Shai melalui hari - hari yang begitu memenatkan beberapa hari ini.Namun, hari ahad adalah hari berehat dan bersantai sepanjang hari.Di sebalik semua itu Shai juga meluangkan sedikit masa untuk mengemas rumah, membasuh serta memasak.Pepagi hari dah memasak dan petang pulak dengan rajinnya membuat cucur udang.Sedap! 

Sabtu 24 Nov, Shai melalui hari yang memenatkan.Bermula 7.00pagi Shai sudah membawa diri menuju ke Desa Water Park untuk Family Day Telekom Malaysia ke - 5 (tahun lepas pun kat tempat yang sama, tapi Shai x joint).1st ternampak kawan seopis ditepi jalan.Oh! rupanya dia singgah ambik goodies shj kerana berkerja hari tersebut.Goodiesnya hanyalah sehelai T-shirt dan beg sandang berwarna biru.I Like!

Sessi sms bersms bermula.Lepak2 sendirian dan makan2 kemudian barulah lepak ngan kekawan opis yg jadi committe makanan.Sian dia org tak cukup kaki dan kanan melayan kerenah beribu manusia dalam satu acara bernama Hari Keluarga.Penat juga melayan bermacam ragam dan perangai manusia.Itu tak kena , ini tak kena.Macam masalah juga yang timbul.Sambal habislah,kena tunggu lama lah sebab makanan tak siap untuk diagihkan dan bermacam lagi.

Dekat2 nak pukul 12.30 tghari,Shai merendamkan diri bersama anak2 kawan opismate.Melayan kerenah dia org main air.He3.Lepas tue merehatkan diri dalam air selama hampir 1 jam.Sms tanya sapa2 yang nak joint Makan Kenduri kawen umah kak retna.Erm.. x de sesiapa pun yg pergi.Nampaknya Shai terpaksa membawa diri sendiri.

Hampir pukul 2pm Shai menghilangkan diri dari Desa Water Park dan menuju ke Taman Pelangi.Alhamdulillah dapat juga makan nasi kenduri dan terima kasih untuk kak retna dan bondanya yang menjemput Shai hadir ke majlis perkahwinan Fatmawati yg sebaya dengan Shai itu.

Woww! best bukan je dapat makan tapi dapat gak beg (dlm dia mcm2 isi..rugi sapa x pergi) ada juga bunga telur.

Selepas itu merempitkan diri ke satu lokasi rahsia untuk satu tugasan rahsia.Pertama kali ke situ dan rasanya.Erm.. macam mana nak komen yek! Kalau ada jodoh akan jumpa lah lagi.Ehem3..sapa yang dijumpa? Dan dimana? Biarlah menjadi tanda tanya.

Hampir senja melabuhkan tirai, mempasar malamkan diri.Membeli apa yang patut dan menghabiskan sedikit RM untuk diri sendiri.Malamnya kepenatan sebab terlalu sibuk sepanjang hari.Terlalu penat dan meletihkan diri.

Akhirnya tidur kepenatan dan nyenyak sehingga ke pagi.