Shai melalui hujung minggu yang terlalu sibuk, padat dan penuh dengan berbagai xtvt dan agenda serta acara.

09 Disember punya cerita.

Seawal pagi lagi, telah merempitkan diri ke Shah Alam,8.00am sudah selamat tiba di perkarangan Stadium Shah Alam.Sempat lagi mengerobikkan diri didepan pentas utama.Ehem3..rasanya masuk TV tapi duduk pun bahagian belakang2 sekali sure nampak bayang2 je.

Sessi jalan berjalan pun bermula, Masuk rumah hantu "alamak x takut langsung" hampir RM2 lepas tue beli produk MAMEE melayang RM10 kemudian beli beg produk makanan MISTER POTATO terbang lagi RM10.Jejalan kat both HOTLINK tengok2 no2 baru.X de pulak yg berkenaan tapi nyaris2 ada satu no itu menjadi pilihan cuma sayangnya 1 no yg belakang tue menjadi 6 bukan 7 yang menjadi pilihan.

11.15pagi melarikan diri dari rumah sendiri menuju ke Balakong dan menunggu yang lain2nya untuk menuju ke majlis perkahwinan ADIK kepada ACAI.Di ulang ADIK ye, bukan ACAI yang kawin.Seperti sudah menjadi suratan @ kebetulan.Shida’s family sedondon color putih dengan Shai dan Kak Retna.Erm.. berjanji ke apa?

Akhirnya selamat sampai ke rumah kenduri tanpa sesat jalan tapi nyaris2 terlajak jalan.Disebabkan jalan masuk yang terlindung dek jejantas yang indah itu.Makan2, minum2 dan melantak mcm rumah sendiri.Siap ambik ayam utk 2nd round dan pergedel.Memang sedap lauk2 nya mcm nak dibungkus bawa balik je.Apa pun thanks untuk ACAI.Nanti insya-allah kalau ACAI jadi kawin (terutama dengan awek baju biru tue Shai bawa rombongan yang lebih ramai & besar.

1.45pm (lebih kurang) membawa diri ke Bandaraya Kuala Lumpur.Cuma sempat bersalam dengan JUN & CARNEYZ soory yek! x sempat sembang2 pun.+ pada sesiapa yg x sempat jumpa rombongan kami.I’M Soory , good bye! kita orang ada program lain.

3.30pm (agak2 nya lah) berjaya sampai ke Kotak Merah di SOGO.Fuh! jalan agak sesak sikit nak menuju ke SOGO dan parking di dalam SOGO pun PENUH dan terpaksa menunggu giliran.Ringkasan cerita di dalam Kotak Merah Shai sempat melalak lagu "Kau Pergi Jua, Jangan Ada Benci, Suratan @ Kebetulan , Dealova (separuh jalan) , My Baby U & Aku Bukan Untukmu (menyibukkan diri)" ada ke lagu yg tertinggal? Yang lain 2 pun dengan semangat wajanya memilih bermacam lagu, rentak & irama.

Sabtu,8 Disember 2007.Menghadiri Majlis Anugerah Kelab TM 2007 di Hotel Istana + buat persembahan untuk pertandingan.Alhamdulillah menang (malas nak taip pepanjang) bertemakan Nostalgia 60an P.Ramlee & Saloma.

Selamat sampai dirumah sendiri sekitar 9.00malam selepas menikmati Western Dinner dalam kebasahan hujan.

Kisah minggu lalu, di Tghari Ahad 02 Disember 2007,

Menikmati nasi minyak, di rumah Pak Cik Razak yang berada di Kuang Selangor.Akhirnya Akma & Soffre telah selamat pernikahan 01 Disember (sabtu) dan mereka diraikan dengan majlis perkahwinan yang agak meriah.Kehadiran rakan - rakan rapat pastinya memberi impak yang baik untuk si pengantin.Tahniah!! Tahniah!! kawin juga kau org.Tapi berita mengejutkan Shai  terima kakaknya sudah bercerai 4thn lalu.Ish!! mcm mana Shai boleh tertinggal cerita ini?

Sehari sebelumnya sibuk dengan TM Kristal Race, seluruh KL di penuhi 300 manusia berbaju merah.Berjalan, berlari dan melakukan berbagai xtvt dan akhirnya Shai  dan rakan 2 sekumpulan menang no10 dari 50 pasukan.Cabarannya memang agak memenantkan.Tak leh diingatkan bila terpaksa makan Wasabie.Flying fox berjalan, berlari serta menaiki Putra,Star LRT, Monorail,Teksi & Bas.Fuh! penat gila. Syukurlah menang No 10 daripada 50 kumpulan.