1o : Tiga Tahun sebagai Blogger
Hari ini genap 3 tahun Shai bergelar sebagai seorang Blogger.Dari blogdrive berpindah ke blogspot sampailah sekarang singgah menginap di blogsome.Sudah lebih 1 bulan diblogsome dengan blog yang ringkas serta masa yang terhad untuk update blog Shai mengunakan ruang yang ada dengan sebaiknya.
Shai sekarang menulis tentang diri sendiri, tentang perasaan, family, aktiviti dan segalanya adalah bercerita tentang Inilah Shai.
Tiga tahun menulis,mencoret,bercerita serta berkongsi rasa sebagai seorang bernama Blogger adalah satu tempoh revolusi dalam kehidupan dari silent blogger kepada blogger yang "agak aktif" dan kini ingin kembali seimbangkan kehidupan dengan menjadi seorang yang biasa - biasa sahaja.Itu keputusan yang telah diputuskan buat masa ini.Di kemudian hari Shai masih belum pasti.
Kesibukan tugas seharian dengan berbagai beban dan tugasan membuatkan masa,ruang dan waktu semakin terbatas.Berbagai acara dan xtvt ditempat kerja perlu diselesaikan.Esok dengan majlis korbannya.Rabu ini site visit lokasi Family Day @ Glory Beach Resort.Next month ada lagi beberapa xtvt.Aduh! padat dan sendat time table harian.Kalau berkesempatan dan ada ruang yang terhad nak juga menyibuk ikut jun dan carneyz ke Penang (Insya-Allah).
Kisah Aida Adha…
Secara ringkasnya disambut secara sederhana.Bercuti sehari sebelumnya dan menghabiskan masa 1 hari di Sijangkang sebelum bertolak balik ke rumah selepas solat Aidil Adha.Bertolak ke rumah Jun & Carneyz dan sayangnya Kak Shida tak dapat turut serta.Membeli sebatang Lemang di gerai Pak Ali dan serunding daging.Sesampai dirumah Jun ternampak si puteh kesayangan Kak Retna diparking.Sessui tunggu menunggu yang diraikan agak lama juga.So,makan time dulu lah.Nyum2. Laksa Sarawak lagi.Hampir2 nak pukul 2pm barulah muncul Fysal & Topek.Tergamam jap! aik.. mcm mana Shai x tahu yg Topek akan joint? Erm…sessi makan2,borak dan ambik gambar
3pm bergerak ke rumah kak jun di "desa subang" kalau x silap dah dekat2 dengan Puncak Alam.Call Izali dia x de beraya di Trganu.So, x dapatlah nak singgah@ pergi umahnya utk beraya.he3.Sessi makan2 dan minum2 Nyum2 lagi memang sedap lauk pauk raya yg kak jun masak.Thanks yek utk kak jun & suaminya.
