Shai telah mengalami selsema sejak semalam.Sakit tekak menyerang diri, hidung mulai tersumbat dan kepala sudah berpusing2 dek kerana kekerapan menerima kehadiran air hujan yang melampaui batas kebelakangan ini.
Boleh dikira setiap hari Shai bermain dengan hujan.Alhamdulillah hari ini bertambah baik sedikit berbanding semalam.Semoga tahap kesihataan akan kembali pulih seperti sedia kala.
Tahap kemalasan dalam melakukan kerja seharian mulai merosot dan kehilangan suara amat dirasai bila mana terpaksa menjawab banyak telefon setiap hari serta menyelesaikan berbagai pertanyaan dari internal customer yang merupakan pelanggan kepada kerjaya seharian Shai.Dipendekkan cerita hujung minggu ini Shai akan bekerja.Oleh yang demikian, harap-harap dapat berehat dengan sepenuhnya pada hari ahad nanti.19 Dec 2007 dah apply cuti (pakai book off, jimat cuti) dan 20 Dec 2007 memang cuti Hari Raya Aidil Adha.Apa yek plan raya nanti? Aduh.. terganggu rasanya kerana dia??

ko ade awek ke shai ? bwahaha
Comment by fazamania — December 12, 2007 @ 6:58 pm