Tidak mampu menulis panjang, tak cukup masa menziarah blog ke blog.Terlalu banyak berfikir dan begitu banyak perlu dilaksanakan.Tak kala ada sedikit masa terluang terdapat banyak idea dan cadangan yang hanya mampu dipendamkan.Sama ada akan muncul kembali menjadi seperti dulu atau biarkan ianya tersimpan dilubuk hati masih belum pasti.Namun perancangan diri agar ianya dapat direalisasi untuk terakhir kali.
Masa semakin terhad untuk itu dan ini.Terlalu banyak yang perlu dilakukan dalam sesuatu masa.Sampaikan kekadang ada yang tak terkejar dan tak terbuat dek kerana situasi semasa yang semakin hari semakin berbeza.Biarpun suasananya masih sama namun perbezaanya makin terasa.
Untuk itu, keputusan telah dibuat untuk menyepi seketika dan berharap dapat bernafas seperti sedia kala.

shai oooo…dah bape kali nk menyepi² ni…ko tak penat ke shai…. meh kita senam..biar sihat
tarik napas…hembusss…
tarik napas…hembusss..
tarik napas……………?
Comment by KakJie — January 4, 2008 @ 5:36 pm
huhu..
jgn slalu sgt pendam.. kasi pusing kan badan.. jalan gune tangan.. tgk betape susah nye nak hidup jikalau kita berada dlam keadaan yg pelik..
anda patut berbangge.. yg anda itu sempurna..
wokeh! tarik tarik! satu dua tiga.. lepas!! proott! hehehe..
have a nice weekend!
Comment by Ajoy — January 5, 2008 @ 10:07 am
waaa…idup ni ibarat roda.. kekadang di atas n kekadang di bawah. Kita juga kena ingat bahawa masa tetap 24 jam tanpa kurang atau bertambah. Yang bertambah atau berkurang hanyalah komitmen kita terhadap sesuatu dan cara kita susunaturkan ikut keperluan.. kalu dapat 27 jam pun masih tak cukup. Maka cukup-cukupkan dengan ruang dan peluang yang ada.
Comment by DakLan — January 6, 2008 @ 3:26 am