12 : Keluar Masuk Bilik di Port Dickson
Sila jangan salah faham dengan tajuk diatas.Kaitan tajuk dengan ceritanya ialah semalam, Shai telah bercuti2 Malaysia selama 1 hari suntuk di tepi pantai,Negeri 9 bersama rakan - rakan sekerja.Tujuannya bukan sekadar makan angin atau cuci mata sebaliknya atas urusan kerja.
Bermula dengan sessi keluar masuk bilik di Glory Beach Resort.Accomodationnya memuaskan 3/5 bintang diberi tetapi bila masuk dewannya mak aik..bosarnya!! he3.Sesuailah bila waktu malam dan kat belakangnya boleh bakar BBQ.Tetapi sayang seribu kali sayang lautnya agar menyedihkan permandangannya sangat mendukacitakan 1/5 bintang diberikan.(Pendapat peribadi).Ditambah pula dengan ketidak sedapan makan tengahari membuatkan selera terus terbantut.Untuk makanan diberi 2/5 bintang sahaja.
Destinasi ke2 ialah Ancasa All Suites (lebih kurang mcm itulah bunyinya)Bilik aprtnya memang cantik/meriah/lengkap.Macam masuk rumah casa impian/Deco bersama eric.Memang citarasa Shai.Memang selesa dan berbaloi dengan harganya yang agak mewah.Kawasan lapang utk xtvt juga memang sesuai bagi xtvt yang dirancang.Tetapi beachnya pulak tiada privacy dan bercampur dengan public.Serta tiada kemudahan dewan.Hanya khemah akan dipasang tanpa PA System.(x best..x best) dah lah mahal dan tinggi kosnya.
Destinasi seterusnya ialah ke Ostrich Park.1st time bersua muka dan bertentang mata dengan Ostrich.Bayaran masuk adalah Free bagi rombongan kami.Kebiasaannya ialah RM6.Selain tengok Ostrich ada juga beruk sebagai penghibur bernama ABU yang mempunyai Diploma dari Sekolah beruk di Kelantan.Memang bestlah ini "beruk" Ada bermacam2 haiwan juga kat sana termasuk ayam kampung,burung merpati, kuda padi, arnab,burung kakak tua serta 3buaya + baby buaya yg baru lahir.Sempat juga tengok pertandingan lumba Ostrich.
Destinasi site visit yang seterusnya bersambung selepas tamat sessi minum petang.Lokasinya ialah di Bayu Beach Resort. Accomodationnya 2/5 bintang diberi.Macam destinasi budget je.Cadar tak meletop! bilik x lawa (ha3) mcm tak best je.Tapi istimewanya pantainya memang cantik 4/5 bintang dan tempat makan sangat luas serta dewan yang selesa.
Sebelum senja melabuhkan tirainya kami dibelanja oleh En.Director Tourism Malaysia N9 (Awal2 pagi dah singgah opis bincang itu dan ini) Menikmati sepinggan mee goreng yang (bolehlah!!!) buat alas perut.
Sepanjang perjalanan Port Dickson - Nilai hujang mencurah2 membasahi bumi sehinggalah destinasi terakhirnya di Kl Tower.Balik rumah tengah hujan jugalah.Nasib..nasib..Esok ada meeting lagi.Wait & see shjlah Final resultnya.

Sy org PD pun ngaku, pantai PD skang xseberapa cantik mcm dulu..Dulu masa sy still kecik lg, mmg lawa..Tp time tu hotel2 xbyk mcm skang lar..Bleh diktkan pembangunan hotel2 menyumbang kpd situasi ini..sedih2..sbbkan 2, syg dah lama xmandi air laut..
Comment by orgPD — January 19, 2008 @ 5:36 pm