23 : Menara Kuala Lumpur Family Day Part 3
Alhamdulillah semuanya telah berjalan lancar.Masih ada beberapa perkara perlu diselesaikan selepas acara tersebut.Iaitu, collecting of hadiah/hamper’s and everythingla.
sebab x menang lucky draw (semua yg kerja atas pentas malam tue tak "bertuah" termasuk Shai)
Sekitar 5pm di hari Jumaat 25/1/2008 Shai telah berada di Selesa Beach Resort Port Dickson.Pertamanya ialah sessi angkut mengangkut hamper’s yg banyak bangat yang sudah memenuhkan satu van syarikat bersama 21 kotak mineral water.Check in dan berehat selepas itu dan kemudiannya sekitar 8.15pm menikmati makan malam.
Mesyuarat Main Committe bermula pada jam 9pm dan berakhir pada jam 11pm (lamakan meeting..Shai hanya mendengar dan mencatit perkara2 penting).
lamanya..terlepas nak tengok One In A Million di 8TV
Esoknya Sabtu 26 Januari 2008 bermulalah Menara Kuala Lumpur Family Day 2007 (delay setahun sebab asyik bertangguh-tangguh) Perkara pertama perlu dikemaskini diawal pagi hari ialah memastikan team pendaftaran yakni sub committee Shai yang berada di Menara KL sudah bersedia dan menjalankan tugas yang telah diamanahkan sepetinggalan Shai tanpa mereka disitu.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
walaupun program di sana delay
.Menguruskan penginapan merupakan satu tugas BERAT buat Shai
.Dari memastikan semua bilik - bilik untuk Ketua Jabatan didahulukan (selain mengutamakan Bilik utk Dato’ CEO dan family nya). Sekitar 11am sudah ada yang tiba bersama keluarga.Shai seorang diri telah bersedia di kaunter yang dikhaskan untuk pendaftaran penginapan.Menjadi One Man Show pastinya Shai tak dapat bergerak kemana - mana
.Akhirnya tanpa putus - putus kakitangan dan keluarga dan berlalu di kaunter tersebut.Beberapa masalah timbul seperti bilik yang "bermasalah" , air cond rosak.Bilik yang tak di check out oleh guestnya dan lain - lain.
Sudah menjadi lumrah manusia tak penah puas dengan apa yang dinikmati.Ada yg komplaint dapat bilik twin bed sedangkan dia suami isteri.Bilik yang jauh dan tak cukup tilam antara perkara yang membuatkan diri sedikit stress
ditambah dengan ketidakhadiran beberapa family (ada antaranya tak dapat hadir kerana bekerja..ada weeding event) Lebih memenantkan lagi Shai perlu memastikan movement hadiah dan pengagihannya.Nasib baiklah ada pembantu - pembantu.Sedang ramai orang di tepi pantai untuk aktiviti pantai dan sukaneka Shai terpaksa melarikan diri
menuju ke dewan utama untuk memastikan hadiah-hadiah untuk malam ini dan voucher-vouchernya siap selain melihat sessi latihan dari mereka yang terlibat.Nasib baiklah hanya hamper untuk hadiah - hadiah utama sahaja dia bawa.
Berhias seringkas mungkin dan menuju ke Dewan utama untuk Majlis Makan Malam , Menara Kuala Lumpur Family Day 2007 yang bertemakan Culture , Adventure & Nature.Lebih ramai yang berpakian berkonsepkan nature namun ada juga yang memakai konsep pakain Culture namun tak ramai yang mengenakan pakaian bertemakan Adventure.Kesibukan di bawah pentas dengan masa yang terhad.Hanya beberapa sudu nasi goreng dijamah
terpaksa membawa diri di tepi pentas dan akhirnya di atas pentas
kerana acara cabutan bertuah memerlukan 100% tumpuan.Alhamdulillah berjalan lancar walaupun kelam kabut pada 20 cabutan terakhir kerana x sempat mencatitkan no2 pemenang.
dah lah semua yg bertugas di atas pentas tak bertuah (tak dapat hadiah lucky draw)
. Kehadiran DJ Era Kieran memeriahlan lagi acara disamping hiburan bertenaga & "panas" dari Ezlynn.Kesian beberapa org manager lelaki yang kena menari & bergelek seperti Datuk M.Daud Kilau.
Best..best.. aksi anak2 staff menari di atas pentas pun x kurang hebatnya. Antara acara yang diadakan pada Malam Makan Malam tersebut ialah Lucky Draw, Menara Idol 2007, Family Best Dress. Selepas acara tersebut Shai di serbu oleh pemenang - pemenang lucky draw.Dalam asyik rakan - rakan di atas pentas & bawah pentas ber pocho - pocho Shai membawa bersama "document" Shai ke pentas dan turut menari bersama.Ha3..
Melarikan diri pada 12am ke bilik untuk menyiapkan list nama pemenang Lucky Draw dan akhirnya tidur lena di temani suara tv (1.30am lebih ada org call.. kacau lah org itu.. time tidur pun kena ganggu).
Ahad adalah hari santai buat Shai memastikan movement of hadiah2 dan minta dia orang clearkan semua hamper2 itu.Memastikan sarapan pagi & tengah hari menjadi antara tugasan Shai selain menjejaki pemenang2 lucky draw yg belum collect "formal letter". Menghabiskan sedikit masa dengan berendam seperti jaws di dalam kolam renang disamping melayan kerenah kanak - kanak disitu. Membaringkan diri serta dikabus oleh budak2 yang "kejam" serta menjadi mangsa 18sx oleh kawan - kawan.Mandi laut sekejap dan menjadi seperti dugong.Kahkahkah.Kemudian sambung masuk berendam dalam kolam untuk seketika.Sedar tak sedar dah hampir tengah hari.Menyibuk masa time sessi kasi hadiah.Kemudian memastikan tempat lunch dan siap dan maklumkan sesiapa shj yang ada kat situ dimana tempat makan tengahari.Sessi makan- makan bermula.+ sessi bergosip juga.Kemudiannya settlekan beberapa perkara dan sekitar 2pm rata - rata staff dah check out dan memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing.Shai melarikan diri sekitar 2.30pm selepas berslam - salaman dengan Dato’ CEO dan my bos.Selamat tiba di Ukay Perdana sekitar 4.05pm.


eishhhh entry xder gambo x mengancam laaa bro..kasi upload gambo lerrr..baru syiiooookkk tau
Comment by mikaounik — January 28, 2008 @ 11:01 am
mak aiiiiiiiii dapatlah dibayang kesibukan shai tu….
Comment by kak e — January 28, 2008 @ 6:58 pm