AktivitiNovember 26, 2007 4:45 pm

Shai melalui hari - hari yang begitu memenatkan beberapa hari ini.Namun, hari ahad adalah hari berehat dan bersantai sepanjang hari.Di sebalik semua itu Shai juga meluangkan sedikit masa untuk mengemas rumah, membasuh serta memasak.Pepagi hari dah memasak dan petang pulak dengan rajinnya membuat cucur udang.Sedap! 

Sabtu 24 Nov, Shai melalui hari yang memenatkan.Bermula 7.00pagi Shai sudah membawa diri menuju ke Desa Water Park untuk Family Day Telekom Malaysia ke - 5 (tahun lepas pun kat tempat yang sama, tapi Shai x joint).1st ternampak kawan seopis ditepi jalan.Oh! rupanya dia singgah ambik goodies shj kerana berkerja hari tersebut.Goodiesnya hanyalah sehelai T-shirt dan beg sandang berwarna biru.I Like!

Sessi sms bersms bermula.Lepak2 sendirian dan makan2 kemudian barulah lepak ngan kekawan opis yg jadi committe makanan.Sian dia org tak cukup kaki dan kanan melayan kerenah beribu manusia dalam satu acara bernama Hari Keluarga.Penat juga melayan bermacam ragam dan perangai manusia.Itu tak kena , ini tak kena.Macam masalah juga yang timbul.Sambal habislah,kena tunggu lama lah sebab makanan tak siap untuk diagihkan dan bermacam lagi.

Dekat2 nak pukul 12.30 tghari,Shai merendamkan diri bersama anak2 kawan opismate.Melayan kerenah dia org main air.He3.Lepas tue merehatkan diri dalam air selama hampir 1 jam.Sms tanya sapa2 yang nak joint Makan Kenduri kawen umah kak retna.Erm.. x de sesiapa pun yg pergi.Nampaknya Shai terpaksa membawa diri sendiri.

Hampir pukul 2pm Shai menghilangkan diri dari Desa Water Park dan menuju ke Taman Pelangi.Alhamdulillah dapat juga makan nasi kenduri dan terima kasih untuk kak retna dan bondanya yang menjemput Shai hadir ke majlis perkahwinan Fatmawati yg sebaya dengan Shai itu.

Woww! best bukan je dapat makan tapi dapat gak beg (dlm dia mcm2 isi..rugi sapa x pergi) ada juga bunga telur.

Selepas itu merempitkan diri ke satu lokasi rahsia untuk satu tugasan rahsia.Pertama kali ke situ dan rasanya.Erm.. macam mana nak komen yek! Kalau ada jodoh akan jumpa lah lagi.Ehem3..sapa yang dijumpa? Dan dimana? Biarlah menjadi tanda tanya.

Hampir senja melabuhkan tirai, mempasar malamkan diri.Membeli apa yang patut dan menghabiskan sedikit RM untuk diri sendiri.Malamnya kepenatan sebab terlalu sibuk sepanjang hari.Terlalu penat dan meletihkan diri.

Akhirnya tidur kepenatan dan nyenyak sehingga ke pagi.

Tentang DiriNovember 23, 2007 1:36 pm

Beberapa hari kebelakangan ini Shai mengalami beberapa perubahan yang mendadak.Pertamanya, tekanan darahnya naik bila diperiksa dan mengambil masa beberapa hari untuk stabil.Namun Shai rasakan ianya belum lagi pulih ketika entry ini sedang taip.Tak tahu kenapa? menapa? sebab apa ? yg sebenarnya.Tapi kemungkinan tekanan kerja dan dateline yang diberi memuatkan Shai menjadi seperti ini.Di tambah pula dengan gangguan daripada berbagai macam makhluk dan juga insan yang meluahkan perasaan pada waktu & ketika yang salah.

Semalam di waktu petang takkala hampir senja.Di masa saat - saat akhir ingin pulak kerja, otak kepala diserang migrain yang melampau dan membuatkan Shai berhenti berfikir sejenak dan bersandar untuk merehatkan diri.Alhamdulillah, keadaan migrain menjadi lebih baik sehingga saat berada dirumah.

Bunyi deringan telefon membuatkan migrain Shai datang balik.Esok , awal2 pagi ada urusaan penting sudah sedia menanti untuk diselesaikan.Sekali lagi otak kepala bergegar dan pening - pening.Nasib baik penawar yang menjadi pengubat kesakitan ada disisi.Yakni minyak cap kapak.Habis seluruh kepala disapukan minyak tersebut dan sebijik ufarmol ditelan.Kesudahan cerita itu Shai tertidur dan tidak lagi mampu memberi masa untuk melihat musim baru Amazing Race Asia 2 di Channel 701 AxN.Harap Shai dapat lihat ulangannya sedikit masa nanti.

Entah kenapa, kebelakangan ini keadaan kesihataan Shai kurang memuaskan.Ada juga yang mencadangkan Shai berjogging dan bersenam.Sebenar- benarnya itulah yang paling Shai tidak gemari sejak kecil hingga ke bangku sekolah.Kalau berjalan sejauh 10km dari pagi hingga ke petang.Insya-Allah Shai sanggup melakukannya.Apa pun esok 24/11 sudah sedia menanti dua agenda xtvt yang perlu Shai sertai.

Melepakkan diri serta merehatkan minda dengan bersantai dan main air di Desa Water Park untuk Telekom Malaysia Family Day 2007 dan petangnya menghadiri majlis perkahwinan adik seorang blogger’s di Taman Pelangi Sentul.Insya-Allah kalau tak ada aral melintang pastinya apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. 

FamilyNovember 22, 2007 3:51 pm

Akhirnya berlalu sudah satu penantian.Memang agak mengejutkan tapi akhirnya Shai redha dan terima semua yang terjadi sebagai satu kenyataan yang telah menjadi kebenaran.

Perjalanan balik ke kampung berjalan lancar dan segalanya telah selesai dan sempurna biarpun berbagai perkara telah berlalu.Namun kegembiraan jelas terpancar bila semua adik beradik, cucu2 bersama saudara mara dan jiran sekampung bersatu hati serta bergotong royong menyempurnankan majlis tersebut.

Apa yang dapat dikatakan,ianya berlalu jua akhirnya dengan 1001 kenangan termasuk kejadian yang di luar jangkaan.Pagi hari berikutnya, Shai disahkan mengalami tekanan darah tinggi.Kisah yang terjadi sebelumnya biarlah menjadi sejarah pahit dalam kehidupan Shai.

Ku sangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengahari.Ada lah insan yang hadir memberi Shai tekanan dan menyebabkan Shai mengalami stress dan tekanan darah tinggi Shai menjadi tidak stabil.Hari berikutnya pula, Shai di serang migrain melanda otak kepala kerana dek mengadap komputer sepanjang hari dan melihat angka demi angka untuk menyiapkan report manual Leave staff 2007. 

Aku & PerasaanNovember 14, 2007 11:47 am

Terlalu Kecewa..Dengan nasib yang menimpa..Begitu terasa bila janji didustai..Kata dimungkiri..Hajat tak ditepati..

Inikah dugaan buatku..Harus Shai terima dengan redha.Biarpun berat hati untuk menerimanya..Shai perlu menghadapinya..

"Izinkan aku sendiri & menyepi untuk terus mencari ketenangan hati..Aku Yg Kecewa (Shai..14/11)"

Tentang DiriNovember 13, 2007 10:23 am
5.20 pagi,11 Nov 1980 di kampung bernama Selarong Lalang yang telah di sebelah kiri.Lahirnya seorang bayi lelaki diberi nama Shaizhar Abu Bakar.

Hari ini,27 tahun lelaki itu hidup didunia.Dibumi ini dan dinegara bernama Malaysia.Berada bandaraya bernama kuala lumpur dan tinggal menetap di Ukay Perdana dalam negeri Selangor Darul Ehsan.

Syukur alhamdulillah walaupun tidak banyak sms @ ucapan "Happy Birthday" diterima tahun ini tapi cukuplah beberapa hari percutian telah memberikan kembali kekuatan untuk diriku.

Tahun ini "tiada ucapan hari lahir & doa dari seorang bernama ibu"..(sedih sangat2). Tahun ini tiada sambutan hari lahir seperti tahun2 yang lalu & rumah juga "tertutup" dari majlis rumah terbuka.

Terima Kasih atas doa,ucapan,mesej/sms dan segala - galanya daripada sesiapa sahaja.Kepada yang terlupa/tak ingat atau sebaliknya.Shai terima semuanya dengan redha.Hidup harus diteruskan biarpun sendirian.

Dalam usia 27 tahun terlalu banyak yang telah shai lalui & alami.Yang akan dihadapi dan dirintangi.Mungkin ini entry terakhir untuk blog ini.Mungkin ada kesinambungan dalam penulisan @ mungkin penulisan & coretan ini akan terus kekal bersemi disini.

Terima Kasih untuk semuanya.Ikhlas dari Shaizhar Abu Bakar.Inilah Shai akan terus menulis biarpun bukan lagi di blogdrive mahupun blogspot.Kini di Blogsome.. Rumah ke 3 untuk tahun ke 3 berblog.