Msjbox aktivitiJanuary 10, 2008 12:13 pm
Terima kasih kepada yang memberi respond.Berikut ialah cadangan aturcara event yang sedang dirancang pada 16.02.2008 (sabtu) dan insya-allah 17.02.2008 (ahad) adalah hari untuk aktiviti bebas.Sesiapa tak dapat hadir pada hari sabtu boleh turun PD pada ahadnya.Harap cuaca mengizinkan dan lokasi yang bakal dipilih adalah yang terbaik dan tepat agar tidak timbul masalah dan ketidakpuasan hati lahir dari mereka - mereka yang hadir dan bakal hadir pada acara tersebut.
Sabtu 16.02.2008
11.00 pagi : Berkumpul di Tol Sungai Besi (bagi mereka di KL/Gombak/Sentul/Ampang) dan kawasan yang sama waktu dengannya.
12.00 tghari : Bertemu di pintu masuk Tol Seremban - Port Dickson (bagi mereka di kawasan Balakong/Seri Kembangan/Shah Alam/ Putrajaya/Bangi) dan kawasan sekitarnya.
01.15 petang : Solat di surau/masjid berhampiran
01.45 petang : Selamat sampai di tempat kejadian (Anggaran sahaja,segala perubahan bergantung kepada masa & keadaan)
Sessi 1 bermula…
02.00 petang : Bersiap sedia untuk memulakan sessi BBQ
02.05 petang : Ucapan aluan bos msjbox (jangan demam pulak udah le..he3)
02.10 petang : Sessi Kenalkan diri/ahli keluarga/adik-beradik/kawan - kawan yang diangkut bersama.
02.30 petang : BBQ & Lunch picnic (sila bawa tikar, "pot luck" & makanan lain akan disenaraikan terlebih dahulu)
04.00 petang : Acara Pantai
Family/Group Telematch (5 Games)
Bola sepak pantai/Bola tampar pantai
06.00 petang : Penyampaian Hadiah/Pertukaran hadiah
06.30 petang : Sessi 1 bersurai.
Sessi 2 bermula…
07.00 petang : solat & aktiviti bebas (sila membawa diri sendiri ke surau @ masjid berhampiran)
08.00 malam : Dinner/aktiviti bebas (lain - lain xtvt malam akan dimaklumkan kemudian)
Ahad 17.02.2008
Sessi ke 3 bermula..
08.00 pagi : Sarapan pagi/acara bebas
09.00 pagi : Bemandi mandi di Teluk Kemang/aktiviti bebas/membeli belah dan menghabiskan duit
12.00 tghari : Lunch/solat dan balik ke KL (pada yang nak joint xtvt hari ahad sila berada ditempat kejadian sebelum 12pm)
Apa macam menarik tak xtvt tue? kalau sesiapa ada idea yg menarik dan dikongsikan bolehlah komen disini.