100 hari berlalu, begitu pantas sekali .Masa bergerak dengan sangat lajunya dan bagaikan seperti baru semalam Shai kehilangan seorang bernama ibu.Mak.. Shai sentiasa merindui Mak.28 Ogos pada tahun 2007 adalah tarikhnya.Mak pergi dijemput illahi..Bagaimana Shai dapat mengingat kembali lebih 27 tahun hidup bersama dengan Mak.Biarpun lebih 10 tahun berjauhan dengan Mak tapi hubungan Mak & Shai adalah lebih rapat dari segala - galanya.Kini Shai telah hilangnya.Sesungguhnya tiada siapa dapat menjadi penganti buatnya biarpun ayah Shai telah selamat menikahi dengan isteri baru.

100 hari yang telah berlalu.Sepanjang tempoh tersebut, sudah 5 kali Shai mengunjungi "pusara bonda" sayu rasa hati.Belum pun sampai ke kawasan perkuburan itu.Air mata sudah bertakung di kelopak mata.Tak dapat digambarkan dengan kata - kata betapa sayunya rasa hati bila mana hanya mampu melihat batu nisan yang tertulis nama mak Shai.

Selepas 100 hari Shai lebih stabil.Namun secara zahirnya mungkin boleh mengawal emosi tapi dalamannya, hati ini selalu menangis sendiri tak kala mengingat setiap saat - saat manis, suka duka, pahit dan tawar dalam kehidupan bersama mak.

Biarpun 100 hari mahupun 1000 hari seorang insan bernama Hj Sa’adah Bt Hj Ismail tiada tukar gantinya.Dialah permata, dialah cahaya , dialah kekuatan dan dialah segalanya.Biarpun sudah "hilang" dia akan tetap dihati, diingatan dan kekal bersemi dalam jiwa raga kerana setiap nafasku adalah kerana mak.