KenanganFebruary 28, 2008 6:23 pm

Saat - saat manis dipaparkan menerusi gambar sebagai kenangan terindah dalam kehidupan seorang insan bernama Shai

Sewaktu penghujung tahun 2005 (tak ingatlah pulak) Farah FC buat Majlis Berbuka Puasa di Dewan Felda.1st and last time joint.Kenapa Shai minat Farah AF? Erm… jawapannya biarlah rahsia.

bersama Farah AF2 pada bulan April 2005 sewaktu pelancaran album EVO’04 di Menara KL.Ini pulak gambara ngan Zarina.Tak tahu apasal time tue minat ngan Zarina.Mungkin sebab dia nyanyi lagu "Pulangkan" dengan penuh penghayatan kot!

Ini wajah Shai beberapa tahun lalu dan ini pulak pic Shai sewaktu gathering tergezut di Pelita Nasi Kandar.

Tembam juga Shai time ini.Kalau tak silap April 2007 (bersama - sama sodep.. tak kira di mana dikau berada kau tetap diingatanku..ce waah.. baru je on phone ngan sodep last weel).Ini pulak wajah Shai pada tahun 2005 lagi.Sewaktu pertama kali Msjbox @ Satay Kajang Hj Samuri pada tahun 2006.

Kembali semula pulak ke penghujung 2006 sewaktu open house hari raya di rumah Shai inilah dia rakan - rakan yang hadir.

Itulah sebahagian gambaran rumah Shai yang ringkas dan simple.

  Msjbox Fast Break ke 2 penghujung tahun 2006 di Food Court Sogo, KL

Bersama - sama rakan 2 Msjbox di hari raya Aidil Adha yang lalu dan

pada penghujung 2007 dan yang terbaru pastinya Msjbox Family Day 2008 @ PD

  Entry khas untuk kak Norz 

Karya Asal, Hak Cipta TerpeliharaFebruary 25, 2008 8:24 am
Satu pagi di tepian pantai
Bersaksikan bulan bercahaya
Bertemankan neon nan terang
Hatiku tak kegelapan
 
Satu hari penuh kepuasan
Tergambar sejuta kegembiraan
Dalam kesakitan
Ku mampu tersenyum keriangan
 
Di detik 4.30 pagi
Tak kala sedang ada
Bermimpi indah
Aku mencoretkan sesuatu
 
Satu pagi bersaksikan lautan
Angin seakan kesepian
Laut terasa tenang ku pandang
Biarpun dari kejauhan
 
Bersama suara radio disisi
Aku rasa senang begini
Ku putar siaran mencari pilihan
Hingga ku temu apa yang dicari
 
Di gengaman jari jemari
Kipas pemberian seorang teman
Memberi kesegaran diri
Dalam kepanasan dingin hari
 
Di saat 15 minit berlalu
Ku masih mencatatkan sesuatu
Berfikir itu dan ini
Mataku masih terbuka begini
 
Terlalu banyak bermain di minta
Masa depan berlegar di fikiran
Adakah perlu aku terus sendiri
 
Apakah yang dicari masih belum ditemui
Mungkin aku cerewat sekali
Ingin yang terbaik pilihan dihati
Menjadikan aku terus begini
 
Hari ini genap 10 tahun
Usiaku menjadi seorang pekerja
Ada suka dan juga duka
Akan ku lalui penuh redha
 
10 Tahun bersamamu…
Akan adakah 10 tahun lagi untukku
Mungkinkah sudah tiba masanya
Aku melangkah pergi
 
10 Tahun bersamamu…
Saat indah untuk dikenang
Segala pahit harus ditelan
Menjadi memori kekal abadi
 
10 Tahun berlalu pergi
Aku akan mencabar diri
Menjadi yang terbaik
Untukku sendiri
 
Selamat ulangtahun ke 10……
Menara Kuala Lumpur
Msjbox aktivitiFebruary 21, 2008 9:26 am

Terima Kasih kepada Junaidix & Carneyz yang merupakan tulang belakang acara Msjbox Family Day 2008.Dari awal sampai ke penghujung cerita penglibatan mereka suami isteri memang banyak.Dan inilah aksi kemesraan mereka yang terindah mampu diabadikan disini.

Junaidix & Carneyz di dalam "air laut"….Terima Kasih buat AKO yang joint dari mula2 nak meeting sampai habis acara dan tolong itu dan ini.Termasuk juga Kak Sheda serta abang tuah yang turun jauh dari kota singa serta ke2 anaknya yg comei itu.(Dia orang ini memang tak berkira bab wang ringgit) Minta halalkan, terlebih terkurang yek!Jutaan ribuaan terima kasih kepada Sishoney yang sanggup turun dari Penang serta Mikaounik yang pertama kali joint msjbox event + lyanatasha + Aina u all memang happening la termasuk juga Kasawari + Aiman & Ammar yang datang sejauh kulai utk turun ke PD.Buat Acul (ShadowX_19) + Aman jangan serik - serik joint msjbox event dimasa akan datang.Mamarangie + adik thanks sebab joint camping ngan kita orang (next time jangan runtuk khemah awal sangat).Kak E juga Bubble A .Arigatogozaimas…Thanks.. yek! joint..Next time tak nak malu - malu yek Bubble A (Alamak lupa nama betul dia).

Teristimewa Terima Kasih buat penaja kipas yang cantik itu (konon2 nak suprised yek!) Izali & keluarga. Kepada setiap seorang dari anda semua yang membawa berbagai jenis makanan selain ayam, udang (terhad) dan sotong (terhad) Ada juga mee goreng puteri lyanatasha, sambal sardin AKO lagi..Nasi hasil air tangan kak Sheda serta yang paling special Tebaloi dari tokei Tebaloi from Sarawak oleh Sahrulia.Thanks yek! sahabat 23 minit. Cuppies & Chiken Pie Kak Norz dan bermacam jenis makanan lagi la. Thanks Mikaounik to for plastik,cawan,etc + cili sos

. <<- tajaan sahrulia…Thanks…

suka sangat gambar ini… dan dari aksi yang hampir sama tapi x serupa. Aksi mangsa "buli"…Lagi aksinya..

Ha3..Masing2 cuma membina barisan yang paling terpanjang.

Antara salah satu dari games yang terdapat dalam Telematches Msjbox Family Day 2008.

Penganjur acara bertongkat bersama 2 pembantunya.(silap! penyibuk…ha3) Keputusannya, No.2 atau naib juara menjadi milik "4 dara pinggitan" eh! jangan silap, bukan "4 dara gigitan yek!"

Ini Kumpulan "Ooooooo…" ish.. O je.. dan Juaranya seperti sudah ditakdirkan..J for Juara Di sertai Kak  Sheda + Tuah , Kasawari dan Kak Norz dia orang nie memang hebatlah walaupun "kalah" di awal acara namun mula menunjukkan taring di akhir - akhir penghujung acara.Tahniah!!!! 

Wah!! bangga gila tue..kena pertahankan Kejuaraan kalau ada lagi di tahun hadapan.Ada ke?

Aksi yang tak akan dilupakan sampai bila - bila ialah "Tragedi Kayu reput" Lihat ini sebagai bukti…

dan kemudian…

Inilah kesudahannya.

  "Tragedi 16.02.2008" 

Aksi di tepi khemah dan segala kenangan,pengalaman & perasaan berkhemah memang mempunyai 1001 cerita.Sapa nak tau? kenalah joint camping didestinasi berikutnya..Ha3 (rugi woo, ada khemah tapi x joint mana2 camping).

Gambar beramai lagi di Dataran Teluk Kemang PD

.Tak percaya kita orang makan durian?Itu gambar dan buktinya..Ini ada lagi.Tengok jangan tak tengok…

Insya-Allah semoga akan ada pertemuan diantara kita semua di masa akan datang. Akan ada ke Msjbox Family Ke 2 , 2009 ? "Realisasikan Impian Menjadi Kenyataan".

Msjbox aktivitiFebruary 20, 2008 9:54 am

Atas permintaan ramai (ce waaah) Episod Terakhir drama bersiri bertajuk Msjbox Family Day 2008 terpaksa dibuat dalam dua bahagian.Ini adalah part 2.Mungkinkah akan ada part 3? erm….

Lihatlah dunia…. lihatlah….tengok betul2 kat tangan Shai itu.Ye..ye..betul..itulah dia lokasi tragedi berdarah 16/02/2008 sekitar 6pm (anggaran..waktu malaysia).

Inilah mangsa tragedi "Kayu reput" terdapat bonjolan di kepala & sedikit darah (yek!) dan lebam di bahu dan kemerahan. 

Tunjuk jangan tak tunjuk…cuba teka siapa punya jam???? Aduh… aduh.. sakit wooooi… otak aku dah biol…

Sebenarnya tragedi itu tidak pun mematahkan semangat Shai sebaliknya ianya akan menjadi kenangan "pahit" dan memori yang mungkin akan dijadikan iktibar & teladan untuk xtvt akan datang."Yang baik jadikan teladan, Yang buruk jadikan sempadan".Dan inilah kesan dari tragedi "berdarah" yang dikenali… "Tragedi Kayu Reput"

selepas dari situ kami mangsa tragedi Junaidix (nasib tukang ambik gambar) , Carneyz ( x kena teruk sangat)  Shai  yang paling teruk sikit tapi masih waras okie! serta Mikaounik yang juga turut terlibat sebagai mangsa tragedi (are u okie?)

Kemudian para - para doktor tak pakar (time mcm nie kalau fysal ada kan ke best!!) maksudnya kalau fysal joint sekali mestilah best. Sebabkan first aid dari kancil x menarik hanya taruk minyak (selepas mandi) tapi sebelum tue lap dulu luka - luka. Kat "bilik bersalin" pemilik tandas tue dok tanya berapa yang joint picnic berapa yang joint sampai malam..bla..bla..bla.. bosan nak menjawab sangat cuma bagi tahu yang Shai akan kira balik jumlah sepenuhnya dan akan bayar dekat kak awa (cerewet nak mampus orang yg jaga "bilik bersalin") Kalau susah sangat cash je sekali masuk RM 0.50.Sah - sah lepas ini tak ada sesapa pun nak gie "bilik bersalin" tue lagi.

Cerita selepas senja melabuhkan tirainya…..

Hajat dihati nak ke pasar malam (seperti dirancang) namun disebabkan keadaan semasa (tengah biol,time tue) jadinya hanya makan apa sahaja yang ada.Kebetulan time kita orang nak dinner ada satu group lain lepak2 kat situ.Bertegur - tegur juga (siap kita org offer nasi yg banyak kat dia orang) dan dia orang kasi kita orang guna bara tempat bbq yang masih marak (kebetulan bara kita telah kehabisan arangnya).Kalau tak silap AKO & Mikaounik yang keluar beli beberapa barang yang dah habis + beli hadiah.

Kak awa & pembantunya (pemilik @ penjaga tempat camp) juga tukang masak dan pengendali restoran kat kawasan tue datang dan berbincang2 pasal beberapa masalah yang timbul dan akhirnya pembayaran penuh telah dibuat.(Semuanya berjaya diatasi) 

Sessi makan malam & bbq bermula dengan suasana santai bertemankan angin laut yang agak "dingin" maksudnya tak de angin sangat. Acul (ShadowX_19) + Aman yang seperti chipsmore muncul sekejap hilang sekejap.(Thanks notice..sekurangnya dia kasi tau mana di nak pergi) Sessi malam itu menerima kehadiran Hayad + 2 kawan (mati…mati ingat hayad ini lelaki) Thanks yek sebab bawa satay walaupun tak banyak.Sedang Junaidix  & Carneyz bakar membakar ayam yang masih banyak itu Shai pulak sibuk membakar satay di sebelah yang lain bersama Mikaounik soory kalau ada satay yang rentung.Pencahayaan kurang la & pembakaran mengejut menyebabkan lidi2 satay terbakar.ha3.. 1st time membakar satay kalau x silap.Lepas ini boleh lah jadi tokei satay.

Majlis juga menerima kemunculan mengejut dari Hafizx & kawe (budak kelate)

Lepas sessi makan masing - masing diminta menyerahkan hadiah (pertukaran hadiah).Sessi kotak beracun yang sepatutnya telah ditukar kepada sessi kotak jerit.Ha3 atau dalam kata lain "Tag" masing - masing kena memperkenalkan diri,cerita pasal kerja,blog & lain - lain. Selepas itu kita akan pilih siapa yang akan ajukan soalan kepada kita.Kemudian giliran orang tue pulak yang kenalkan dirinya.Something like that. Tapi juga ada suara - suara "sumbang" yg mencelah2 bertanya soalan itu & ini.Apa pun gembira sebab berjaya ‘mengorek’ sedikit rahsia tentang kawan - kawan kita itu (padahal dan bertahun kenal & jumpa tapi tak tahu dia kerja apa & dimana) erm…

Sessi tukar hadiah ialah masa yang dinantikan.Disebabkan ada rakan kita yang nak pulang cepat, mereka tidak pulang tangan kosong goodies diberikan sebagai penghargaan atas kedatangan mereka di tempat kejadian.Hadiah demi hadiah bertukar tangan (nasib baik lah x ada sesiapa pun yang dapat hadiah sendiri.) Apa hadiah Shai dapat erm.. 1tahun lagi msjbox free.. ahaks… maksudnya 24 tahun + 1 tahun free = 25 tahun lah yek! Junaidix.(Tengok lebih banyak gambar pasal tukar - tukar hadiah Klik sini untuk ke kamera Junaidix )

Acara habis sekitar 11pm++ masing - masing dengan hal sendiri, ada yang bersembang ada yang dah masuk khemah dan ada juga yang asyik menonton tv (nasib baik kat kedai makan tue ada tv..kalau tak?) Disebabkan badan yang tidak sehat ditambah dengan otak yang bergegar dan berbenjol) Shai telah masuk khemah awal dan merehatkan diri serta menyapukan minyak gamat pada luka dan tempat kesakitan (nasiblah ada bawa ubat).Pening2 pun ada juga sikit - sikit, berguna juga uphamol yang diberi dalam goodies/hadiah.2 biji di telan namun tidak mampu mengubat diri sepenuhnya.Khemah yang kecil muat-muat untuk Shai seorang sahaja.Keadaan malam di tepi pantai tak kala itu agak "panas" Shai yang biasanya tidur bertemankan kipas angin sedikit kurang selasa.Nasiblah kipas tangan pemberian Encik Izali dalam goodies/hadiah memberikan sedikit angin pada tidur Shai malam itu.Sedang kaum ibu + "anak dara" bersembang - sembang ada juga kaum lelaki melakukan agenda mereka sendiri.Selamat malam PD…… Akhirnya Shai terlena sekitar 1 pagi dan terjaga pada 3.30 pagi.Tak kala itu Shai tidak mampu melelapkan mata.Sekitar 2 jam juga mata celik dan tak mampu melelapkan diri.Akhirnya satu hasil nukilan/karya asal dan luahan hati & perasaan telah berjaya dihasilkan (akan dipublishkan kemudian).Tak kala itu terdengar seperti suara - suara orang sedang berbual ditambah dengan bunyi kuat air pasang dilaut. Shai tertidur sehingga ke pagi.(Tidur sambil bertemankan radio yang dibawa oleh .. AKO terima kasih)

17.02.2008 merupakan hari genapnya ulang tahun ke 10 Shai menjadi pekerja kepada sebuah organisasi bernama Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.Bayangkan 10 tahun telah berlalu banyak suka & duka, gembira & derita yang telah Shai lalui.

Pagi tersebut, ke "bilik bersalin" cuci muka.Kemudian menikmati angin pagi dan merehatkan diri.Kemudiannya barulah mandi dan bersiap - siap.Selepas semua orang sudah sedia aktiviti mengambil gambar di khemah masing - masing pun bermula.Erm… ringkasnya, biarlah gambar yang berbicara.

Khemah Shai yang berharga RM 39.99 (untuk seorang sahaja)

Junaidix & Carneyz

AKO , Mikaounik dan Sishoney 

Kasawari + Aiman & Ammar

Kak Sheda + Tuah + 2 anak

Acul (ShadowX_19) + Aman  Sessi berikutnya ialah ambik gambar beramai - ramai.Kami menikmati sarapan pagi di kedai makan di kawasan perkhemahan itu.Nasi lemak yang sedap bersama sambal yang banyak dengan bawang dan telur goreng membuka selera.Acul (ShadowX_19) + Aman telah bergerak ke destinasi mereka.Sementara kancil, kete kuning, gen.2 kelabu serta gen.2 bergerak ke teluk kemang.

Seperti yang telah dirancang, destinasi seterusnya ialah Teluk Kemang.Masing - masing asyik membelek2 cenderahati, t-shirt dan segala macam.Shai hanya membeli 1 key - chain untuk hadiah buat diri sendiri sempena ulangtahun ke 10, bekerja di Menara KL pada hari tersebut 17.02.2008 dan merupakan hari lahir seorang kawan setempat kerja yang selamanya banyak ILHAM.

Masing - masing ada yang lepak di bahagian dataran teluk kemang sementara ada anak - anak mereka yang bermain buih2 sabun yang bila ditiup akan memberi hasil seni.Cewaaah.. ada juga yang menunggang kuda (kuda padi) serta ada juga kanak - kanak menunjukkan bakat memandu di litar @ dataran teluk kemang.Tak kurang juga yang menempah begitu banyak sekali cenderahati buat kawan - kawannya (siapa yek!) dan ada juga yang me"modelkan" diri menghasilkan potret sendiri (sama tapi x serupa..rasanya yg orginal lagi lawa)…natural beauty..

Kak Norz + Abg Deri + Nazurah + Nazifa turut lepak2 sambil ambil - ambil gambar dengan kita orang.Yang peliknya si uteri Ilyanatasha + Aina asyik hilang je.Ingat nak beli hadiah untuk seseorang (siapa yek!) dia tak minat lah pulak…erm.. nanti Shai kasi yek! (nak kasi apa pun tak tau, cari key chain nama x de lak nama nya).Ada tapi bukan namanya.Ha3.Macam mana tue.

Ambil gambar ramai - ramai memang menjadi satu kewajipan.Kemudian tetiba Shai ternampak van durian.Lebih kurang ayatnya "Ada durian le" (ingat2 lupa..al-maklumlah mangsa tragedi kayu reput) Dengan automatiknya Kak Norz bersuara dan mencadangkan makan durian.Pucuk dicita ulam mendatang.Kak Norz juga tanya - tanya siapa pandai pilih durian.Masing - masing x de skill tersebut.Erm.. acara mengejut pun bermula.Shai telah meminta yang lain - lain membawa tikar.Sementara membawa barang - barang makanan yang ada ke tepi pantai untuk dimakan bersama (mana cukup makan durian je) kenalah lengkap, ada air sekali.Malang seribu kali malang paper cup telah kurang dan menyebabkan masing - masing kena kongsi.

Kemudiaanya kena cari pulak lokasi nak "picnic makan durian" Ehem..ehem..sambil pandang kiri kanan..Jangan jeles Kak Norz belanja kita orang.Ha3.Thanks Kak Norz kerana sudi "menerbangkan" duit untuk kita orang semua.Satu khemah yang sudut tepi telah dipilih.Tawar punya tawar dapatlah RM30 dari harga asal RM40.(dah banyak untung dah tue).Apa lagi kutipan kilat pun bermula.Masing - masing mengeluarkan duit mengikut kemampuan.Thanks all!!! unplan event nie.Makan punya makan..sampailah seseorang muncul.Agak2 siapa? Erm..masing - masing teruja bila dapat tahu UncleJ mencemar duli.Ahaks.. Shai sendiri pun tergejut.Apa pun kedatangan UncleJ memang dialu - alukan.Sessi "TAG" bermula bila Kak Norz memulakan sessi bicaranya.Soalan demi soalan datang bertubi - tubi tanpa henti kepada Kak Norz seperti wartawan - wartawan yang profesional.Macam - macam kita orang dapat "korek" rugi u all…Shai juga antara yang banyak bertanya sebab i like to be novelis on the.Harap2 dapat berguru dengan Kak Norz.Dapat tau macam mana Kak Norz kenal suaminya.He3..kisah cinta "tarik beg".tak kala giliran Abg Deri kena tag.Akhir sekali UncleJ pulak kena soal itu dan ini.

Acara berakhir sekitar 1pm bila mana Kasawari + Aiman & Ammar, memohon diri untuk pulang ke "sarang" ooops!!! dan beberapa minit selepas itu masing - masing membawa diir ke destinasi sendiri.Akhirnya hanya gen.2 putih & kancil bergerak meninggalkan Teluk Kemang & port dickson seterusnya menyusuri jalan - jalan bergerak ke destinasi masing - masing.

Sekitar 3pm (lebih kurang) Junaidix & Carneyz dan Shai telah selamat tiba di seri gombak.Relax2 kejap, baring - baring dan kemudian layan - layan gambar selepas kenyang "lunch".Agak2 kau orang kita org makan apa? ha3.. Makan ajalah apa yang ada.(Chicken Wings le) Banyak gambar sangat dari kamera sampai naik loya (ha3) Woow!!! ada juga yang dah update & online time petang tue.Sempat juga online kat "CC Free".Akhirnya sekitar 5.30pm membawa diri pulang ke rumah sendiri dan merehatkan diri.

Msjbox aktivitiFebruary 18, 2008 7:45 pm

Kisahnya bermula kembali…

Kerana pulang lewat dari Kejohanan bowling antara jabatan pada Jumaat 15/2/2008, kari ayam yang pada asalnya akan dimasak oleh Shai  telah dibatalkan.(soory yek!)

Memulakan perjalanan ke rumah bos Msjbox Junaidix  dan selamat tiba beberapa minit sebelum 10.00am.Dengan semangat Kancil, kami Junaidix , Carneyz dan Shai telah selamat tiba sekitar 12.00pm.Sepanjang perjalanan asyik dok sms mereka yg akan joint xtvt petang nanti.Maklumkan pakaian tema ialah warna OREN (soory for short notice) Thanks pada yg sudi pakai warna OREN dan sanggup membeli T-Shirt OREN.Cuba teka siapa?

Sesampainya di kawasan depan Ancasa Service Apartment tugas pertama Shai ialah meletakkan kertas OREN (seperti di dlm SMS) pertunjuk jalan ke Tapak Perkhemahan Batu 9, Pantai Seri Purnama.Tahniah!!! pada yang sampai awal.Agak2 siapa yek! dan pada mereka yang tak sesat.

Tiba di kawasan perkhemahan terus dirikan khemah.(Ye..ye.. dah pandai pasang khemah) kemudian keluarkan barang - barang letak di tempat picnic sementara hadiah di taruk di satu wakaf.Beberapa minit kemudian AKO atau nama sebenarnya Kak Retna yang menumpangkan Mikaounik (yang pertama kali joint event Msjbox) dan Sishoney(yang turun dari Penang.. TQ yek!) serta Kak Sheda + Abg Tuah + 2 anak (Kakak & Baby) Thanks utk Encik Tuah yang sanggup turun dari Kota Singa.

Di kala AKO , Mikaounik dan Sishoney + Kak Sheda + Abg Tuah sedang asyik memunggah barang - barang dan memasang khemah Shai menyiapkan goodies & hadiah untuk xtvt petang nanti serta untuk event ini dibantu oleh "Kakak & Baby" anak kesayangan Kak Sheda + Abg Tuah.Thanks yek! ada bakat jadi penganjur acara nie.Ha3.Sementara itu AJK Makanan Junaidix , Carneyz sibuk di tempat picnic menyiapkan itu dan ini.

Sebenarnya ada orang yang pertama datang di tempat kejadian dengan semangat Myvi putihnya dan tak lain tidak bukan iaitu tuan puteri Ilyanatasha + Aina (adik angkat).Begitu banyak juga goodies + hadiah telah berjaya disiapkan.Tetiba sekumpulan manusia muncul di tempat kejadian (rombongan budak2 poli) kerana keadaan ramai - ramai goodies + hadiah telah disembunyikan secara di dalam kereta kancil.

Sessi bakar membakar (eh! silap) memanggang ayam yang nyum..nyum..sedap.. Ayam yang peha tue Shai yang masak.SMS & HP berdering dan berbunyi x henti-henti, jari jemari pun bergerak membalas sms dan setiap panggilan sampai ada mesej my superior x berbalas.Makan - makan pun bermula (siap punya idealah yang bentang tikar tengah panas tue?) Shai x terlibat okie.Di sebabkan ramai yg datang agak lewat.Tiada sessi kenal - mengenal diri & soal jawab menjawab di siang hari (Fuh! panas giler).

Gen.2 berplat no dari JB (JJ*) muncul ditempat kejadiaan.Oh! ini rupanya encik Kasawari + Aiman, Ammar (2 anak) Thanks yek datang jauh - jauh dari Kulaifunia JB.

Mamarangie + adik turut memunculkan diri,  Izali + mrs izali + izali junior (kuasa 3) + wanita bertudung litup. lagi Kak Norz + Abg Deri + Nazurah + Nazifa (No 4) 1st time jumpa live dengan kak  Norz lupa pulak nak minta autograf.He3….Kak E + Husband (lepak sekejap )+ Bubble A + anak.Itulah dia rakan - rakan yang muncul di siang hari termasuk Acul (ShadowX_19) + Aman + deenasour + kwn + jiran (hilang selepas malam).

Sessi xtvt petang bermula sekitar 4.15 petang.Hadiah-hadih/goodies di angkut ke tepi pantai.Mula2 pilih lokasi A tetapi tetiba bertukar ke  lokasi B tempat yang lebih redup tapi kawasan di situ tidak luas dan pasirnya tidak cantik dan tak sesuai membina istana pasir yang indah2.

Beach Telematches bermula dengan pembahagian kumpulan..sepatutnya perlukan 6 kumpulan yang mewakili M.S.J.B.O.X tetapi disebabkan hanya 16 orang shj yang joint makanya 4 kumpulan telah terbentuk.Ada group M yang disertai Mamarangie + adik , Kak E + Bubble A (yang permalu).Tiada peserta group S & X.Group J (senior) di joint oleh Kak Sheda + Abg Tuah , encik Kasawari & kak  Norz sementara group B di ketuai Bos Msjbox dan isteri Junaidix , Carneyz + Nazurah + Nazifa (kalau x silap) dan akhirnya kumpulan paling cun melecun group O yang terdiri dari AKO , Mikaounik , puteri Ilyanatasha + Aina.

Games pertama ialah "Mumia in the Box" semua mumia berada didalam kotak & perlu dibalut + daun2,ranting2,batu2 serta stary yang diberikan.Games ke2 pulak ialah membina "istana kecil" dan setiap hasil binaan mesti berada di dalam kotak dan perlu ada no kumpulan.Kreatif juga kekawan kita nie dalam masa beberapa saat sahaja penerangan mereka mampu mencipta sesuatu yg begitu menarik & kreatif.Tahniah!!!

Games ke 3 adalah satu games spontant dan tak dirancang langsung.Ntahlah, bila di fikir balik macam tak best je.Ha3.Apa pun games ini membuatkan masing - masing pening mendengar arahan.Namun games ke 4 mengembalikan kembali semangat dengan memberi beberapa barang seperti lidi,straw dan getah sebagai bahan untuk menulis tulisan MSJBOX.Tapi pelik dan memang pelik ada juga kumpulan yang tertinggal satu huruf.Apa kes yek! hehehe..Acara paling best yang memang telah dirancang awal2 lagi ialah "A long Line" barisan siapa yang paling panjang.Time ini lah masing - masing kena dera berjemur tengah panas di atas pasir pantai.

Apa2 harap semuanya enjoy & happy dengan xtvt yang tak seberapa.Thanks pada Sishoney kerana menjadi juru foto rasmi xtvt ini selain Abg Deri. Penyampaian hadiah/goodies diberikan kepada yang tak joint xvt di ikuti pemenang tempat ke 4 iaitu kumpulan B , Tempat ke 3 kumpulan M , Naib Juara milik " 4 Dara Pingitan" dari Kumpulan ‘O’ dan lain tak bukan Juara pastilah milik J… Yup! J for Juara.. ahaks…

Sessi bergambar bermula, macam2 aksi boleh dilihat dan ditengok.Happening sangat.Beberapa minit berlalu  Shai membawa diri ke tengah laut.(cetek aja sebenarnya).Sampai ke tepi jugalah Shai  berenang (x pandai berenang pun).Hampir 20 minit (lebih kurang) Shai timbul semula.Selepas tue Mikaounik dengan kameranya telah meredah air laut.Kita orag posing situ dan sini.Sebelum itu lagi Junaidix & Carneyz telah berada di dalam laut.Akhirnya menuju bersama Mikaounik ke tepi ranting yang unik & cantik (bagi mataku dan dia..cewaaah).Lepas tu baru Junaidix & Carneyz joint bergambar disitu.Sudah tersurat dan bagaikan ditakdir, ranting kayu yang disangka kukuh & kuat telah menyebabkan berlakunya satu tragedi….tetiba.ianya berbunyi.. keeek..keeek.. praaaaaaaaaaaap….. (akan bersambung)…..di entry….. 31 : Cerita Msjbox Family Day 2008 Episod Terakhir - Part 2

Klik sini untuk ke kamera Junaidix

Klik sini untuk ke kamera Retna (AKO)

Klik sini untuk ke kamera Izali
 
Klik Mikaounik untuk baca Laporan bergambar  & Klik Kasawari serta Sishoney , Kak Sheda,Kak Norz + Abg Deri,puteri Ilyanatasha dan Acul (ShadowX_19) yang terpantas update entry.

 

Msjbox aktiviti 6:13 pm

Syukur Alhamdulillah dengan Izin Allah S.W.T segala puji bagi Allah. Msjbox Family Day 2008 yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan dan berjaya dilaksanakan dengan Kehadiran semua nama - nama di bawah :-

1)* Shai
2)* Junaidix  & Carneyz
3) Kasawari + Linda (wife) + Aiman, Ammar (2 anak)
4)* AKO
5)* Sheda + Tuah + 2 anak
6) Ilyanatasha & Aina (awek kelate)
7) Kak E + Husband (sekejap) + 3 anak
8) Izali + mrs izali + izali junior kuasa 3 + (siapa yek?)
9) Acai (Gie kenduri)
10) Umie (pun ada kenduri kawen)
12)* Mikaounik
13) Norz + Deri + Nazurah + Nazifa (No 4)
14) Hayad + 2 kawan
15) Acul (ShadowX_19) + Aman + deenasour + kwn + jiran (hilang selepas malam)
16)* Mamarangie + adik , husband + anak2 (brp eh?)
17) Axa + husband + 1 anak (x muncul & x balas sms pun)
18) Zura (kriez) + kawan
19) Sishoney
20) Hafizx & kawe (budak kelate) …. & kemunculan khas UncleJ

(Terima Kasih sebab sudi hadir..Jangan serik utk joint dimasa mendatang & harapan dari penganjur semoga semuanya bergembira dan menjadikannya sebagai salah satu dari Kenangan Terindah dalam hidup kita.

Msjbox Family Day 2008 merupakan aktiviti rasmi Msjbox pertama untuk tahun 2008. Tema "family" dipilih kerana dirasakan sesuai untuk melambangkan keakraban dikalangan warga Msjbox sekalian.

Matlamat utama event ini pun masih sama, untuk mengeratkan silaturahim sesama kita dikalangan warga Msjbox dan blogger-blogger yang berkelapangan untuk turut menyertai event ini.

Msjbox Family Day 2008 ini terbuka kepada semua warga Msjbox, rakan-rakan taulan, dan blogger-blogger sekalian dari seluruh pelusuk tanah air serta yang berada di kawasan-kawasan yang sewaktu dengan nya.

Entry akan bersambung………….

Msjbox aktivitiFebruary 14, 2008 11:30 am

Berikut ialah update aktiviti Msjbox Family Day 2008 (as : 11.30 am , 14/2/2008)

Msjbox Family Day 2008 merupakan aktiviti rasmi Msjbox pertama untuk tahun 2008. Tema "family" dipilih kerana dirasakan sesuai untuk melambangkan keakraban dikalangan warga Msjbox sekalian.

Matlamat utama event ini pun masih sama, untuk mengeratkan silaturahim sesama kita dikalangan warga Msjbox dan blogger-blogger yang berkelapangan untuk turut menyertai event ini.

Msjbox Family Day 2008 ini terbuka kepada semua warga Msjbox, rakan-rakan taulan, dan blogger-blogger sekalian dari seluruh pelusuk tanah air serta yang berada di kawasan-kawasan yang sewaktu dengan nya.

Pengurus Aktiviti: Shai
Pengurus Makanan: Junaidix & Carneyz

Lokasi A:
Sabtu, 16 Feb 2008
Pantai Seri Purnama, Batu 9, Teluk Kemang

Lokasi B:
Ahad, 17 feb 2008
Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

Khidmat Penginapan: Bawak khemah dan semua peralatan camping yang sesuai untuk tidur ditepi pantai Teluk Kemang (untuk yang nak bermalam)

Seponser Makanan:
1) Ayam untuk di bakar - Msjbox
2) Kari Ayam, Roti - Shai
3) Agar2 - Kak E
4) Kuih Sepit, Kuih Cincin & Tebaloi (Made in Mukah) - Sahrulia
5) Buah-buahan - Izali
6) Cuppies & Chiken Pie - Norz
7) Air Mineral, Air Kotak, Vitagen - Duit Collection**
8) Nasi, Ice Lemon Tea - Sheda
9) Hotdog - Duit Collection**
10) Udang, Sotong, Ikan Pari untuk dibakar - Duit Collection**
11) Sambal sardin - AKO
12) Sandwich - Umie
13) Sos Cili - Mikaounik

Seponser Alatan:
1) BBQ Set, Sepit - Msjbox
2) Arang batu/kayu untuk BBQ - AKO
3) Plastik sampah, Sudu, pinggan, cawan - Mikaounik
4) Kayu unggun api - Acai (Boleh yer)

*Nota: Sediakan payung & baju hujan kalau risau nak hujan.

Senarai yang join:
1)* Shai
2)* Junaidix & Carneyz
3) Kasawari + Linda (wife) + Aiman, Ammar (2 anak)
4)* AKO
5)* Sheda + Tuah + 2 anak
6) Ilyanatasha
7) Kak E + Husband + 3 anak
8) Izali + mrs izali + izali junior kuasa 3
9) Acai
10) Umie
12)* Mikaounik
13) Norz + Deri + Nazurah + Nazifa (No 4)
14) Hayad + 2 kawan
15) Acul (ShadowX_19) + Aman + deenasour + kwn + jiran
16)* Mamarangie + husband + anak2 (brp eh?)
17) Axa + husband + 1 anak
18) Zura (kriez) + kawan
19) Sishoney
20)

*Dah bayar duit collection RM10

Jumlah: 34 orang + 13 anak-anak = 47 orang

Transport Mode:
1) AKO (Sentul) = Umie, Mika, Sishoney = dah full
2) Junaidix (Sri Gombak) = Shai, barang2 = dah full
3) Sheda (Balakong) = 2 kosong
4)
5)

Jumlah: 2 tempat

Bagi sesiapa yang tak der transport, bley la arrange untuk tumpang.

Sabtu 16 Feb 2008 (Tentatif)
Lokasi A: Pantai Seri Purnama, Batu 9, Teluk Kemang

 

 

 

01.00 petang : Berkumpul di tempat kejadian , Solat di surau/masjid yang disediakan /berhampiran
01.45 petang : Selamat berkumpul di tempat kejadian (Anggaran sahaja,segala perubahan bergantung kepada masa & keadaan)

Sessi 1 bermula…

02.00 petang : Bersiap sedia untuk memulakan sessi BBQ

02.05 petang : Ucapan aluan

02.10 petang : Sessi Kenalkan diri/ahli keluarga/adik-beradik/kawan - kawan yang diangkut bersama.

02.30 petang : BBQ & Lunch picnic (sila bawa tikar, "pot luck" & makanan lain akan disenaraikan terlebih dahulu)

04.00 petang : Acara Pantai
- Family/Group Telematch (5 Games)

05.00 petang : Penyampaian Hadiah/Pertukaran hadiah

05.30 petang : Aktiviti bebas / Sessi 1 bersurai.

Sessi 2 bermula…

Penting: Kepada sesiapa yang nak bermalam, beritau kepada pengurus aktiviti iaitu Shai.

07.00 petang : solat & aktiviti bebas (sila membawa diri sendiri ke surau @ masjid berhampiran)

08.00 malam : Dinner/aktiviti bebas (lain - lain xtvt malam akan dimaklumkan kemudian)

 

 

  SILA MAKLUMKAN KEPADA SESIAPA YANG AKAN BERKHEMAH

Ahad 17 Feb 2008
Lokasi B: Teluk Kemang, PD, N9
Sessi ke 3 bermula..

08.00 pagi : Sarapan pagi/acara bebas

09.00 pagi : Bemandi mandi di Teluk Kemang/aktiviti bebas/membeli belah dan menghabiskan duit

12.00 tghari : Lunch/solat dan balik ke KL (pada yang nak joint xtvt hari ahad sila berada ditempat kejadian sebelum 12pm)

 

TERIMA KASIH DAUN KELADI… BERJUMPA DI ACARA LAIN KALI..

 

Family, AktivitiFebruary 12, 2008 1:26 pm

Seminggu berlalu dengan begitu pantas sekali.Shai membawa diri ke satu destinasi yang pasti dan kini telah berlalu pergi dengan harapan akan kembali kesana lagi emoticon.Antara aktiviti Shai bersama keluarga disana ialah jalan - jalan cari makan , bawa anak buah ke taman permainanemoticon, berenang di kolam renangemoticon, berkelah di air terjun emoticon(sejuk ooo air dia) dan shopping hasil laut (Shai tak shopping pun sebab kegawatan ekonomi).

Hari pertama bekerja rasa tekanan yang berat menekan diriemoticon.Punyalah banyak & bertimbun-timbun diatas meja membuatkan migrain Shai menyerang diawal - awal hariemoticon. Dah pesan jangan letak apa2 document atas meja tapi degil wahai manusia - manusia di siniemoticonTengahari baru masuk bilik jumpa bos.Aduh! nak sambung buat kerja….emoticon

AktivitiFebruary 5, 2008 8:02 am

Selepas sepurnama berlalu pergi dengan kesibukan diri emoticon Akhirnya hari yang dinanti telah datang kini emoticon Menjelang senja nanti, Shai akan membawa diri lagi..mencari ketenangan di hati, menjejak penawar yang pasti.Merehatkan diri dan menenangkan fikiran di destinasi yang ditujui.Selamat tinggal Kuala Lumpur emoticon..Inilah nota ringkas sebelum berlalu pergi.emoticonSemoga berjumpa di lain hari.emoticon

Msjbox aktivitiFebruary 4, 2008 12:14 pm

Di umumkan lokasi Msjbox Family Day 2008 ialah di Tapak Perkhemahan Pantai Seri Purnama Batu 9 Port Dickson (jalan masuk melalui Ancasa) Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10 (Dewasa) RM 2 (Kanak - Kanak) umur 7 tahun - 12 tahun.Bagi yang bercamping & berpicnic dan RM 5 (Dewasa) dikenakan bagi yg berpicnic shj.Maklumat lanjut sila ke msjbox.net

Update Xtvt (PTG):-

1) Beach Treasure Hunt

2) "Mumia in the Box"

3) Beach Telematch

(MALAM)

4) Rombongan Pasar Malam

5) "Kotak Beracun"