Ahad berada di sijangkang kerana ayah dan kekasih hatinya turun dari Kampung halaman kerana ada urusan di keluarga sebelah sana.
Tak banyak bercakap dengan ayah kerana Shai tidak rapat dengan ayah sejak dulu lagi
.Itulah hakikat kehidupan air & minyak tidak boleh bersatu.Cuba melakukan yg terbaik selagi terdaya
tak dapat lagi menikmati bubur asyura hasil air tangan seorang bernama "ibu". Di tambah kesedihan bila tayar motor pancit lagi
sewaktu perjalanan balik dari sijangkang ke ukay perdana di shah alam (proton).Lebih sedih lagi niat nak masak bubur asyura tak menjadi kerana RM telah melayang
.
Kisah hari sebelumnya,bekerja di pagi sabtu kerana menyiapkan satu tugasan.
akhirnya tugasan itu tidak dapat diteruskan kerana kesuntukan masa.Beberapa minit sebelum 3pm seperti dijanjikan Meeting Msjbox Family Day 2008 diadakan di MCD, Seri Gombak.Yang hadir ialah bos msjbox sendiri en.jun,Shai,kak retna,kak shida dan anak2 nya serta pemerhati bebas kiki.Thanks semua.Banyak yang dibincangkan termasuk next event yang akan datang pada april nanti (tunggu penggumumannya).
Selepas maghrib bertolak dari Ukay Perdana ke Sijangkang.
Malamnya asyik dok sms dengan orang itu dan ini.
12 tengah malam baru boleh tidur kerana didepan tv itulah selalunya Shai tidur.Bila mana tv itu masa berpenonton Shai mencari lokasi lain utk merehatkan diri.
