Msjbox aktivitiDecember 31, 2007 9:52 am

Alhamdulillah segala yang telah dirancang berjalan dengan baik dan telah berlalu.

Gambar Kenangan Yg hadir… 30/12/2007

Menu "North Gathering Msjbox"… Laksa penang ada, ayam

panggang, Sandwich,Karipap,Air Kelapa dan beraneka jenis air2 yang lain

serta keropok2 yg punyalah banyak. 

Destinasi berikutnya ialah pusing2, siar2 sampai sesat2 sedikit…ops!!!

akhirnya perjalanan berhenti untuk solat di Masjid ini.

Cantikkan…(sumber gambar dari Yonna + Sis) .

Melalui Gurney Drive dan berhenti rehat sekejap disini lah pulak.

Tak habis makan sebab nasi terlalu "lembik" dan lauk pauk "sejuk".

Sessi membeli jeruk.Nyum2

buah buah tangan rakan2 dan orang tersayang.

Sedang orang asyik memilih jeruk2.Disini menjadi saksi

Cendol itulah kegemaranku.Tapi kat sini sedikit manis dan…"kureng"uhuk3 sakit tekak sebab minum "air batu".

Kisah hari sebelumnya iaitu 29 Disember 2007.Menikmati keindahan petang dan senja di "Tanjong Piandang"

Cantik tak? Memang tersangat menarik dan buat diriku tertarik.Dan malamnya lain pula ceritnya.

Tengoklah sendiri kalau x percaya.Nyum2

Lagi nak tengok? Ini dia yang datang nak makan.

Memang sedap kasi 4.5 dari 5 bintang.

Dalam perjalanan balik semula rumah fysal tetiba sepanjang jalan nak dekat2 sampai kawasan rumahnya keadaan gelap tanpa lampu2 jalan dan rumah.Alamak !! tiada letrik..Sessi berikutnya ialah online di bandar Parit Buntar.Tak percaya? Ini buktinya.

Terima Kasih buat Fysal sekeluarga yang sudi menerima kehadiran kami ber3 tumpang menginap di rumahnya.Buat Yonna,Sis,Amy & housematenya serta bad..Thanks a lot..Antara kenangan terindah 2007.

Happy New Year 2008.Apa azam anda? Apa azam aku? Apa ada pada azam? 

AktivitiDecember 27, 2007 2:44 pm

Sila jangan salah faham dengan tajuk diatas.Kaitan tajuk dengan ceritanya ialah semalam, Shai telah bercuti2 Malaysia selama 1 hari suntuk di tepi pantai,Negeri 9 bersama rakan - rakan sekerja.Tujuannya bukan sekadar makan angin atau cuci mata sebaliknya atas urusan kerja.

Bermula dengan sessi keluar masuk bilik di Glory Beach Resort.Accomodationnya memuaskan 3/5 bintang diberi tetapi bila masuk dewannya mak aik..bosarnya!! he3.Sesuailah bila waktu malam dan kat belakangnya boleh bakar BBQ.Tetapi sayang seribu kali sayang lautnya agar menyedihkan permandangannya sangat mendukacitakan 1/5 bintang diberikan.(Pendapat peribadi).Ditambah pula dengan ketidak sedapan makan tengahari membuatkan selera terus terbantut.Untuk makanan diberi 2/5 bintang sahaja.

Destinasi ke2 ialah Ancasa All Suites (lebih kurang mcm itulah bunyinya)Bilik aprtnya memang cantik/meriah/lengkap.Macam masuk rumah casa impian/Deco bersama eric.Memang citarasa Shai.Memang selesa dan berbaloi dengan harganya yang agak mewah.Kawasan lapang utk xtvt juga memang sesuai bagi xtvt yang dirancang.Tetapi beachnya pulak tiada privacy dan bercampur dengan public.Serta tiada kemudahan dewan.Hanya khemah akan dipasang tanpa PA System.(x best..x best) dah lah mahal dan tinggi kosnya.

Destinasi seterusnya ialah ke Ostrich Park.1st time bersua muka dan bertentang mata dengan Ostrich.Bayaran masuk adalah Free bagi rombongan kami.Kebiasaannya ialah RM6.Selain tengok Ostrich ada juga beruk sebagai penghibur bernama ABU yang mempunyai Diploma dari Sekolah beruk di Kelantan.Memang bestlah ini "beruk" Ada bermacam2 haiwan juga kat sana termasuk ayam kampung,burung merpati, kuda padi, arnab,burung kakak tua serta 3buaya + baby buaya yg baru lahir.Sempat juga tengok pertandingan lumba Ostrich.

Destinasi site visit yang seterusnya bersambung selepas tamat sessi minum petang.Lokasinya ialah di Bayu Beach Resort. Accomodationnya 2/5 bintang diberi.Macam destinasi budget je.Cadar tak meletop! bilik x lawa (ha3) mcm tak best je.Tapi istimewanya pantainya memang cantik 4/5 bintang dan tempat makan sangat luas serta dewan yang selesa.

Sebelum senja melabuhkan tirainya kami dibelanja oleh En.Director Tourism Malaysia N9 (Awal2 pagi dah singgah opis bincang itu dan ini) Menikmati sepinggan mee goreng yang (bolehlah!!!) buat alas perut.

Sepanjang perjalanan Port Dickson - Nilai hujang mencurah2 membasahi bumi sehinggalah destinasi terakhirnya di Kl Tower.Balik rumah tengah hujan jugalah.Nasib..nasib..Esok ada meeting lagi.Wait & see shjlah Final resultnya.

Msjbox aktivitiDecember 24, 2007 3:38 pm

Ini kali pertama aktiviti rasmi gathering untuk bahagian Utara merangkap Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.

Kepada geng-geng Msjbox dan blogger-blogger di kawasan utara yang ada kelapangan masa, boleh la bergerak untuk berkumpul sesambil kita bersua muka, berborak-borak, mandi laut, main kejar-kejar kat tepi pantai, piknik dan sebagainya di:

Lokasi: Teluk Bahang, Pulau Pinang
Tarikh: Ahad 30 Disember 2007
Masa: 9 Pagi (tentatif)

Senarai yang join:
1) Junaidix (0132428605) & Carneyz
2) Shai
3) Fysal & Isteri & Anak
4) Topek (tak sure lagi)
5) Sis Honey (Tuan rumah)
6) Yonna
7) Amymaria (tak sure lagi)
8) ..
9) ..
10) ..

Jumlah: 9 orang.

Program ini tidak terhad kepada geng-geng Msjbox dan blogger-blogger dari belah utara sahaja tapi yang berada di KL kalau nak join kitaorang berkonvoi pun boleh jugak. Tapi kena maklumkan kepada Junaidix.

Route perjalanan ke Utara masih dalam perancangan.. nak guna PLUS or nak guna jalan persekutuan. (hehe.. nak save bajet!) Tapi yang pasti akan bertolak pada Sabtu (29 Dis) pada sebelah pagi (masa pun lum spesifik). Kitaorang akan bermalam di rumah fysal di Parit Buntar, Perak. Dan esoknya Ahad akan terus bertolak ke Teluk Bahang.

AktivitiDecember 21, 2007 10:51 am

Hari ini genap 3 tahun Shai bergelar sebagai seorang Blogger.Dari blogdrive berpindah ke blogspot sampailah sekarang singgah menginap di blogsome.Sudah lebih 1 bulan diblogsome dengan blog yang ringkas serta masa yang terhad untuk update blog Shai mengunakan ruang yang ada dengan sebaiknya.

Shai sekarang menulis tentang diri sendiri, tentang perasaan, family, aktiviti dan segalanya adalah bercerita tentang Inilah Shai.

Tiga tahun menulis,mencoret,bercerita serta berkongsi rasa sebagai seorang bernama Blogger adalah satu tempoh revolusi dalam kehidupan dari silent blogger kepada blogger yang "agak aktif" dan kini ingin kembali seimbangkan kehidupan dengan menjadi seorang yang biasa - biasa sahaja.Itu keputusan yang telah diputuskan buat masa ini.Di kemudian hari Shai masih belum pasti.

Kesibukan tugas seharian dengan berbagai beban dan tugasan membuatkan masa,ruang dan waktu semakin terbatas.Berbagai acara dan xtvt ditempat kerja perlu diselesaikan.Esok dengan majlis korbannya.Rabu ini site visit lokasi Family Day @ Glory Beach Resort.Next month ada lagi beberapa xtvt.Aduh! padat dan sendat time table harian.Kalau berkesempatan dan ada ruang yang terhad nak juga menyibuk ikut jun dan carneyz ke Penang (Insya-Allah).

Kisah Aida Adha…

Secara ringkasnya disambut secara sederhana.Bercuti sehari sebelumnya dan menghabiskan masa 1 hari di Sijangkang sebelum bertolak balik ke rumah selepas solat Aidil Adha.Bertolak ke rumah Jun & Carneyz dan sayangnya Kak Shida tak dapat turut serta.Membeli sebatang Lemang di gerai Pak Ali dan serunding daging.Sesampai dirumah Jun ternampak si puteh kesayangan Kak Retna diparking.Sessui tunggu menunggu yang diraikan agak lama juga.So,makan time dulu lah.Nyum2. Laksa Sarawak lagi.Hampir2 nak pukul 2pm barulah muncul Fysal & Topek.Tergamam jap! aik.. mcm mana Shai x tahu yg Topek akan joint? Erm…sessi makan2,borak dan ambik gambar

3pm bergerak ke rumah kak jun di "desa subang" kalau x silap dah dekat2 dengan Puncak Alam.Call Izali dia x de beraya di Trganu.So, x dapatlah nak singgah@ pergi umahnya utk beraya.he3.Sessi makan2 dan minum2 Nyum2 lagi memang sedap lauk pauk raya yg kak jun masak.Thanks yek utk kak jun & suaminya.

MsjboxDecember 12, 2007 11:05 am

Shai telah melalui banyak perkara semenjak lebih 2 tahun bersama Msjbox .Satu tempoh yang cukup lama.Terlalu banyak cerita dan kisah untuk dikongsi dan diingati.Dalam kegembiraan, bersuka ria, terdapat juga kedukaan dan kesedihan dalam diri yang dilalui.Yang berlalu biarkan berlalu.Jadikan ianya sebagai memori terindah dan kenangan yang akan kekal abadi.Insya-Allah.

Biarlah kita menjadi diri kita sendiri dan bukannya menjadi orang lain.Akhirnya kata putus telah dicapai selepas hampir 1 bulan bertapa dan mencari ketenangan di hati.Bukan meraih simpati jauh sekali mengharap sesuatu yang tak pasti.Semoga yang akan datang lebih baik dari yang sebelumnya.

Shai akan menjadi penyokong dari belakang dan semoga yang terbaik dapat dilakukan di hari - hari mendatang.Hari ini 12.12.2007 dengan rasminya Shai mengucapkan selamat tinggal sebagai penganjur acara di Msjbox

Shai akan terus mencoretkan sesuatu di blog ini selagi terdaya.Terima Kasih buat semua pembaca & rakan - rakan blogger terutama pengguna Msjbox sekelian.Pastinya Msjbox akan terus bernyawa biar pun tanpa Shai.

KesihatanDecember 11, 2007 11:24 am

Shai telah mengalami selsema sejak semalam.Sakit tekak menyerang diri, hidung mulai tersumbat dan kepala sudah berpusing2 dek kerana kekerapan menerima kehadiran air hujan yang melampaui batas kebelakangan ini.

Boleh dikira setiap hari Shai bermain dengan hujan.Alhamdulillah hari ini bertambah baik sedikit berbanding semalam.Semoga tahap kesihataan akan kembali pulih seperti sedia kala.

Tahap kemalasan dalam melakukan kerja seharian mulai merosot dan kehilangan suara amat dirasai bila mana terpaksa menjawab banyak telefon setiap hari serta menyelesaikan berbagai pertanyaan dari internal customer yang merupakan pelanggan kepada kerjaya seharian Shai.Dipendekkan cerita hujung minggu ini Shai akan bekerja.Oleh yang demikian, harap-harap dapat berehat dengan sepenuhnya pada hari ahad nanti.19 Dec 2007 dah apply cuti (pakai book off, jimat cuti) dan 20 Dec 2007 memang cuti Hari Raya Aidil Adha.Apa yek plan raya nanti? Aduh.. terganggu rasanya kerana dia??

AktivitiDecember 10, 2007 2:12 pm

Shai melalui hujung minggu yang terlalu sibuk, padat dan penuh dengan berbagai xtvt dan agenda serta acara.

09 Disember punya cerita.

Seawal pagi lagi, telah merempitkan diri ke Shah Alam,8.00am sudah selamat tiba di perkarangan Stadium Shah Alam.Sempat lagi mengerobikkan diri didepan pentas utama.Ehem3..rasanya masuk TV tapi duduk pun bahagian belakang2 sekali sure nampak bayang2 je.

Sessi jalan berjalan pun bermula, Masuk rumah hantu "alamak x takut langsung" hampir RM2 lepas tue beli produk MAMEE melayang RM10 kemudian beli beg produk makanan MISTER POTATO terbang lagi RM10.Jejalan kat both HOTLINK tengok2 no2 baru.X de pulak yg berkenaan tapi nyaris2 ada satu no itu menjadi pilihan cuma sayangnya 1 no yg belakang tue menjadi 6 bukan 7 yang menjadi pilihan.

11.15pagi melarikan diri dari rumah sendiri menuju ke Balakong dan menunggu yang lain2nya untuk menuju ke majlis perkahwinan ADIK kepada ACAI.Di ulang ADIK ye, bukan ACAI yang kawin.Seperti sudah menjadi suratan @ kebetulan.Shida’s family sedondon color putih dengan Shai dan Kak Retna.Erm.. berjanji ke apa?

Akhirnya selamat sampai ke rumah kenduri tanpa sesat jalan tapi nyaris2 terlajak jalan.Disebabkan jalan masuk yang terlindung dek jejantas yang indah itu.Makan2, minum2 dan melantak mcm rumah sendiri.Siap ambik ayam utk 2nd round dan pergedel.Memang sedap lauk2 nya mcm nak dibungkus bawa balik je.Apa pun thanks untuk ACAI.Nanti insya-allah kalau ACAI jadi kawin (terutama dengan awek baju biru tue Shai bawa rombongan yang lebih ramai & besar.

1.45pm (lebih kurang) membawa diri ke Bandaraya Kuala Lumpur.Cuma sempat bersalam dengan JUN & CARNEYZ soory yek! x sempat sembang2 pun.+ pada sesiapa yg x sempat jumpa rombongan kami.I’M Soory , good bye! kita orang ada program lain.

3.30pm (agak2 nya lah) berjaya sampai ke Kotak Merah di SOGO.Fuh! jalan agak sesak sikit nak menuju ke SOGO dan parking di dalam SOGO pun PENUH dan terpaksa menunggu giliran.Ringkasan cerita di dalam Kotak Merah Shai sempat melalak lagu "Kau Pergi Jua, Jangan Ada Benci, Suratan @ Kebetulan , Dealova (separuh jalan) , My Baby U & Aku Bukan Untukmu (menyibukkan diri)" ada ke lagu yg tertinggal? Yang lain 2 pun dengan semangat wajanya memilih bermacam lagu, rentak & irama.

Sabtu,8 Disember 2007.Menghadiri Majlis Anugerah Kelab TM 2007 di Hotel Istana + buat persembahan untuk pertandingan.Alhamdulillah menang (malas nak taip pepanjang) bertemakan Nostalgia 60an P.Ramlee & Saloma.

Selamat sampai dirumah sendiri sekitar 9.00malam selepas menikmati Western Dinner dalam kebasahan hujan.

Kisah minggu lalu, di Tghari Ahad 02 Disember 2007,

Menikmati nasi minyak, di rumah Pak Cik Razak yang berada di Kuang Selangor.Akhirnya Akma & Soffre telah selamat pernikahan 01 Disember (sabtu) dan mereka diraikan dengan majlis perkahwinan yang agak meriah.Kehadiran rakan - rakan rapat pastinya memberi impak yang baik untuk si pengantin.Tahniah!! Tahniah!! kawin juga kau org.Tapi berita mengejutkan Shai  terima kakaknya sudah bercerai 4thn lalu.Ish!! mcm mana Shai boleh tertinggal cerita ini?

Sehari sebelumnya sibuk dengan TM Kristal Race, seluruh KL di penuhi 300 manusia berbaju merah.Berjalan, berlari dan melakukan berbagai xtvt dan akhirnya Shai  dan rakan 2 sekumpulan menang no10 dari 50 pasukan.Cabarannya memang agak memenantkan.Tak leh diingatkan bila terpaksa makan Wasabie.Flying fox berjalan, berlari serta menaiki Putra,Star LRT, Monorail,Teksi & Bas.Fuh! penat gila. Syukurlah menang No 10 daripada 50 kumpulan.

Aku & PerasaanDecember 5, 2007 10:11 am

100 hari berlalu, begitu pantas sekali .Masa bergerak dengan sangat lajunya dan bagaikan seperti baru semalam Shai kehilangan seorang bernama ibu.Mak.. Shai sentiasa merindui Mak.28 Ogos pada tahun 2007 adalah tarikhnya.Mak pergi dijemput illahi..Bagaimana Shai dapat mengingat kembali lebih 27 tahun hidup bersama dengan Mak.Biarpun lebih 10 tahun berjauhan dengan Mak tapi hubungan Mak & Shai adalah lebih rapat dari segala - galanya.Kini Shai telah hilangnya.Sesungguhnya tiada siapa dapat menjadi penganti buatnya biarpun ayah Shai telah selamat menikahi dengan isteri baru.

100 hari yang telah berlalu.Sepanjang tempoh tersebut, sudah 5 kali Shai mengunjungi "pusara bonda" sayu rasa hati.Belum pun sampai ke kawasan perkuburan itu.Air mata sudah bertakung di kelopak mata.Tak dapat digambarkan dengan kata - kata betapa sayunya rasa hati bila mana hanya mampu melihat batu nisan yang tertulis nama mak Shai.

Selepas 100 hari Shai lebih stabil.Namun secara zahirnya mungkin boleh mengawal emosi tapi dalamannya, hati ini selalu menangis sendiri tak kala mengingat setiap saat - saat manis, suka duka, pahit dan tawar dalam kehidupan bersama mak.

Biarpun 100 hari mahupun 1000 hari seorang insan bernama Hj Sa’adah Bt Hj Ismail tiada tukar gantinya.Dialah permata, dialah cahaya , dialah kekuatan dan dialah segalanya.Biarpun sudah "hilang" dia akan tetap dihati, diingatan dan kekal bersemi dalam jiwa raga kerana setiap nafasku adalah kerana mak.