31 : Cerita Msjbox Family Day 2008 Episod Akhir - Part 2
Atas permintaan ramai (ce waaah) Episod Terakhir drama bersiri bertajuk Msjbox Family Day 2008 terpaksa dibuat dalam dua bahagian.Ini adalah part 2.Mungkinkah akan ada part 3? erm….
Lihatlah dunia…. lihatlah….tengok betul2 kat tangan Shai itu.Ye..ye..betul..itulah dia lokasi tragedi berdarah 16/02/2008 sekitar 6pm (anggaran..waktu malaysia).
Inilah mangsa tragedi "Kayu reput" terdapat bonjolan di kepala & sedikit darah (yek!) dan lebam di bahu dan kemerahan.
Tunjuk jangan tak tunjuk…cuba teka siapa punya jam???? Aduh… aduh.. sakit wooooi… otak aku dah biol…
Sebenarnya tragedi itu tidak pun mematahkan semangat Shai sebaliknya ianya akan menjadi kenangan "pahit" dan memori yang mungkin akan dijadikan iktibar & teladan untuk xtvt akan datang."Yang baik jadikan teladan, Yang buruk jadikan sempadan".Dan inilah kesan dari tragedi "berdarah" yang dikenali… "Tragedi Kayu Reput"
selepas dari situ kami mangsa tragedi Junaidix (nasib tukang ambik gambar) , Carneyz ( x kena teruk sangat) Shai yang paling teruk sikit tapi masih waras okie! serta Mikaounik yang juga turut terlibat sebagai mangsa tragedi (are u okie?)
Kemudian para - para doktor tak pakar (time mcm nie kalau fysal ada kan ke best!!) maksudnya kalau fysal joint sekali mestilah best. Sebabkan first aid dari kancil x menarik hanya taruk minyak (selepas mandi) tapi sebelum tue lap dulu luka - luka. Kat "bilik bersalin" pemilik tandas tue dok tanya berapa yang joint picnic berapa yang joint sampai malam..bla..bla..bla.. bosan nak menjawab sangat cuma bagi tahu yang Shai akan kira balik jumlah sepenuhnya dan akan bayar dekat kak awa (cerewet nak mampus orang yg jaga "bilik bersalin") Kalau susah sangat cash je sekali masuk RM 0.50.Sah - sah lepas ini tak ada sesapa pun nak gie "bilik bersalin" tue lagi.
Cerita selepas senja melabuhkan tirainya…..
Hajat dihati nak ke pasar malam (seperti dirancang) namun disebabkan keadaan semasa (tengah biol,time tue) jadinya hanya makan apa sahaja yang ada.Kebetulan time kita orang nak dinner ada satu group lain lepak2 kat situ.Bertegur - tegur juga (siap kita org offer nasi yg banyak kat dia orang) dan dia orang kasi kita orang guna bara tempat bbq yang masih marak (kebetulan bara kita telah kehabisan arangnya).Kalau tak silap AKO & Mikaounik yang keluar beli beberapa barang yang dah habis + beli hadiah.
Kak awa & pembantunya (pemilik @ penjaga tempat camp) juga tukang masak dan pengendali restoran kat kawasan tue datang dan berbincang2 pasal beberapa masalah yang timbul dan akhirnya pembayaran penuh telah dibuat.(Semuanya berjaya diatasi)
Sessi makan malam & bbq bermula dengan suasana santai bertemankan angin laut yang agak "dingin" maksudnya tak de angin sangat. Acul (ShadowX_19) + Aman yang seperti chipsmore muncul sekejap hilang sekejap.(Thanks notice..sekurangnya dia kasi tau mana di nak pergi) Sessi malam itu menerima kehadiran Hayad + 2 kawan (mati…mati ingat hayad ini lelaki) Thanks yek sebab bawa satay walaupun tak banyak.Sedang Junaidix & Carneyz bakar membakar ayam yang masih banyak itu Shai pulak sibuk membakar satay di sebelah yang lain bersama Mikaounik soory kalau ada satay yang rentung.Pencahayaan kurang la & pembakaran mengejut menyebabkan lidi2 satay terbakar.ha3.. 1st time membakar satay kalau x silap.Lepas ini boleh lah jadi tokei satay.
Majlis juga menerima kemunculan mengejut dari Hafizx & kawe (budak kelate)
Lepas sessi makan masing - masing diminta menyerahkan hadiah (pertukaran hadiah).Sessi kotak beracun yang sepatutnya telah ditukar kepada sessi kotak jerit.Ha3 atau dalam kata lain "Tag" masing - masing kena memperkenalkan diri,cerita pasal kerja,blog & lain - lain. Selepas itu kita akan pilih siapa yang akan ajukan soalan kepada kita.Kemudian giliran orang tue pulak yang kenalkan dirinya.Something like that. Tapi juga ada suara - suara "sumbang" yg mencelah2 bertanya soalan itu & ini.Apa pun gembira sebab berjaya ‘mengorek’ sedikit rahsia tentang kawan - kawan kita itu (padahal dan bertahun kenal & jumpa tapi tak tahu dia kerja apa & dimana) erm…
Sessi tukar hadiah ialah masa yang dinantikan.Disebabkan ada rakan kita yang nak pulang cepat, mereka tidak pulang tangan kosong goodies diberikan sebagai penghargaan atas kedatangan mereka di tempat kejadian.Hadiah demi hadiah bertukar tangan (nasib baik lah x ada sesiapa pun yang dapat hadiah sendiri.) Apa hadiah Shai dapat erm.. 1tahun lagi msjbox free.. ahaks… maksudnya 24 tahun + 1 tahun free = 25 tahun lah yek! Junaidix.(Tengok lebih banyak gambar pasal tukar - tukar hadiah Klik sini untuk ke kamera Junaidix )
Acara habis sekitar 11pm++ masing - masing dengan hal sendiri, ada yang bersembang ada yang dah masuk khemah dan ada juga yang asyik menonton tv (nasib baik kat kedai makan tue ada tv..kalau tak?) Disebabkan badan yang tidak sehat ditambah dengan otak yang bergegar dan berbenjol) Shai telah masuk khemah awal dan merehatkan diri serta menyapukan minyak gamat pada luka dan tempat kesakitan (nasiblah ada bawa ubat).Pening2 pun ada juga sikit - sikit, berguna juga uphamol yang diberi dalam goodies/hadiah.2 biji di telan namun tidak mampu mengubat diri sepenuhnya.Khemah yang kecil muat-muat untuk Shai seorang sahaja.Keadaan malam di tepi pantai tak kala itu agak "panas" Shai yang biasanya tidur bertemankan kipas angin sedikit kurang selasa.Nasiblah kipas tangan pemberian Encik Izali dalam goodies/hadiah memberikan sedikit angin pada tidur Shai malam itu.Sedang kaum ibu + "anak dara" bersembang - sembang ada juga kaum lelaki melakukan agenda mereka sendiri.Selamat malam PD…… Akhirnya Shai terlena sekitar 1 pagi dan terjaga pada 3.30 pagi.Tak kala itu Shai tidak mampu melelapkan mata.Sekitar 2 jam juga mata celik dan tak mampu melelapkan diri.Akhirnya satu hasil nukilan/karya asal dan luahan hati & perasaan telah berjaya dihasilkan (akan dipublishkan kemudian).Tak kala itu terdengar seperti suara - suara orang sedang berbual ditambah dengan bunyi kuat air pasang dilaut. Shai tertidur sehingga ke pagi.(Tidur sambil bertemankan radio yang dibawa oleh .. AKO terima kasih)
17.02.2008 merupakan hari genapnya ulang tahun ke 10 Shai menjadi pekerja kepada sebuah organisasi bernama Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.Bayangkan 10 tahun telah berlalu banyak suka & duka, gembira & derita yang telah Shai lalui.
Pagi tersebut, ke "bilik bersalin" cuci muka.Kemudian menikmati angin pagi dan merehatkan diri.Kemudiannya barulah mandi dan bersiap - siap.Selepas semua orang sudah sedia aktiviti mengambil gambar di khemah masing - masing pun bermula.Erm… ringkasnya, biarlah gambar yang berbicara.
Khemah Shai yang berharga RM 39.99 (untuk seorang sahaja)
Kasawari + Aiman & Ammar
Kak Sheda + Tuah + 2 anak
Acul (ShadowX_19) + Aman Sessi berikutnya ialah ambik gambar beramai - ramai.Kami menikmati sarapan pagi di kedai makan di kawasan perkhemahan itu.Nasi lemak yang sedap bersama sambal yang banyak dengan bawang dan telur goreng membuka selera.Acul (ShadowX_19) + Aman telah bergerak ke destinasi mereka.Sementara kancil, kete kuning, gen.2 kelabu serta gen.2 bergerak ke teluk kemang.
Seperti yang telah dirancang, destinasi seterusnya ialah Teluk Kemang.Masing - masing asyik membelek2 cenderahati, t-shirt dan segala macam.Shai hanya membeli 1 key - chain untuk hadiah buat diri sendiri sempena ulangtahun ke 10, bekerja di Menara KL pada hari tersebut 17.02.2008 dan merupakan hari lahir seorang kawan setempat kerja yang selamanya banyak ILHAM.
Masing - masing ada yang lepak di bahagian dataran teluk kemang sementara ada anak - anak mereka yang bermain buih2 sabun yang bila ditiup akan memberi hasil seni.Cewaaah.. ada juga yang menunggang kuda (kuda padi) serta ada juga kanak - kanak menunjukkan bakat memandu di litar @ dataran teluk kemang.Tak kurang juga yang menempah begitu banyak sekali cenderahati buat kawan - kawannya (siapa yek!) dan ada juga yang me"modelkan" diri menghasilkan potret sendiri (sama tapi x serupa..rasanya yg orginal lagi lawa)…natural beauty..
Kak Norz + Abg Deri + Nazurah + Nazifa turut lepak2 sambil ambil - ambil gambar dengan kita orang.Yang peliknya si uteri Ilyanatasha + Aina asyik hilang je.Ingat nak beli hadiah untuk seseorang (siapa yek!) dia tak minat lah pulak…erm.. nanti Shai kasi yek! (nak kasi apa pun tak tau, cari key chain nama x de lak nama nya).Ada tapi bukan namanya.Ha3.Macam mana tue.
Ambil gambar ramai - ramai memang menjadi satu kewajipan.Kemudian tetiba Shai ternampak van durian.Lebih kurang ayatnya "Ada durian le" (ingat2 lupa..al-maklumlah mangsa tragedi kayu reput) Dengan automatiknya Kak Norz bersuara dan mencadangkan makan durian.Pucuk dicita ulam mendatang.Kak Norz juga tanya - tanya siapa pandai pilih durian.Masing - masing x de skill tersebut.Erm.. acara mengejut pun bermula.Shai telah meminta yang lain - lain membawa tikar.Sementara membawa barang - barang makanan yang ada ke tepi pantai untuk dimakan bersama (mana cukup makan durian je) kenalah lengkap, ada air sekali.Malang seribu kali malang paper cup telah kurang dan menyebabkan masing - masing kena kongsi.
Kemudiaanya kena cari pulak lokasi nak "picnic makan durian" Ehem..ehem..sambil pandang kiri kanan..Jangan jeles Kak Norz belanja kita orang.Ha3.Thanks Kak Norz kerana sudi "menerbangkan" duit untuk kita orang semua.Satu khemah yang sudut tepi telah dipilih.Tawar punya tawar dapatlah RM30 dari harga asal RM40.(dah banyak untung dah tue).Apa lagi kutipan kilat pun bermula.Masing - masing mengeluarkan duit mengikut kemampuan.Thanks all!!! unplan event nie.Makan punya makan..sampailah seseorang muncul.Agak2 siapa? Erm..masing - masing teruja bila dapat tahu UncleJ mencemar duli.Ahaks.. Shai sendiri pun tergejut.Apa pun kedatangan UncleJ memang dialu - alukan.Sessi "TAG" bermula bila Kak Norz memulakan sessi bicaranya.Soalan demi soalan datang bertubi - tubi tanpa henti kepada Kak Norz seperti wartawan - wartawan yang profesional.Macam - macam kita orang dapat "korek" rugi u all…Shai juga antara yang banyak bertanya sebab i like to be novelis on the.Harap2 dapat berguru dengan Kak Norz.Dapat tau macam mana Kak Norz kenal suaminya.He3..kisah cinta "tarik beg".tak kala giliran Abg Deri kena tag.Akhir sekali UncleJ pulak kena soal itu dan ini.
Acara berakhir sekitar 1pm bila mana Kasawari + Aiman & Ammar, memohon diri untuk pulang ke "sarang" ooops!!! dan beberapa minit selepas itu masing - masing membawa diir ke destinasi sendiri.Akhirnya hanya gen.2 putih & kancil bergerak meninggalkan Teluk Kemang & port dickson seterusnya menyusuri jalan - jalan bergerak ke destinasi masing - masing.
Sekitar 3pm (lebih kurang) Junaidix & Carneyz dan Shai telah selamat tiba di seri gombak.Relax2 kejap, baring - baring dan kemudian layan - layan gambar selepas kenyang "lunch".Agak2 kau orang kita org makan apa? ha3.. Makan ajalah apa yang ada.(Chicken Wings le) Banyak gambar sangat dari kamera sampai naik loya (ha3) Woow!!! ada juga yang dah update & online time petang tue.Sempat juga online kat "CC Free".Akhirnya sekitar 5.30pm membawa diri pulang ke rumah sendiri dan merehatkan diri.

hehehe, ingat saya lelaki ek?
leh menyamar la klu gni :p
Comment by hayad — February 20, 2008 @ 10:27 pm