Shai telah melalui banyak perkara semenjak lebih 2 tahun bersama Msjbox .Satu tempoh yang cukup lama.Terlalu banyak cerita dan kisah untuk dikongsi dan diingati.Dalam kegembiraan, bersuka ria, terdapat juga kedukaan dan kesedihan dalam diri yang dilalui.Yang berlalu biarkan berlalu.Jadikan ianya sebagai memori terindah dan kenangan yang akan kekal abadi.Insya-Allah.

Biarlah kita menjadi diri kita sendiri dan bukannya menjadi orang lain.Akhirnya kata putus telah dicapai selepas hampir 1 bulan bertapa dan mencari ketenangan di hati.Bukan meraih simpati jauh sekali mengharap sesuatu yang tak pasti.Semoga yang akan datang lebih baik dari yang sebelumnya.

Shai akan menjadi penyokong dari belakang dan semoga yang terbaik dapat dilakukan di hari - hari mendatang.Hari ini 12.12.2007 dengan rasminya Shai mengucapkan selamat tinggal sebagai penganjur acara di Msjbox

Shai akan terus mencoretkan sesuatu di blog ini selagi terdaya.Terima Kasih buat semua pembaca & rakan - rakan blogger terutama pengguna Msjbox sekelian.Pastinya Msjbox akan terus bernyawa biar pun tanpa Shai.