16 : Cerita Msjbox Family Day 2008 Episod 1
Lagi..lagi PD..Tak de tempat lain ke? Bukan Pantai Dalam jauh lagi destinasi pasti tentulah Port Dickson yang menjadi pilihan dihati. Kenapa Port Dickson? Rasanya tempat tu shj yang paling dekat,menarik & tertarik.Kalau destinasi yang jauh pastinya Pulau Pangkor, Tioman , Redang @ Lumut (teluk batik) boleh disenaraikan sebagai pilihan.Mungkin juga Taman Negara Pulau Pinang yang baru dirasmikan menjadi kunjungan.Tetapi buat pertama kalinya biarlah 1st Msjbox Family Day mengukir kenangan dan cerita - cerita di Port Dickson Negeri Sembilan.
Kenapa Family Day? Di utamakan untuk rakan - rakan yang berkeluarga (berkahwin & mempunyai anak) atau yang bujang datang bersama adik - beradik,tunang,kekasih @ bawa mak/ayah (anak mithali, siapa lah tue? ooops!!!) atau mungkin datang sendiri dan bertemankan rakan - rakan.
Pastinya acara ini lebih menarik kalau diatur dengan berbagai aktiviti untuk semua peringkat usia.Selain mandi laut dan makan - makan plan bermalam (camping) dan buat unggun api juga satu idea yang menarik.Pada yang tidak ingin bermalam mereka bebas membuat pilihan.Pastinya dalam kesibukan melakukan tugasan seharian Shai dan ditambah dengan Hari Keluarga Menara KL (kebetulan di PD juga) membuatkan minda ini sering berfikir.Bukan untuk memuaskan hati sendiri tapi juga merealisasikan impan rakan - rakan yang berharap ianya menjadi nyata.Insya-Allah ianya akan menjadi kenyataan sekiranya mendapat restu dari tuan punya msjbox dan diiringi oleh doa dari kalian semua, serta penyertaan dari setiap seorang pengguna msjbox.
Kenapa beria - ria nak buat? Anggap je inilah permulaan untuk penghijrahan dalam kehidupan.Kita perlukan aktiviti sampingan selain dibebani dengan tugas - tugas rutin seharian.Menikmati keindahan laut, membasahi diri dengan "air garam" pastinya berbeza dengan air pancuran @ mandian dirumah sendiri.
Marilah kita menjadikannya satu kenyataan.Semoga 16022008 mengukir satu lagi perjalanan pertama Event rasmi Msjbox. Pasti gempaq kalau Msjbox berjaya mengadakan 1st Msjbox Family Day @ PD (Jangan - jangan muka yang sama cukuplah)

Wah, dah ada entri psl pes event msjbox di tahun 2008 … Insyallah xde aral, bukan takat BONDA yg akan dibawa, klu boleh satu seisi kg nak ku hangkut bersama … ahaksss… Moga berjaya!!
Comment by kak retna — January 9, 2008 @ 8:08 pm
Yeye… Ini dah dekat dengan Melake ni. Mcm best je. Sedihnye xdpt join event msgbox thn lepas. Tahun ni nak cuba join!
Comment by Adil — January 10, 2008 @ 9:18 am
salam… kalau kak e lah kan… memang sokong 100% x 100% lagi untuk dijayakan HK@FD di PD… sesuai sangat… Kalau nak join, berapa bayarannya utk sekeluarga?
Comment by {kak e} — January 12, 2008 @ 10:02 pm
PD memang best…
Comment by mamaranggie — January 24, 2008 @ 9:09 am