jam disebelah malam di gunakan untuk merehatkan diri.Namun keesokannya perlu bangun awal pagi dan bekerja lagi sehingga 9pm juga.

Akhirnya semalam bertemu untuk kali ke2 dengan shay.Pertemuan pertama di majlis perkahwinannya.Kini kali ke 2 dikala shay tengah sarat mengandung.Harap2 dapat jumpa time dia dapat baby nanti.Insya-Allah.Thanks yek sebab singgah & luangkan sedikit masa utk bertemu.

Aku & PerasaanMarch 11, 2008 2:25 pm

Shai telah selamat kembali ke Kuala Lumpur (tak balik rumah lagi sebenarnya pun) lewat malam semalam.(sekitar 9.30pm) tiba di sijangkang.Singgah2 makan2 dan minum2 dulu baru gerak balik rumah (abg).Shai untuk kali ke2 telah menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara Malaysia dengan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 12.Siapa yang diundi? "Biarlah rahsia" umum pun tahu siapa yang menang dan siapa yang kalah.Pada yang kehilangan kedudukan, jawatan & pangkat terima dengan hati yg terbuka.Hidup harus diteruskan biarpun kehilangan.

Begitu juga dengan Shai, biarpun beberapa minit di pusara bonda (ziarah kubur arwah mak) air mata Shai tetap mengalir biarpun tidak "sederas" dulu.Begitu berat rasa hati untuk meninggalkan pusara itu, kerana sejak kehilangan arwah mak hidup Shai dah tak sama seperti dulu.Memang benar, patah tumbuh hilang berganti.Yang berganti tak semestinya sama dengan yang asal.Terlalu banyak yang telah berubah sejak lebih 6 bulan berlalu.Ku rindukan saat -saat dulu.

Kehilangan antibody dlm diri menyebabkan hidungku berhingus.Kepalaku berpusing2 dan pening2 dan badanku sakit2.Masih belum berkesempatan untuk mendapatkan rawatan.Atas kedegilan diri, tetap bangun pagi dan hadir bekerja seperti biasa.Shai memang seorang yang keras hati dan hanya akan mengaku kalah sekiranya tidak dapat bangun tidur pada satu pagi yang belum penah terjadi.

Tentang Diri, Aku & PerasaanMarch 3, 2008 11:27 am

2 March 1948, lahirnya anak ke 2 Hj Ismail (arwah) bernama Sa’adah.Anak sulung kepada Hjh Che Su (arwah).Beberapa tahun kemudian menjadi seorang kakak kepada Hj Jamaliah.

2 March 2007, ucapan ’selamat hari jadi mak’ adalah yang terakhir kalinya.Biarpun ketika itu lebih 9 tahun berjauhan dan tinggal berasingan ucapan hari lahir tak akan terlepas diingatan.

2 March 2008, pada siapa ucapan itu harus dilafazkan? bagaimana hati & perasaan ku tanpa mak disisi.(Takkala entry ini ditaip..air mata mulai mengalir namun ku cuba pertahankannya dari mengalir deras..Alhamdulillah diriku cukup kuat menerima kenyataan ini.Biarpun airmata yg menitis kala ini sedikit namun perasaan dalamku dan kesedihan tak terbendung lagi tak terucap dek perkataan)

28.08.2007 perginya seorang bernama mak mengadap ilahi.(Air mata menitis2 takkala 12.00am 2/3/08) Sesungguhnya hanya Tuhan Saja Yang Tahu apa yang aku rasa dan apa yang telah aku lalui.Kerinduaan yang teramat."Kerana ibu kaulah permata hatiku".

Pada 2 March 2008 genaplah usia (arwah) mak yang ke 60 tahun.Insya-Allah akan ku ziarahi Pusaramu sedikit waktu lagi takkala ku kembali ke kampung halaman.(Pastinya air mataku akan mengalir lagi)

Entry ditaip (1/3/08) di CC , Taman Melawati [tempat lepak, sebelum ke pasar malam] setiap sabtu. 

Nota Jemari :- Ibunda Retna telah meninggal dunia hari ini Isnin 3/3/08 pada jam 5pagi dan akan dikebumikan selepas Zohor. Sudilah kiranya kalau ada kelapangan masa melawat Retna.

Al-Fatihah.(Harungilah hidup dengan penuh ketabahan Kak Retna)